Awesome Food | Penang Pisang Cheese
Salam.Awesome Food. Ya aRz mengetengahkan makanan yang aRz rasakan menarik di tempat yang pernah aRz singgah. Tidak kira samada di Pulau Pinang ataupun di negeri lain. Hari ini kebetulan aRz dan family keluar membeli barang keperluan harian, sebaik saja pulang teringin nak makan pisang goreng. Kebetulan gerai yang aRz selalu beli tutup awal. Inilah dikatakan rezeki ternampak di seberang jalan gerai Penang Pisang Cheese. Memang rezeki isteri aRz teringin sangat nak rasa pisang goreng cheese.
![]() |
Penang Pisang Cheese. |
Mesti ada yang tertanya bagaimana rupa pisang cheese ini selepas siap untuk dimakan kan?
Jangan risau aRz ada sediakan gambar untuk tatapan anda semua.
![]() |
Pisang cheese + Coklat |
![]() |
Gambar setelah dihidangkan. |
Bagi aRz dari segi rasa memang sedap. Mana tidaknya cheese dicampur coklat dan sedikit susu. Peniaga ini pula tidak kedekut dengan ramuan yang ada. Dalam keadaan cuaca di Pulau Pinang yang sekarang ini hujan di sebelah petang memang terasa nikmat pekena Penang Pisang Cheese dan air Kopi O.
Mesti ada yang tertanya-tanya lagi dimana lokasi gerai ini? jom tengok dibawah.
Lokasi Penang Pisang Cheese
Gambar sudah, lokasi pun sudah diberi jangan tunggu lagi ok. aRz berharap dengan entri ini dapat membantu mereka yang sedang mencari pisang goreng cheese sekitar pulau pinang.
Sekiranya anda memiliki kedai atau gerai dengan hidangan yang istimewa untuk di kongsikan dalam segmen Awesome Food ini samada sekitar Pulau Pinang mahupun di negeri lain termasuk Sabah.
Hubungi aRz melalui :
email : azrilmohdhaniffa@gmail.com
atau
call/sms/whatsapp : 011-27130797
atau
instagram/twitter : @arzmoha