Cara Terbaru Dapatkan Astro Preview (prebiu) Percuma 48 jam
Cara Terbaru dapatkan Astro Preview Percuma 48 jam | Kalau sebelum ini aRz ada kongsikan pada semua Cara langgan prebiu Astro percuma 48 jam. Setiap pelanggan astro boleh memohon preview ini setiap 6 bulan untuk setiap pek atau pakej di channel 200. Kalau anda perasan channel 200 dah pun dinaiktaraf tetapi masih boleh melanggan preview astro percuma. Siapa yang tak mahu menonton dengan percuma kan? Dapat santai bersama keluarga di rumah layan filem dan sebagainya.
Cara Untuk Langgan Astro Preview Percuma
Sebenarnya cara langgan astro preview ini adalah sama dengan sebelum ini. Cumanya selepas channel ini di naiktaraf ianya agak mengelirukan sedikit untuk mendapatkan preview percuma. Kebetulan Sabtu Ahad lepas ada masa lepak depan televisyen rupanya senang saja nak dapatkan Astro Preview Percuma 48 jam ini.
Langkah pertama : masuk ke channel 200 dan pilih 'purchase'
![]() |
langkah 1 paparan pertama |
Langkah kedua : pilih 'view all packs'
![]() |
langkah 2 pilih 'view all packs' |
Langkah ketiga : selepas itu akan keluar bermacam pek atau pakej yang ada. Guna remote astro untuk ke kanan dan turun ke bawah sampai anda menemui pek atau pakej yang anda minat.
![]() |
langkah ketiga : ke kanan dan scroll pek atau pakej yang anda minat |
Langkah keempat : Dah jumpa pek atau pakej yang anda minat, Klik ke kanan atau ok.
Sehingga terdapat 3 highlight berwarna pink. Kemudian klik butang kuning preview.
p/s : pastikan keluar 3 highlight warna pink...seperti gambar di bawah. baru klik butang kuning preview
Langkah kelima : Selepas klik butang kuning "preview". Akan kelihatan mesej seperti dibawah.
![]() |
langkah keempat ; pilih menu pastikan ada 3 highlight bewarna pink |
Langkah kelima : Selepas klik butang kuning "preview". Akan kelihatan mesej seperti dibawah.
Ikuti langkah tersebut dan sleepas 5 minit anda akan dapat menonton selama 48 jam percuma.
Sebaiknya langgan pada hari yang anda biasa berada di rumah contoh pada hujung minggu. jumaat malam dah boleh melanggan. Jadi Sabtu dan ahad boleh menonton bersama keluarga. Selepas dinaiktaraf lebih banyak channel yang anda boleh dapatkan preview astro percuma 48jam.
![]() |
Langkah kelima ikuti langkah yang diberikan. |
Sebaiknya langgan pada hari yang anda biasa berada di rumah contoh pada hujung minggu. jumaat malam dah boleh melanggan. Jadi Sabtu dan ahad boleh menonton bersama keluarga. Selepas dinaiktaraf lebih banyak channel yang anda boleh dapatkan preview astro percuma 48jam.
UPDATED| Cara Melanggan Preview Astro Menggunakan WEBE?
Ini adalah kemaskini terbaru yang saya sendiri cuba baru-baru ini. Selepas bertukar telco dari U Mobile ke WEBE. Apa yang saya hadapi adalah kegagalan menghantar kod yang diberikan melalui SMS.
Apabila saya menghantar sms ke 33888 saya akan mendapat semual sms berbunyi " RM0 You have sent to an invalid shortcode. Pls check with the shortcode service provider. Thank you "
Ini adalah kerana WEBE tidak support menghantar sms ke 5 nombor. Satu masalah baru untuk menggunakan servis Astro Preview ini. Dalam masa yang sama saya mendapat jawapan kepada persoalan yang ditanyakan sebelum ini di ruangan komen.
Cara untuk Melanggan Astro Preview sekiranya menggunakan telco WEBE? Caranya adalah anda perlu menggunakan telefon yang menggunakan telco lain selain WEBE.
Ada masalah tak bila guna no telefon orang lain? Sebenarnya tiada masalah. Ini kerana yang code yang diberikan pada setiap akaun astro adalah berlainan. Saya mencuba baru-baru ini menggunakan nombor telefon orang lain dan BERJAYA.
Sekiranya terdapat masalah anda boleh meninggalkan soalan dibawah. Insyaallah saya cuba membantu. Jangan lupa kongsi bersama keluarga dan juga rakan. Preview ini boleh dilanggan setiap 6 bulan sekali. Gunakan dengan bijak.
Terima kasih kerana sudi membaca TERBARU Astro Preview Percuma 48 Jam
Terima kasih kerana sudi membaca TERBARU Astro Preview Percuma 48 Jam