Cendol Melayu Famous Di Penang
Bila sampai di Penang nak tahu kat mana tempat makan menarik. Jadi aRz kongsikan Cendol melayu yang sedap dan famous terletak di Bukit Jambul Pulau Pinang. Cendol sedap pastinya akan menjadi kunjungan ramai orang. Bagi yang mencari cendol sedap di pulau pinang baca selanjutnya.
![]() |
Cendol @ Cendol Pulut Bukit Jambul, Pulau Pinang. |
Pulau Pinang boleh dikatakan atau memang ada yang mengatakan sebagai syurga makanan. Itu bermaksud banyak jenis makanan yang boleh didapati di sini.
Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua gerai kecil yang menjual Cendol dan cendol pulut yang sangat sedap (sempoi orang pulau pinang kata). Jadi saya nak kongsi bersama anda semua lokasi dimana gerai tersebut, supaya anda semua dapat juga menikmati Cendol yang saya maksudkan ini. Insyaallah kalau boleh mana-mana lagi kedai yang menyediakan makanan yang sedap atau awesome food saya akan kongsikan untuk anda semua.
Tetapi, gerai ini bukan menjual cendol sahaja. Ada Laksa, dan bihun sup jika saya tidak salah.
Semestinya ada makanan lain untuk dinikmati bersama cendol ini.
Google Maps - Street View Cendol Sedap Bukit Jambul |
Baik jika anda bukan dari pulau pinang dan ingin ke gerai yang saya maksudkan. Boleh tengok pada gambar dibawah sebagai klu untuk ke gerai ini.
Didalam gambar di bawah tertera Hotel vistana dan Kompleks bukit jambul. Cara mudah untuk ke gerai ini gunakan GPS yang ada dalam gadget anda cari kompleks bukit jambul ataupun hotel vistana. Jika dah jumpa lihat gambar anak panah. Gerai ini betul-betul di hadapan atau sebelah BJ Court Condominium.
Ingat ini adalah gerai kecil. Satu satunya gerai yang menggunakan basikal tolak di situ. Paling penting ada banner Cendol @ Cendol Pulut.
Lokasi cendol sedap di bukit jambul, Pulau Pinang |
Gerai hadapan BJ Court Condominium |
Jika jumpa jangan lupa tweet saya di aRzMoHa
Rugi jika tak cuba.
Jumpa Lagi.