TEMPAH CINCIN ATAU PASANG SIAP?

TEMPAH CINCIN ATAU PASANG SIAP DI LORONG KULIT

Pemakaian cincin bagi kalangan wanita itu adalah perkara biasa. Bagi lelaki pula, pemakaian cincin ini boleh dikatakan tidak semua mengamalkannya. Ada yang selesa memakainya ada pula sebaliknya. aRz pula sejak dari sekolah menengah sudah memakai cincin. Bermula dari cincin perak (silver) dan kemudian bertukar ke cincin batu. Cincin batu pula ada yang di tempah ada juga boleh pasang siap. Saja nak kongsi mengenai cincin baru aRz.

Lorong kulit | ada juga batu lain yang dijual

CINCIN BATU

Cincin batu mempunyai peminatnya yang tersendiri. Ada bermacam jenis batu, asli dan tidak asli serta kayu yang boleh dijadikan sebagai batu perhiasan pada cincin tersebut. Ada juga yang memilih warna batu untuk disesuaikan warna kegemaran tersendiri.

aRz pernah pakai cincin? ya pernah pakai bermula dari cincin silver yang mudah dibeli di kompleks-kompleks membeli belah suatu ketika dahulu. Lepas beberapa tahun, arwah mak ajak buat cincin batu yang ditempah jenis 'suasa'. Harga tempah waktu dan ketika itu dalam RM 200. 

gambar bapa dan anak, arzmoha, balack and white potrait, gambar lawa, gambar cantik, dari kaca mata abah,
Cari gambar cincin tak jumpa, tapi dalam gambar ini ada gambar cincin.

Cincin pernah hilang. Pernah hilang masa sekolah menengah. Masa tu tinggal di asrama. Tengah buka nak simpan tiba-tiba jatuh dan hilang. Cari punya cari tak jumpa. Lepas beberapa lama ( tak ingat pula berapa lama) jumpa balik dalam kasut, sedangkan kasut tu memang pernah pakai waktu cincin hilang. Ajaib.

Sekarang, cincin tu cuma tinggal kenangan. Hilang masa solat jumaat. Masukkan dalam poket kemudian masa nak ambil jam, mungkin terjatuh. Tak jumpa sampai sekarang. Sedih memang sedih, tambah pula hadiah dari arwah mak. Tapi hidup kena terus, semua yang kita miliki dalam dunia cuma pinjaman buat kita.

Ampa semua pernah ada cincin batu atau cincin sendiri tak?

PASANG SARUNG CINCIN BATU

Pasang sarung cincin batu, tapi tak pasti apa panggilan sebenar untuk memasang batu yang kita ada pada cincin. Kata mudah aRz ada batu, cuma beli cincin dan pasangkannya. Cincin tersebut beli siap bukannya ditempah. 

Kalau tempah cincin memang harganya jauh lebih mahal, kerana bahannya dari perak, kualitinya dan upah tukang. Cincin siap pula jauh lebih murah dan sudah tentu sebaliknya. Kali ini aRz memilih untuk pasang di Lorong Kulit atau dipanggil 'rokwok' atau "ropewalk". Harga jauh lebih murah. Jangan harapkan sesuatu yang terbaik pada harga yang rendah tapi asalkan boleh pakai dan selesa itu sudah cukup.


lorong kulit, rokwok, ropewalk, penang,
Permandangan sekitar lorong kulit

pemamsangan batu pada cincin, sarung cincin murah, upah pemasangan batu cincin,
Tengah pemasangan

Lorong kulit atau rokwok ini mmang terkenal dari dulu sampai sekarang, cuma sekarang bila dah ada bermacam-macam platform online, bukan lagi menjadi suatu tempat untuk mencari barang murah. Melainkan yang menjual buah, barang lama atau bundle, dan barang yang sudah didapati secara online.

cincin batu, pasang siap cincin batu, tempah cincin mahal tak?, pasang batu pada cincin, sarung cincin,
Cincin batu | selepas siap

Harga beli cincin yang siap termasuk pemasangan cuma RM 30. boleh lah kalau tengok pada gambar di atas tidak tersusun cantik tapi dengan harga macam tu memang boleh diterima. Ada juga yang memakai cincin melambangkan keperibadian seseorang mengikut warna batu tersebut. 

Teirma kasih sudi membaca Tempah cincin atau pasang siap. Jumpa lagi #DariKacaMataAbah

Comments

  1. Betul,kalau tempah memang mahal tapi puas hati sebab dari awal ikut citarasa sendiri...kalau pengikatnya sahaja dan upah pasang batu agak murah sikit..tapi biasa dulu-dulu kawan-kawan PC batunya dan pengikatnya beli asing..pergi kedai minta pasangkan je..bayar upah sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu PC, cincin yang sebelum ini memang puas hati. Tapi bukan rezeki lagi sebab dah hilang. Lebih menyedihkan batu itu hidup

      Delete
  2. wah baru tahu yang lelaki pun boleh tempah cincin. selama ni ingatkan lelaki main beli je. tak sangka pulak harga pun mahal. nice info. by the way, saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan cara awak menulis. kalau sudi meh lah singgah blog saya hehe. saya followers ke 629

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Asiyah elsa nanti saya follow semula ya.

      ya lelaki pun boleh tempah cincin

      Delete
  3. Dulu ayah mertua auni pun buat batu cincin. Teruja sangat tengok koleksi batu cincin yang dia ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah, siap ada koleksi ya. Saya tak sampai koleksi cuma buat pakai saja

      Delete
  4. husband pernah pakai cincin batu mcm nie..tp mcm dah lama dia tak pakai..lupa agaknya kat mana letak hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lama tak pakai memang selalu terlupa..

      Delete
  5. ayah busyra bnyk cincin jenis ni. dia suka. hehe. tp bila tngok lama2 mmg unik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap batu itu ada kelebihan tersendiri, termasuk warna-warnanya

      Delete
  6. selalu jugak nampak cincin macam ni

    ReplyDelete
  7. Dulu pernah juga pakai cincin tapi sekarang dah tak pakai...

    ReplyDelete
  8. ooo x penah tau psl ni.. sbb dlm family mmg xde yg pakai cincin mcm ni...

    ReplyDelete
  9. macam tau-tau je nak tengok pasal cincin, tup2 keluar entry cincin. hahaha..

    ReplyDelete
  10. Kt mana tmpt buat tuh? Lorong mana? Blh bg adress

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih