Tiramisu Premium Dessert di KFC

Tiramisu Premium Desserts KFC

Tiramisu by Solo Italia merupakan antara Premium desserts yang disediakan di KFC Malaysia. Macam mana boleh cerita pasal tiramisu ni? Ok sebenarnya masa Puan Isteri dan Cik Puteri tunggu aRz solat selepas membeli belah barang keperluan dapur. Mungkin Cik Puteri ada minta sesuatu, Jadi Puan Isteri bawa ke KFC dan belikan Tiramisu. Bak kata orang "Like Abah Like Anak Perempuan" :p

tiramisu, kek tiramisu, kfc premium dessert, harga tiramisu, cik puteri suka kfc tiramisu,
Tiramisu KFC Premium Desserts

Peminat Kek

Memang tidak dinafikan, aRz memang seorang yang gemar makan kek, coklat dan kuih yang lembut macam tepung talam, bengkang, puding dan lain-lain. Kek kalau ada dekat dalam peti ais memang akan "clean and clear". Mungkin disebabkan aRz minat kek, maka turun pula pada Cik Puteri. Berbalik pada cerita kat atas tadi, alang-alang tunggu aRz solat Puan Isteri belikan Tiramisu di KFC buat Cik Puteri. Tak sangka sampai habis dia makan, Puan Isteri pun tak dapat rasa. Tiramisu ni termasuk dalam golongan kek ka? Sapa leh jawabkan? Muahaha (ayat cover)

gambar tiramisu kfc, kfc tiramisu premium dessert, review food blogger, apa yang menarik di kfc,
Tiramisu
gambar kek tiramisu, tiramisu kfc premium dessert, gambar cantik tiramisu,
Lapisan Dalam

tiramisu, kfc premium dessert, gambar cantik tiramisu,
Zoom Lagi

Harga Tiramisu Premium Desserts by KFC

Harga biasa Tiramisu yang dijual di KFC adalah RM 4.80 sahaja. Tetapi ada waktu-waktu tertentu dapat pada harga yang lebih rendah. Kebetulan beberapa hari lepas Cik Puteri minta "kek hepi besday to you", asal kek ja mesti sambung dengan 'hepi besday to you'. Tak kiralah kek batik ka atau kek pisang sekalipun.
Singgah di KFC 'drive-thru' berdekatan dengan Masjid Negeri Pulau Pinang. Harga yang diberikan cuma RM 3.90. Adakalanya juga lebih rendah mungkin disebabkan 'short expired'.

harga tiramisu premium dessert, kfc,
harga tiramisu kfc

Memang menjadi kebiasaan Cik Puteri baca doa sebelum makan. Perkara ini ditekankan ketika bayi lagi. Masa bayi? Macam mana? Bak kata orang Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya. Insyaallah ada ruang dan masa aRz kongsikan untuk semua. 

baca doa, gambar kanak-kanak baca doa,
Baca Doa

tiramisu, kek sedap di kfc, gambar cik puteri makan kek,
Suka sangat kek
Amalan makan makanan yang manis ini perlu dikawal. Jangan kerap diberi atau didedahkan kerana sekarang ini pun kanak-kanak boleh terkena penyakit kencing manis dan obes. Untuk yang dewasa pun kena hati-hati juga. Sekali-sekala nak makan manis tu tak ada masalah rasanya kan? Yela Orang rumah pun teringin nak berehat dari memasak mungkin kehabisan idea untuk memilih resipi yang terbaik untuk keluarga. Bagi yang belum merasa Tiramisu cepat-cepat dapatkan di KFC berdekatan. 

Jumpa Lagi.

Comments

  1. pernah try yang Chocolate Larva je.. yang Tiramisu tak berapa sesuai dengan tekak.. hehehehee.. Apapun untung Cik Puteri, ada yang melayan kehendak.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. avatar kak ain :0

      tak cuba lagi yang chocolate larva.... lepas ni nak cuba....
      anak tekak saya ni kekadang telan ja semua muahahaha

      Delete
  2. sedap sgt benda ni ! huhu




    DAH JOIN GA PS IKEA PERLIS?
    KALAU BELUM JOM JOIN GA
    BANYAK HADIAH YG MUDAH BAKAL DIMENANGI :)
    http://ekinrazallibisnes.blogspot.my/2015/11/like-dan-menang-hadiah-misteri-rm1000.html

    ReplyDelete
  3. Sedap k aRz, akak x cuba lg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mulut saya kata sedap...tak sampai 4.5 saat boleh habis ngeeee

      Delete
    2. boleh abiskan 4.5 saat, biar betul aRz? magic apa?

      Delete
  4. assalam, balas follow di sini, minta maaf lambat

    ReplyDelete
  5. alahai comelnya jejari kecil yang sedang berdoa...amiin.. :)

    ReplyDelete
  6. Anak buah ida suka sangat makan tiramisu kfc ni, haritu ada try, memang sedap. patutla dia suka. hehehehe


    Jemput join contest dekat blog iday ye :) : http://www.sayaiday.com/2015/12/blogger-contest-hadiah-30-ribu-airasia-big-points-RM600-cash.html

    ReplyDelete
  7. Sedapnya tiramisu...kite suka kek tiramisu...hee

    ReplyDelete
  8. kira tak berapa suka tiramisu kfc ni. tak kena dengan tekak huuu

    ReplyDelete
  9. Semua dessert kfc sedap .. tp ikut cawangan kfc jgk,ada setengah tuu xberapa nak sedap .. huhu

    ReplyDelete
  10. belum pernah cuba lagi ... sebab kecil sangat, macam tak berbaloi hehe

    ReplyDelete
  11. belum pernah cuba lagi ... sebab kecil sangat macam tak berbaloi :p

    ReplyDelete
  12. comel jer puteri ... nak makan kek pun sempat baca doa, kalau my dotter main ngap ajer :)

    ReplyDelete
  13. Abam Arz... tak de rasa nak pas sini sikit ke tiramisu tu? Macam sedap je Along tengok...

    ReplyDelete
  14. semua dessert2 kt kfc sedap2 belaka ;-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih