Akok Sedap Kuala Terengganu
Jika berkunjung ke Pantai Timur pastinya kita mencari akok sedap untuk dicuba. Akok atau kuih akok. Makanan tradisional di pantai timur. Mudah di dapati di Kelantan dan Terengganu tetapi di Pahang aRz tidak pasti mudah atau tidak. Pertama kali rasa akok adalah ketika bercuti ke kelantan iaitu di Wakaf Che Yeh. Kemudian berkahwin pula dengan orang Terengganu. Semasa bertunang, antara hantaran ketika itu adalah kuih akok, yang mana adalah kuih akok yang aRz akan ceritakan ini. (mengenang kisah lalu pula) . aRz ada ceritakan sebelum ini nak kongsikan makanan di Kuala Terengganu yang aRz biasa singgah seperti di entri Mengembara Jauh Hanya Kerana Makanan Kegemaran
Kuih akok ini, kalau ikut kata ipar duai "akok telur". Tapi aRz panggil akok ja. Sejak dari bertunang hingga sekarang memang beli di tempat ini saja. Sebelum ini ada juga mencuba di tempat lain, tapi yang ini paling terbaik. Kelembutannya, rasanya, memang tak puas. Setiap kali sampai saja di Kuala Terengganu, sudah pasti cari kuih akok ini dahulu baru pulang ke rumah mertua.
Jom kita tengok gambar yang aRz sempat rakam ketika menunggu akok siap dibungkus.
![]() |
kuih akok | Proses mengeluarkan dari acuan |
![]() |
Kuih akok |
![]() |
Kuih Akok siap dimasak dan dibungkus |
Lokasi Kuih Akok Sedap Padang Nenas
Sebelum aRz terlupa nak juga kongsikan lokasi gerai yang menjual Akok Sedap ini. Gerai ini terletak di Kampung Padang Nenas, Kuala Terengganu. Diantara Balai Polis Mengabang Telipot dan Masjid Padang Nenas, paling penting gerai ini betul-betul berhadapan Stesen Minyak Shell Padang Nenas. Seperti di dalam maps dibawah.
Dibawah ini pula adalah gambar dari google street view rupa gerai akok ini jika dilihat dari Stesen minyak Shell.
![]() |
Gerai Akok |
Kuih Akok Teman Perjalanan Pulang
Sedap ka kuih akok ni? Yang pasti bila sampai saja di Kuala Terengganu dan hendak pulang mesti beli. Ketika aRz nak pulang ke utara sudah pasti bungkus lagi untuk menjadi peneman ketika memandu. Mana tidaknya 8 jam perjalanan.
![]() |
Peneman perjalanan pulang |
Nampak gayanya kena tunggu raya pula baru dapat merasa lagi kuih akok ini. Di Pulau Pinang pun ada dijual ketika bulan Ramadhan tetapi dari segi harga dan rasa memang berbeza. Kuih Akok Sedap Padang Nenas ini 5 biji RM 2.
Resipi Kuih Akok
Seperti biasa bila tunjuk sesuatu makanan ada yang ini mencuba buat sendiri. Untuk pengetahuan semua aRz pun tak tahu akok ini dibuat dari bahan apa. Tetapi ada rakan blogger yang sudah pun berkongsi resipi akok ini jika ingin mencuba boleh klik Resipi Kuih Akok
Baiklah setakat ini dulu. Ada lagi makanan menarik di Kuala Terengganu yang ingin aRz kongsikan lagi. Tunggu entri terbaru ya.
Jumpa Lagi.