Salam. Innalillahiwainnailaihirojiun. Takziah diucapkan buat keluarga Tan Sri Jamaludin Jarjis diatas kejadian yang meragut nyawa mangsa serta beberapa mangsa lain. Mangsa lain antaranya adalah Ketua Setiausaha Sulit di Pejabat Perdana Menteri Datuk Seri Azlin Alis, Juruterbang Kapten Clifford William Fournier, Pembantu Operasi Aidana Baizieva, pengawal peribadi Razakan B Seran dan Ahli Perniagaan Datuk Tan Huat Seang.
Tan Sri Jamaludin Jarjis |
Kejadian itu dikatakan helikopter yang dinaiki kesemua mangsa terhempas. Menurut Awani lagi dikatakan ada saksi mendakwa helikopter itu meletup sebelum terhempas dan kemudian meletup sekali lagi selepas terhempas.
sumber : Awani.
Komen Negatif
Baru sahaja beberapa jam selepas kemalangan yang meragut nyawa mangsa nahas helikopter terhempas, banyak komen-komen negatif telah mula memasuki Media Sosial. Masing-masing merasakan seperti mereka adalah Malaikat yang tidak pernah membuat kesalahan dan dosa. Ini sangat mengecewakan. Islam tidak mengajar kita dengan ajaran sebegini. Perjalanan arwah bertemu Ilahi sudah pun bermula dan kita bakal berdepan dengan saat ini. Apakah kita merasakan kita sudah cukup sempurna?
Lupakan perbezaan pandangan politik seketika. Ini bukan masanya berdebat tentang politik. Sebaiknya aRz menyeru kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mangsa yang beragama Islam. Apakah kita sudah merasakan amalan kita sudah banyak? Jika sudah banyak sekalipun apakah diterima oleh Allah S.W.T? sehingga kita menjadi hakim menentukan nasib seseorang yang bakal dihadapi di akhirat kelak?
Kita tidak tahu amalan kita yang mana diterima oleh Allah S.W.T.
Kisah Allahyarham Yang Kita Tidak Ketahui
Kita memang mudah untuk menghukum sesama manusia. Adakalanya kita tidak ketahui amalan yang baik dilaksanakan oleh orang lain. Mungkin kita sendiri tidak pernah melakukannya. Berhenti menghakimi orang lain.
Saya terbaca kisah Allahyarham Tan Sri Jamaludin Jarjis yang kita tidak ketahui melalui facebook Pagawai Khas Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat En. Syahril A. Kadir.
Melalui perkongsiannya di akaun facebooknya beliau merupakan seorang yang yang diberi kepercayaan oleh Tan Sri Jamaludin Jarjis untuk membawa sejumlah duit zakat peribadi Tan Sri untuk disalurkan kepada anak-anak yatim mangsa gempa bumi yang beragama Islam di Pulau Nias, Sumatera Indonesia. Ianya disalurkan sejak lebih 10 tahun yang lalu lagi. Katanya lagi kali terakhir membawa wang zakat Tan Sri kira-kira 4 bulan yang lepas.
Ada juga disalurkan kepada anak-anak yatim mangsa gempa bumi yang beragama kristian. Bukan setakat itu sahaja tetapi sumbangan dalam negara juga turut diberikan tanpa media dan publisiti.
" Selagi saya masih hidup, tak payahlah cerita benda ini " ini antara pesanan Tan Sri.
Gambar Terakhir Allahyarham
![]() |
Gambar terakhir sebelum tragedi helikopter terhempas |
Ini adalah gambar terakhir yang disiarkan di Awani ketika menghadiri satu majlis.
Ingatlah "Setiap yang bernyawa pasti merasai mati"
Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua kita akan dikembalikan.
Elakkan dari menyebarkan hal yang tidak baik. Kerana kita sendiri tidak tahu pengakhiran kita bagaimana pula. Semoga arwah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Setiap kematian yang berlaku sepatutnya memberikan peringatan kepada kita supaya kembali Allah S.W.T. dan menginsafi diri masing-masing.
Al-Fatihah.