6 Bantal Nampak Pelik Tetapi "Cool"
6 Bantal ini memang nampak pelik dan jarang kita lihat dimana-mana tempat tetapi memang "cool". Teknologi yang serba canggih hari ini membolehkan produk dicipta supaya dapat memenuhi permintaan pengguna. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Cumanya di Malaysia masih belum kelihatan bantal yang nampak pelik tetapi cool sangat. Jom lihat 6 Bantal Pelik tersebut
 |
Rock pillow |
Bantal berbentuk batu ( rock pillow )
Rock Pillow atau bantal berupa batu. Memang agak menyeramkan bila lihat kanak-kanak di bawah bantal ini. Seakan ditimpa batu. Tetapi bantal ini dapat menghiaskan ruang yang kosong atau sudut tertentu. Seperti sudut bacaan untuk membuatkan lebih santai dan menarik minat anak-anak untuk membaca. Ada sesetengah orang lebih suka membaca dalam keadaan sampai. Atau diletakkan di ruang tamu dan sebagainya. Malangnya tidak pasti samada ada di Malaysia ataupun tidak.
 |
Rock Pillow kredit rockpillow.com |
Bantal Pizza
Bantal Pizza ini khas untuk mereka yang memang kaki makan atau peminat pizza. Bila masa pun terasa nak makan. Jadi memang sesuai sangat untuk cari bantal seperti ini atau bantal berbentuk makanan yang lain. Kalau anda sedang diet jangan pula cari bantal ni. Ada juga yang mencari makan di tengha malam.
 |
Bantal Pizza |
Bantal Ikan Salmon
Bantal berbentuk ikan. Memang nampak pelik tapi macam menarik pula. Khasnya untuk kaki kaki pancing. Setiap hari rasa nak memancing. Pergi bercuti pun tetap nak memancing. Memang sesuai sangat bantal seperti ini. Kurang-kurang boleh peluk ikan.
 |
Bantal Ikan |
Bantal Tisu
Bantal tisu. Memang pelik benar kalau ada tisu dekat bantal. Tapi khas untuk yang memang suka layan drama sedih atau suka baca novel sedih bagus juga. Sedih sedih ada tisu kat bantal. Boleh jadi juga khas untuk mereka yang berjauhan dengan suami, bila suami telefon saja mula drama. Ada juga kegunaannya.
 |
Bantal Tisu |
Bantal Lengan Suami
Jika setiap malam anda memang kebiasaannya tidur di atas lengan suami. Tetapi dalam masa sama suami anda kerap outstation. Takut tak dapat tidur jadi boleh cari bantal macam ini. Ada ka yang nak beli? hehe
 |
Bantal Tangan Suami |
Bantal Laptop
Bantal laptop khas untuk mereka yang kerap buat kerja di tengah malam. Sebagai contoh blogger yang kebiasaannya taip artikel berbayar di tengah malam jadi selepas siap boleh tidur terus. Kerja-kerja juga tapi keselamatan dan juga kesihatan perlu dijaga.
 |
Bantal Laptop |
6 Jenis bantal yang memang nampak pelik. Rasanya di pasaran Malaysia pun tidak ada. Sekarang berkongsi mungkin ada yang meminati salah satu darinya boleh mencari di amazon atau ebay. (sekiranya ada). Tetapi sekiranya anda mencari Bantal Kualiti Hotel dengan harga yang murah dan menarik boleh cari di
Pembekal Bantal Hotel Penang.