Skip to main content

Tips Hasil Gambar Cantik | Vignette

Tips Hasilkan Gambar Cantik

Salam. Hai pencinta-pencinta seni photography. Seni photography memang indah.
Ada yang mampu hasil kan pendapatan yang tinggi dengan mahir dalam bidang ini. Ada juga ia hanya jadikan hobi untuk kepuasan diri. Entri ini sesuai untuk peminat photography dan juga khas buat blogger.
Kenapa pula blogger? Sebagai seorang blogger separuh masa. Saya juga ingin kongsikan ilmu yang cetek ini kemungkinan membantu mereka yang memerlukan.

Tips Hasilkan Gambar Cantik, Vignette, Cik Puteri, Natural lights, kids, girl, baby,
| arzmohdhaniffa photography | Cik Puteri 6 bulan
Ok... rasa macam tak berapa selesa dengan ayat skema diatas. Sebenarnya aRz cuma nak kongsikan gambar Cik Puteri masa kecil. Umur Cik Puteri ketika ini lebih kurang 6 bulan lebih. Bagaimana aRz boleh ingat? Semua berdasarkan Exif Data yang disimpan didalam gambar ini. Setiap gambar mempunyai exif data.

Jadi Blogger Untuk Apa?

Tetiba aRz teringat kata-kata blogger Ejoy. "Jadi blogger untuk apa" jadi aRz fikir alang-alang kongsikan gambar aRz selitkan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. aRz juga masih mendalami ilmu photography dan editing. Kemungkinan ada kesilapan dan kekurangan. Sekiranya ada mohon tinggalkan kiritkan anda dibawah nanti ya supaya aRz dapat sedikit ilmu dari anda juga. Di dalam gambar ini ada dua perkara utama yang boleh dilihat. Satu Natural Light kedua Vignette.
Natural light jika ada masa aRz akan kongsikan Insyaallah.

Vignette

Apa itu Vignette?
"a small illustration or potrait photograph which fades into its background without a definite border"

Menurut sebuah blog Photographylife
"also known as "light fall-off" is common in optics and photography, which in simple terms means darkening of image corner when compared to the center"

Faham tak? Mungkin susah nak faham dengan hanya membaca. Kalau perhatikan gambar diatas lihat sekeliling gambar di gelapkan itulah yang dimaksudkan dengan vignette. Ia boleh terjadi dengan sendiri ketika mengambil gambar atau dengan melakukan sedikit editing.

Bagaimana Ingin Melakukannya

teknik editing, photography, vignette, cik puteri, kids, my daughter, baby, i love baby, gambar kanak-kanak cantik, bantal biru,
| arzmohdhaniffa photography | Gambar asal
Teknik ini boleh di aplikasikan dengan beberapa cara. Pertama dengan cara automatik dan kedua manual. 

Manual Vignette

aRz kebiasaannya menggunakan cara manual kerana sudah rasa selesa dengan cara ini. 
Cara manual kebiasaannya aRz menggunakan software Adobe Photoshop. Dengan menggunakan tool 'brush' dan membuat sedikit adjustment pada opacity supaya nampak seakan real. Walaubagaimanapun teknik ini perlu dicuba berkali-kali untuk mampu menghasilkan hasil yang cantik.

Auto Vignette

Auto Vignette adalah cara paling mudah sekali untuk menghasilkannya. Kenapa aRz katakan mudah? Sebab tidak perlu sebarang skill hanya menggunakan tool sediada. Di dalam Adobe Photoshop kalau tak silap aRz juga ada tool ini yang boleh terus digunakan. Untuk blogger nak buka Adobe Photoshop rasanya perlukan masa yang panjang, edit dan kemudian masukkan kedalam blog. Mungkin ada beberapa software yang mudah untuk digunakan tanpa mengurangkan hasil gambar. Antara cara mudah untuk menghasilkan vignette adalah dengan bantuan Instagram. Boleh cuba buka instagram dan cari tool Vignette. 

Fungsi Vignette

Fungsi pertama. Mencantikkan gambar dengan menutup background yang ada bersama-sama di tepi objek/subjek utama. 
Kedua menonjolkan/memfokuskan pada objek/subjek utama

Bila ada objek lain di dalam gambar ia akan membuatkan mata kita/orang melihat pada yang lain. 

Dalam gambar Cik Puteri terdapat sedikit gangguan seperti remote dan corak pada toto. Jadi dengan menggunakan vignette aRz dapat menonjolkan gambar Cik Puteri.

Apakah Vignette Sesuai Untuk Semua Gambar

Walaubagaimanapun tidak semua gambar sesuai untuk menggunakan teknik ini. Bagaimana hendak memahami gambar jenis apa yang sesuai untuk digunakan? Pertama perlu banyak membaca dengan melihat hasil gambar dari photographer. Kedua jika berkesempatan aRz huraikan di dalam entri akan datang.

aRz mohon maaf entri kali ini tidak dapat menyediakan tutorial bagaimana ingin mengaplikasikannya samada melalui photoshop, instagram atau mana-mana perisian lain kerana kesuntukan masa buat waktu ini. Apapun ini adalah serba sedikit penerangan bagaimana untuk menghasilkan gambar yang cantik. Bak kata kawan aRz yang aktif dalam menjual barangan second hand di Mudah.my

"Gambar cantik, terjual dahulu"

Maksudnya gambar yang cantik mampu mempengaruhi sesorang membeli produk kita.

Sekiranya anda rasakan tips ini sangat berguna kongsikan kepada rakan-rakan anda mungkin ada antaranya sedang ingin mempelajari teknik ini.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. good entri aRz, tapi kak ana paling suka kat foto Cik Puteri Ayu ni... comelnya.. :)

    ReplyDelete
  2. apps mane ada vignette ni abg arz?

    ReplyDelete
  3. masih banyak yg akak perlu pelajari nampaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aRz pun perlu belajar banyak lagi kak kamsiah

      Delete
  4. comelnya cik puteri tuuuuu!!! geramm

    ReplyDelete
  5. muke terkejut ke cik puteri...hihi... teknik vignette nie ade jugak belajar dulu.. tapi dh lupe sebab xpraktikkan.. thanx info :)

    ReplyDelete
  6. Vignette ni adik beradik dgn pisau gillette tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vignette membuatkan gambar kita ada border. Gillette menjadikan gabar kita terbelah dua atau seribu :p

      Delete
    2. Kalau vinaigrette (salad dressing) tu? ;)

      Delete
  7. vignette ni under Action dalam photoshop ke? saya kalau nak edit, saya pakai action je banyak. hahaha. kalau manual, jadi satu kerja lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebiasaannya memang ramai yang guna action saja. Tapi bagi peminat photography kebanyakkan akan memilih manual. Sebab mereka sedang menghasilkan "sebuah gambar"

      Delete
  8. Semakin canggih dunia blogging kita sekarang..

    ReplyDelete
  9. Ohhh itu sebenarnya vignette. Selama ni akak main klik2 je kalau guna online photo editing :)

    ReplyDelete
  10. sy edit ikut suka je kalu rs lawa go on..

    btw thanks ilmu baru ni

    ReplyDelete
  11. Kita tunggu review arz nanti

    ReplyDelete
  12. kalo CT edit gambar memang tak tahu pun term2 nya..
    main tekan2 ahaha kalo cantik kiraa on..

    ReplyDelete
  13. kalau pandai edit jadi bertambah cantik gambar tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

TSHIRT DAN KEYCHAIN MIKASA ACKERMAN | ATTACK ON TITAN

T Shirt dan Keychain Mikasa Ackerman | Attack On Titan Attack on Titan yang mana harini boleh ditonton di saluran Netflix tetapi bagaimanapun sudah sampai ke Season 4. Sedang menjadi tontonan remaja harini. Apa yang saya suka mengenai anime secara keseluruhan iaitu semangat juang yang tinggi. Tontonlah mana-mana anime atau komik sekalipun. Bila Cik Puteri dah semakin membesar mana lagi ditonton Umar dan Hana, Didi and Friends melainkan siri movie seperti Upin Ipin ataupun Frozen. Sekarang Cik Puteri pun mengikuti Attack on Titan jadinya Abah pun terpaksa tonton sekali walaupun kadang terlelap tanpa sedar. Review Tshirt Mikasa Ackerman | Attack On Titan Series Abah boleh tak belikan tshirt "Mikasa Ackerman" ? Siapa pula Mikasa ni, lepas tonton beberapa episod owh baru faham. Jadinya Tshirt ni nak mudah cari di shopee. Bukan senang, cari punya cari, hari demi hari, jumpa penjual dari Indonesia. Apa yang perlu kita faham, bila membeli dengan penjual dari luar negara adalah masa ...

SOP Terbaru PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru?

 SOP PKP 3.0 | Apa Yang Terbaru? Seperti yang kita semua ikuti siaran langsung yang diumumkan oleh MKN melalui Menteri Kanan Pertahanan bersama Ketua Pengarah Kesihatan terdapat SOP PKP 3.0 terbaru selepas kes Covid-19 semakin menaik sejak kebelakangan ini. Oleh itu saya menyeru kepada semua untuk membaca SOP terbaru secara terus di laman web mkn.gov,my. Ini kerana dari sini merupakan sumber yang paling tepat untuk kita baca sepenuhnya mengenai SOP PKP terbaru berkuatkuasa 25 Mei 2021. SOP 3.0 Selepas diumumkan saya melihat reaksi mereka disekeliling mengenai SOP PKP terbaru ini. Rata-rata merasakan tidak puashati. Ada yang mengatakan belum cukup ketat. Saya sendiri pun taktau samada berpuas hati ataupun tidak, cuma yang paling penting adalah REDHA dengan segala yang sedang diusahakan. Insyallah semoga semuanya berjalan dengan baik dimana sudah tentu melibatkan perbincangan dari semua sudut untuk menghasilkan keputusan yang terbaik. Pastinya mereka yang berada di peringkat atasan m...