Nasi 7 Benua Pulau Pinang
Nasi 7 Benua merupakan tempat makan menarik dan special di Penang yang menjadi viral di seluruh Malaysia. Apa yang menarik sebenarnya dengan Nasi 7 Benua yang disediakan oleh Koo Boo Cafe?
Baik hari ini aRz nak ceritakan kedai yang menyediakan menu istimewa yang baru saja aRz singgah. Dengar nama pun menarik. aRz dapat tahu menu ini pun dari abang yang juga seorang yang rajin mencuba makanan baru. Jadi di hari cuti yang ada kami rancang untuk pergi beramai-ramai.
![]() |
Wefie ketika sampai di Kedai Nasi 7 Benua |
![]() |
Selfie dan wefie lagi |
Macam biasa bila sampai di satu-satu destinasi ada yang suka selfie dan wefie. Layan jela kan.
Walaubagaimanapun, ketika menu diambil anda semua perlu menunggu sehinggalah dipanggil oleh pelayan di kedai ini. Masa menunggu tu bolehlah bersembang dahulu atau ambil gambar sebagainya.
![]() |
Cik Puteri dan sepupunya |
![]() |
Cik Puteri dan juga sepupunya, Alyaa yang dikatakan berwajah sama ketika kecil |
![]() |
Ini masih dipanggil Selfie kah? |
Apa itu Nasi 7 Benua
Baik, sebelum aRz pergi lebih jauh dimana lokasi dan harga hidangan ini, aRz nak terangkan dahulu mengenai apa itu Nasi 7 Benua. Kenapa dipanggil Nasi 7 Benua?
![]() |
Nasi 7 Benua |
Apa yang aRz faham Nasi 7 Benua ini adalah disebabkan kepelbagaian nasi yang ada dalam hidangan ini. Ianya adalah Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih, dan Nasi Kacang. Pernah tak makan kesemua jenis nasi ini?
Baik untuk hidangan ini anda akan dipanggil dan anda sendiri perlu letakkan lauk yang anda ingini. Untuk pengetahuan semua Nasi Kacang agak terkenal di Pulau Pinang suatu masa dulu. Sekarang agak susah untuk dijumpai. Jika anda belum pernah mencuba 7 jenis nasi ini, ini adalah saatnya untuk merasai Nasi 7 Benua.
Dah Cuba >>> Chocolate Boss Cafe Di Penang??
Dah Cuba >>> Chocolate Boss Cafe Di Penang??
Harga Hidangan Nasi 7 Benua
Harga sepinggan Nasi 7 Benua ini adalah bergantung kepada lauk yang anda pilih. Jika anda memilih lauk seperti yang aRz ( didalam gambar diatas) baru sahaja RM 5 sahaja. Murah bukan? Kalau di Pulau Pinang ia boleh dikira murah. Selain dari itu, di Kedai ini minuman percuma diberikan iaitu Sirap dan Teh O Ais.
Susah untuk dijumpai di sekitar Pulau Pinang menyediakan air minuman percuma melainkan air masak.
Gerai ini diberi nama
Koo Boo Cafe
0174397617
Gerai ini diberi nama
Koo Boo Cafe
0174397617
Lokasi Kedai Nasi 7 Benua
Lokasi gerai ini sangat mudah. Ia betul-betul bersebelahan Stadium Sungai Ara, atau berdekatan dengan Penang International Sports Arena (PISA) atau sekarang lebih dikenali sebagai SPICE. Saya juga sediakan lokasi google maps rujuk di bawah.
Waktu Perniagaan
Waktu perniagaan adalah dari 11 pagi-11 malam. Kalau saya tidak silap kedai ini ditutup pada hari Isnin. Tetapi jika anda berkunjung dari jauh saya galakkan ke kedai ini pada sebelah malam lebih kurang jam 8. Kenapa? Waktu tengahari boleh dikatakan agak sedikit sesak. Jika anda datang dari jauh sudah pasti inginkan keselesaan bukan?
Baik semuanya telah aRz ceritakan. Semoga anda dapat berjumpa kedai ini dan merasai sendiri keenakan keunikan menu ini.Sebelum saya terlupa bukan sahaja Nasi 7 benua ini yang boleh dinikmati tetapi anda juga boleh memilih sebagai contoh sepinggan nasi lemuni atau nasi tomato atau nasi putih disini.
Sekiranya anda memiliki kedai/gerai yang menyediakan hidangan yang menarik untuk dikongsi di ruangan Awesome Food ini.
Hubungi saya di :
email : azrilmohdhaniffa@gmail.com
atau
call/sms/whatsapp : 011-27130797
fb/twitter/instagram : @arzmoha
Jumpa Lagi