Tips Hasilkan Gambar Cantik
Salam. Hai pencinta-pencinta seni photography. Seni photography memang indah.
Ada yang mampu hasil kan pendapatan yang tinggi dengan mahir dalam bidang ini. Ada juga ia hanya jadikan hobi untuk kepuasan diri. Entri ini sesuai untuk peminat photography dan juga khas buat blogger.
Kenapa pula blogger? Sebagai seorang blogger separuh masa. Saya juga ingin kongsikan ilmu yang cetek ini kemungkinan membantu mereka yang memerlukan.
Kenapa pula blogger? Sebagai seorang blogger separuh masa. Saya juga ingin kongsikan ilmu yang cetek ini kemungkinan membantu mereka yang memerlukan.
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Cik Puteri 6 bulan |
Ok... rasa macam tak berapa selesa dengan ayat skema diatas. Sebenarnya aRz cuma nak kongsikan gambar Cik Puteri masa kecil. Umur Cik Puteri ketika ini lebih kurang 6 bulan lebih. Bagaimana aRz boleh ingat? Semua berdasarkan Exif Data yang disimpan didalam gambar ini. Setiap gambar mempunyai exif data.
Natural light jika ada masa aRz akan kongsikan Insyaallah.
Jadi Blogger Untuk Apa?
Tetiba aRz teringat kata-kata blogger Ejoy. "Jadi blogger untuk apa" jadi aRz fikir alang-alang kongsikan gambar aRz selitkan sedikit ilmu untuk dikongsi bersama. aRz juga masih mendalami ilmu photography dan editing. Kemungkinan ada kesilapan dan kekurangan. Sekiranya ada mohon tinggalkan kiritkan anda dibawah nanti ya supaya aRz dapat sedikit ilmu dari anda juga. Di dalam gambar ini ada dua perkara utama yang boleh dilihat. Satu Natural Light kedua Vignette.Natural light jika ada masa aRz akan kongsikan Insyaallah.
Vignette
Apa itu Vignette?
"a small illustration or potrait photograph which fades into its background without a definite border"
Menurut sebuah blog Photographylife
"also known as "light fall-off" is common in optics and photography, which in simple terms means darkening of image corner when compared to the center"
Faham tak? Mungkin susah nak faham dengan hanya membaca. Kalau perhatikan gambar diatas lihat sekeliling gambar di gelapkan itulah yang dimaksudkan dengan vignette. Ia boleh terjadi dengan sendiri ketika mengambil gambar atau dengan melakukan sedikit editing.
Bagaimana Ingin Melakukannya
![]() |
| arzmohdhaniffa photography | Gambar asal |
Teknik ini boleh di aplikasikan dengan beberapa cara. Pertama dengan cara automatik dan kedua manual.
Manual Vignette
aRz kebiasaannya menggunakan cara manual kerana sudah rasa selesa dengan cara ini.
Cara manual kebiasaannya aRz menggunakan software Adobe Photoshop. Dengan menggunakan tool 'brush' dan membuat sedikit adjustment pada opacity supaya nampak seakan real. Walaubagaimanapun teknik ini perlu dicuba berkali-kali untuk mampu menghasilkan hasil yang cantik.
Auto Vignette
Auto Vignette adalah cara paling mudah sekali untuk menghasilkannya. Kenapa aRz katakan mudah? Sebab tidak perlu sebarang skill hanya menggunakan tool sediada. Di dalam Adobe Photoshop kalau tak silap aRz juga ada tool ini yang boleh terus digunakan. Untuk blogger nak buka Adobe Photoshop rasanya perlukan masa yang panjang, edit dan kemudian masukkan kedalam blog. Mungkin ada beberapa software yang mudah untuk digunakan tanpa mengurangkan hasil gambar. Antara cara mudah untuk menghasilkan vignette adalah dengan bantuan Instagram. Boleh cuba buka instagram dan cari tool Vignette.
Fungsi Vignette
Fungsi pertama. Mencantikkan gambar dengan menutup background yang ada bersama-sama di tepi objek/subjek utama.
Kedua menonjolkan/memfokuskan pada objek/subjek utama
Bila ada objek lain di dalam gambar ia akan membuatkan mata kita/orang melihat pada yang lain.
Dalam gambar Cik Puteri terdapat sedikit gangguan seperti remote dan corak pada toto. Jadi dengan menggunakan vignette aRz dapat menonjolkan gambar Cik Puteri.
Apakah Vignette Sesuai Untuk Semua Gambar
Walaubagaimanapun tidak semua gambar sesuai untuk menggunakan teknik ini. Bagaimana hendak memahami gambar jenis apa yang sesuai untuk digunakan? Pertama perlu banyak membaca dengan melihat hasil gambar dari photographer. Kedua jika berkesempatan aRz huraikan di dalam entri akan datang.
aRz mohon maaf entri kali ini tidak dapat menyediakan tutorial bagaimana ingin mengaplikasikannya samada melalui photoshop, instagram atau mana-mana perisian lain kerana kesuntukan masa buat waktu ini. Apapun ini adalah serba sedikit penerangan bagaimana untuk menghasilkan gambar yang cantik. Bak kata kawan aRz yang aktif dalam menjual barangan second hand di Mudah.my
"Gambar cantik, terjual dahulu"
Maksudnya gambar yang cantik mampu mempengaruhi sesorang membeli produk kita.
Sekiranya anda rasakan tips ini sangat berguna kongsikan kepada rakan-rakan anda mungkin ada antaranya sedang ingin mempelajari teknik ini.
Jumpa Lagi.