TEMPAH CINCIN ATAU PASANG SIAP DI LORONG KULIT
Pemakaian cincin bagi kalangan wanita itu adalah perkara biasa. Bagi lelaki pula, pemakaian cincin ini boleh dikatakan tidak semua mengamalkannya. Ada yang selesa memakainya ada pula sebaliknya. aRz pula sejak dari sekolah menengah sudah memakai cincin. Bermula dari cincin perak (silver) dan kemudian bertukar ke cincin batu. Cincin batu pula ada yang di tempah ada juga boleh pasang siap. Saja nak kongsi mengenai cincin baru aRz.
![]() |
Lorong kulit | ada juga batu lain yang dijual |
CINCIN BATU
Cincin batu mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada bermacam jenis batu, asli dan tidak asli serta kayu yang boleh dijadikan sebagai batu perhiasan pada cincin tersebut. Ada juga yang memilih warna batu untuk disesuaikan warna kegemaran tersendiri.
aRz pernah pakai cincin? ya pernah pakai bermula dari cincin silver yang mudah dibeli di kompleks-kompleks membeli belah suatu ketika dahulu. Lepas beberapa tahun, arwah mak ajak buat cincin batu yang ditempah jenis 'suasa'. Harga tempah waktu dan ketika itu dalam RM 200.
![]() |
Cari gambar cincin tak jumpa, tapi dalam gambar ini ada gambar cincin. |
Cincin pernah hilang. Pernah hilang masa sekolah menengah. Masa tu tinggal di asrama. Tengah buka nak simpan tiba-tiba jatuh dan hilang. Cari punya cari tak jumpa. Lepas beberapa lama ( tak ingat pula berapa lama) jumpa balik dalam kasut, sedangkan kasut tu memang pernah pakai waktu cincin hilang. Ajaib.
Sekarang, cincin tu cuma tinggal kenangan. Hilang masa solat jumaat. Masukkan dalam poket kemudian masa nak ambil jam, mungkin terjatuh. Tak jumpa sampai sekarang. Sedih memang sedih, tambah pula hadiah dari arwah mak. Tapi hidup kena terus, semua yang kita miliki dalam dunia cuma pinjaman buat kita.
Ampa semua pernah ada cincin batu atau cincin sendiri tak?
PASANG SARUNG CINCIN BATU
Pasang sarung cincin batu, tapi tak pasti apa panggilan sebenar untuk memasang batu yang kita ada pada cincin. Kata mudah aRz ada batu, cuma beli cincin dan pasangkannya. Cincin tersebut beli siap bukannya ditempah.
Kalau tempah cincin memang harganya jauh lebih mahal, kerana bahannya dari perak, kualitinya dan upah tukang. Cincin siap pula jauh lebih murah dan sudah tentu sebaliknya. Kali ini aRz memilih untuk pasang di Lorong Kulit atau dipanggil 'rokwok' atau "ropewalk". Harga jauh lebih murah. Jangan harapkan sesuatu yang terbaik pada harga yang rendah tapi asalkan boleh pakai dan selesa itu sudah cukup.
![]() |
Permandangan sekitar lorong kulit |
![]() |
Tengah pemasangan |
Lorong kulit atau rokwok ini mmang terkenal dari dulu sampai sekarang, cuma sekarang bila dah ada bermacam-macam platform online, bukan lagi menjadi suatu tempat untuk mencari barang murah. Melainkan yang menjual buah, barang lama atau bundle, dan barang yang sudah didapati secara online.
![]() |
Cincin batu | selepas siap |
Harga beli cincin yang siap termasuk pemasangan cuma RM 30. boleh lah kalau tengok pada gambar di atas tidak tersusun cantik tapi dengan harga macam tu memang boleh diterima. Ada juga yang memakai cincin melambangkan keperibadian seseorang mengikut warna batu tersebut.
Teirma kasih sudi membaca Tempah cincin atau pasang siap. Jumpa lagi #DariKacaMataAbah