Menggeletar Perlu Atasi Segera

Persediaan Diri Ketika Perlawanan

Salam. Banyak perkara tergendala seminggu dua ini. Kesibukan dalam menjalani latihan beberapa minggu sebelum ini. Sekarang tiba musim perlawanan pula. Bersedia atau tidak kena hadapi. Baik pertama sekali aRz kena akui, aRz bukan 'champion' sangat cuma nak kongsi tips yang diberikan oleh rakan-rakan serta pengurus sukan baru baru ini untuk hadapi perlawanan.

|arzmoha | 3 perkara penting

3 perkara diatas adalah bahagian yang perlu dijaga dengan baik. Ketiga-tiga perkara ini amat penting bagi seseorang yang akan menghadapi perlawanan, tidak kira mana peringkat sekalipun. Justeru perkongsian ini mudah-mudahan membantu mereka yang rasa kurang keyakinan menghadapi perlawanan.

Persediaan Fizikal


Persediaan fizikal bukan sesuatu yang mudah tetapi jika kena pada caranya Insyaallah menjadi mudah. Persediaan fizikal lebih kepada kesihatan tubuh badan. Seseorang yang ingin menghadapi perlawanan perlu berada dalam keadaan sihat. Latihan yang lebih awal dari waktu perlawanan antara satu aspek penting untuk memastikan badan kita benar-benar bersedia untuk menghadapi perlawanan yang pastinya meletihkan. Latihan yang cukup dan betul sudah pasti akan mengurangkan kecederaan ketika perlawanan. Jadi ianya aspek yang paling penting. Jika sakit atau cedera bagaimana hendak hadapi lawan yang kemungkinan sangat agresif.

Persediaan Mental


Ini adalah aspek kedua yang amat penting. Mental kita juga kena bersedia. Perlu tanam dalam diri kepercayaan pada kebolehan diri serta kebolehan 'partner' (regu) jika bermain perlawanan yang melibatkan regu. Jika mental tidak bersedia ia mungkin memberi kesan buruk pada prestasi diri. Tidak kira siapapun lawan yang akan dihadapi, Mental kena bersedia untuk mengatakan 'aku boleh'.

Persediaan Emozi

Bab ini sukar untuk aRz sendiri bincangkan. Dalam perlawanan hari ini boleh dikatakan semua akan mengalami tekanan pada emosi, seperti gugup, marah, tidak puashati dan sebagainya. Walaubagaimanapun ianya boleh diatasi dengan persediaan mental yang baik sebelum perlawanan. Menerima kesalahan yang dilakukan oleh regu atau pasukan dan mencuba lagi sehabis baik. Kebiasaan kerugian satu mata adalah normal. Jadi jangan biarkan emosi anda menggangu sepanjang perlawanan. Jika bermain badminton terdapat 21 mata perlu dikutip, jadi jika kehilangan satu mata usah mengeluh dan menyesal yang keterlaluan sehingga memberi kesan buruk pada keseluruhan perlawanan. Cuba sehabis baik.

Kesimpulan

Kesimpulannya ketiga aspek yang aRz kongsikan ini perlu dijaga dengan baik. Insyaallah mampu menghasilkan keputusan yang baik juga. Sebagaimana keputusan hari ini pejabat aRz berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas dalam sukan badminton. Setiap pasukan perlu ada 5 regu. Berbanding tahun lepas hanya 3 Regu. Walaubagaimanapun sikap kerjasama yang tinggi kami berjaya mengekalkan kejuaraan walaupun terpaksa menghadapi perlawanan dengan sengit.

aRz nak kongsikan beberapa keping gambar perlawanan hari ini.

badminton, sebelum permainan, game, sport, fleet,
Keadaan yang tidak terurus

tips hadapi perlawanan, badminton, sport, tekanan, emosi, fizikal, mental,
Gambar ketika perlawanan berlangsung

tips hadapi perlawanan, badminton, sport, sukan,
Bergambar Selepas Menjuarai Perlawanan 

Ini saja gambar yang ada. Esok ada satu lagi game. Doakan aRz dan pasukan berjaya ya.
Insyaallah selepas habis perlawanan aRz akan kembali blogwalking di blog rakan-rakan.

Jumpa Lagi.




{ 33 comments.. read them below or add one }

AnonymousAnonymous 22 Apr 2015, 07:22:00
Gud luck arz...tenang kan diri dahulu, hihi
Amelia Amelia 22 Apr 2015, 11:50:00
good luck! semoga bertuah untuk team abang Arz....
Inani Hazwani Inani Hazwani 22 Apr 2015, 12:42:00
dah menang kan.. tahniahhh :D
adkdayah adkdayah 22 Apr 2015, 14:34:00
kalau ada keyakinan disitu pasti ada kejayaan..tahniah abang arz =D
Sham Sham 22 Apr 2015, 15:51:00
dimana ada kemahuan disitu ada...hiway...go go bro...kikiki..btw header baru ke...?cun la...
Ana Jingga Ana Jingga 22 Apr 2015, 19:04:00
Tahniah dah menang pun adinda aRz dan teamnya :)
Fnd Rocka Fnd Rocka 23 Apr 2015, 10:49:00
persediaan pakaian dan alat sukan yg sesuai pun penting...
Unknown Unknown 23 Apr 2015, 17:46:00
errr... Persediaan Emozi tu apa aRz....??
*hehehehehe...typo semakin berleluasa...!!*
Hajar Shikin Hajar Shikin 24 Apr 2015, 21:06:00
Pernah juga hadiri perlawanan, menggeletar tu takdelah tapi dada je yang kuat dup dap dup dap
Eny Abdullah Eny Abdullah 25 Apr 2015, 12:33:00
dh menang pun kan az... tahniah!
arzmoha arzmoha 25 Apr 2015, 20:40:00
hai aisyah ambris terima kasih. lama tak nampak :)
arzmoha arzmoha 25 Apr 2015, 20:42:00
terima kasih amy J alhamdulillah dah menjuarai kejohanan
arzmoha arzmoha 25 Apr 2015, 20:43:00
hai bro sham. bukan saja header tapi template baru.

terima kasih sudi singgah
arzmoha arzmoha 25 Apr 2015, 20:45:00
ya kak anajingga. alhamdulillah.
arzmoha arzmoha 25 Apr 2015, 20:45:00
setuju FR baru dapat beraksi dengan baik
arzmoha arzmoha 25 Apr 2015, 20:46:00
aRz dup dap dup dap dah pun kurang cuma menggeletar sedikit ketika perlawanan
Norihanyusuf Norihanyusuf 26 Apr 2015, 12:36:00
teruih hilang ketaq bila dah jadi juara, hehehe
Mimin Adam Mimin Adam 27 Apr 2015, 17:33:00
hepp ! kena yakin. baru peroleh kejayaan
Anizz Annisa Anizz Annisa 27 Apr 2015, 18:04:00
baru nak komen hat yg tu..hahah... bahasa german ke? peaceee... :D
Jari Manis Jari Manis 28 Apr 2015, 23:13:00
menggeletar dengan gemuruh sama tak
arzmoha arzmoha 29 Apr 2015, 02:07:00
sama saja rasanya. cuma nak bagi sedap tajuk ja
Mia Mia 14 Jun 2015, 08:10:00
Banyak bende nak kena kawal tu. hehe...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih