Skip to main content

Awesome Food | Cendol Sedap Bukit Jambul, Pulau Pinang

Cendol Melayu Famous Di Penang

Bila sampai di Penang nak tahu kat mana tempat makan menarik. Jadi aRz kongsikan Cendol melayu yang sedap dan famous terletak di Bukit Jambul Pulau Pinang. Cendol sedap pastinya akan menjadi kunjungan ramai orang. Bagi yang mencari cendol sedap di pulau pinang baca selanjutnya.

Cendol sedap, cendol, penang famous cendol, cendol melayu penang, cendol halal penang, arzmoha, bukit jambul, penang
Cendol @ Cendol Pulut Bukit Jambul, Pulau Pinang.

Pulau Pinang boleh dikatakan atau memang ada yang mengatakan sebagai syurga makanan. Itu bermaksud banyak jenis makanan yang boleh didapati di sini.

Hari ini saya nak berkongsi dengan anda semua gerai kecil yang menjual Cendol dan cendol pulut yang sangat sedap (sempoi orang pulau pinang kata). Jadi saya nak kongsi bersama anda semua lokasi dimana gerai tersebut, supaya anda semua dapat juga menikmati Cendol yang saya maksudkan ini. Insyaallah kalau boleh mana-mana lagi kedai yang menyediakan makanan yang sedap atau awesome food saya akan kongsikan untuk anda semua.

Tetapi, gerai ini bukan menjual cendol sahaja. Ada Laksa, dan bihun sup jika saya tidak salah.
Semestinya ada makanan lain untuk dinikmati bersama cendol ini.

Cendol Sedap, Cendol Bukit Jambul, Cendol BJ, Pulau Pinang
Google Maps - Street View Cendol Sedap Bukit Jambul

Baik jika anda bukan dari pulau pinang dan ingin ke gerai yang saya maksudkan. Boleh tengok pada gambar dibawah sebagai klu untuk ke gerai ini.
Didalam gambar di bawah tertera Hotel vistana dan Kompleks bukit jambul. Cara mudah untuk ke gerai ini gunakan GPS yang ada dalam gadget anda cari kompleks bukit jambul ataupun hotel vistana. Jika dah jumpa lihat gambar anak panah. Gerai ini betul-betul di hadapan atau sebelah BJ Court Condominium.
Ingat ini adalah gerai kecil. Satu satunya gerai yang menggunakan basikal tolak di situ. Paling penting ada banner Cendol @ Cendol Pulut.

Cendol pulut, Sedap, BJ, Bukit Jambul, Pulau Pinang, arzmoha
Lokasi cendol sedap di bukit jambul, Pulau Pinang
Pulau Pinang, Cendol sedap, Bukit jambul, Lokasi, arzmoha
Gerai hadapan BJ Court Condominium

Jika jumpa jangan lupa tweet saya di aRzMoHa
 Rugi jika tak cuba.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. suka cendol ... terutama bulan ramadhan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya jarang makan cendol. tapi cendol ni buat nak makan lagi.

      Delete
  2. huuu pesat ya membangun PP..nak ada pelan di tangan boleh cari.heheheh...nampak sedap cendol..dulu gemar bukan main suka minum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak jalan-jalan di penang jangan lupa bawa GPS

      Delete
  3. sedapnyee..anis memang giler cendol.. aduhh tibe2 teringin nie..huhu

    ReplyDelete
  4. cendul ni kat mana2pun kalau pekat santan dan gula melakanya pasti lazat kan aRz :)

    ReplyDelete
  5. Wah sedapnyeee. laksa mesty lagi terangkat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa penang sedap juga kata wife saya. Saya tak berapa sangat laksa jadi tak boleh komen.

      Delete
  6. pernah lalu kat tmpat ni bro.. tapi
    blum ksempatan nak singgah..next time kalau p peneng..lalu
    kat area bkit jambul ni blehlah try pekena cendoi dlu :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. sobri orang pulau pinang juga. pusing-pusing mesti jumpa

      Delete
  7. kalau sedap dan femes mcm tu mesti setiap masa penuh dgn pelanggan

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dikatakan penuh. tapi gerai ini masih kecil.

      Delete
  8. Mai cuba cendol Sungai Petani pulak Arz. ada tempat yang sedap cendol dia..

    ReplyDelete
  9. Amboiiiiih saj ja buat kami meleleh air liur he3... Mmg nmpk sedap tu.

    ReplyDelete
  10. sedap nya.... :) selalu makan cendol tapi belum jumpa yang betul2 membuatkan yuyu pergi untuk kali ke2 ...huahauhuaa

    ReplyDelete
  11. akak suka mkn cendol tapi kalua boleh x naik ais..ngilu gigi..kalau tgk map yg aRz share ni boleh sesat bara akak eh..so better guna khidmat Wave je lah..share lah full address senang nak carik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan taknak guna waze tapi henpon ada prob skit.
      Insyaallah tahun depan saya upgrade segalanya hehehe

      Delete
  12. kalu hotel vistana tu sy tau ;-)

    ReplyDelete
  13. Fuhhh ni mesti sedappp ni kalau tak takkan la siapbagi peta bagai hehehe .........

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak adakala peta lebih mudah dipahami

      Delete
  14. Arz nanti Kak Lya g sana Arz belanja ok ..hehehe .........

    ReplyDelete
  15. Etuza guna hp anoroid ni.baru balik dr Ranau jemput anak balik kampung.

    ReplyDelete
  16. Replies
    1. Wife saya perkenalkan cendol ni pada saya.

      Delete
  17. Cendol tu menggamit-gamit akak dah ni,..

    ReplyDelete
  18. CN duk Banting, so cendol Banting paling sedap bak cakap En. Titan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cendol banting sedap jugak rupanya. Ingatkan cendol ini paling sedap di dunia

      Delete
  19. Sempoiiii..
    Cendol campur pulut..memang sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah pulut saya tak leh makan banyak. takut malam nanti takleh tido

      Delete
    2. Knape arz, perut sebu ke?
      Saya naik angin. Asik burp ek..ek..je.
      Tapi, best makan pulut.
      Sempoiiii..

      Delete
    3. kalau makan pulut biasa sakit urat

      Delete
  20. Wah... bulan 11 kitaorg gi penang masa penang bridge marathon..nanti leh singgah ni... :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah keluar borang ka? huhu insyaallah bleh jumpa nanti

      Delete
  21. erk. nasib baik baru beli cendol tadi. haha.. yang saya beli ni pun sedap juga. isi pun banyak. harga berpatutan. saya beli dekat bazaar depan admin Uniten tu. dekat je.. hehe

    ReplyDelete
  22. yep. perghhh.. dah terbayang balik dah ni. hahaha

    ReplyDelete
  23. tengok gambar pon dah tau sedap ni :)
    tapi sy tak pernah jumpa yg betol2 sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang betul-betul sedap adalah yang kena dengan citarasa kita :)

      Delete
  24. abg ni best la... lengkap dengan street view...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...