Skip to main content

Bila Kena PhotoBomb Memang.....

Photobomb | Antara Sebab Gunakan Clone Stamp Tool

Photobomb memang kekadang menyakitkan hati, tetapi adakalanya melucukan. Walaubagaimanapun Photobomb adalah antara sebab utama mengapa aRz gunakan Clone Stamp Tool seperti yang aRz kongsikan di Photoshop | Fungsi Clone Stamp Tool. Tapi sebelum tu photobomb tu apa? Bak kata google photobomb tu adalah 

"spoil a photograph of (a person or thing) by unexpectedly appearing in the camera's field of view as the picture is taken, typically as a prank or practical joke"

arzmoha, tips gambar cantik, photobomb, sebab gunakan clone stamp tool, adobe photoshop,
arzmoha | Wefie

Memang kalau sesiapapun belajar ilmu asas fotografi sememangnya menitikberatkan menjaga keadaan sekeliling sebelum mengambil gambar dan selepas mengambil gambar pun perlu periksa terlebih dahulu. Tetapi adakala bila terlalu seronok ketika selfie, wefie atau terlalu teruja melihat permandangan yang cantik kita terlupa untuk perhatikan sebaiknya. Bila periksa semula gambar perghhh ada objek yang tertangkap bersama yang mungkin mengganggu gambar kita. Jadi ulang sekali lagi tak mungkin dapat moment yang sama, contoh macam gambar aRz. ( bukan mudah nak ajak cik puteri bergambar bersama ketika dia terlalu teruja melihat pantai dan gambar berikutnya belum tentu senyuman kita menjadi )
photobomb, teknik edit menggunakan photoshop,
arzmoha | photobomb

Cuba tengok gambar diatas...photobomb bukan kata manusia, kereta pun join sama hehe. Jadi jalan terbaik kalau nak gunakan juga gambar ini adalah dengan menggunakan Clone Stamp Tool yang tersedia di dalam adobe photoshop. Entri ini juga ingin menerangkan lebih lanjut mengenai entri aRz terdahulu, mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa nak guna tool ini? Ambil saja gambar sekali lagi...ok. Sekiranya ada pertanyaan jangan lupa untuk tinggalkan di ruangan komen dibawah.

Jumpa Lagi

aRz MoHa
Personal Lifestyle, Parenting and Photography
email : azrilmohdhaniffa@gmail.com

Comments

  1. assalam singgah sini..
    yang keta takpa lagi..gambar guy kat belakang tu..hahha.

    ReplyDelete
  2. Hahahhahahha aduyaiii nak ketawa photobomb tu...leh crop kot hahaha...kadang2 tak perasan kan apa nak buat...terkadang jadi penyeri tanpa tak sengaja

    ReplyDelete
  3. hahaha.. gambar no 2 paling best.. :p

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...