Tidak Semua Kemahuan Keinginan Anak Dapat Dan Perlu Dituruti
Bila sudah bergelar ibubapa sudah pasti kita dapat merasai saat ini dimana tidak semua kemahuan atau keinginan anak kita dapat dan perlu dituruti. Perkara ini juga sebenarnya sudah kita rasa ketika kita masih kecil dimana ibubapa kita sudah pun mendidik kita. Anak-anak di dalam alam kanak-kanak ini mempunyai 1001 keinginan dan kemahuan. Tetapi tidak semua perlu dan dapat dituruti. Kenapa?
![]() |
Cik Puteri menangis saat kemahuan tidak dapat dituruti |
Kalau ada yang mengikuti aRz di Instagram atau pun facebook mungkin ada yang perasan mengenai gambar di atas. Sebenarnya baru sahaja menjemput Cik Puteri dari tadika pra-sekolah. Bila sampai saja di kereta tiba-tiba menangis bersungguh-sungguh. Bila tanya kenapa menangis? Dia jawab "kenapa abah tak bawa moto (motosikal) ?"
Sebenarnya memang kebiasaannya menjemput Cik Puteri dari tadika menaiki kereta. Pernahlah sehari, aRz naik motosikal itupun sebab terlupa. Sebenarnya agak lewat kalau nak berpatah balik ambil kereta kemudian ke sekolah Cik Puteri. Waktu diangkat 5 petang ke 6 petang memang akan sangkut kesesakan. Jadi dari pejabat ambil Cik Puteri terus balik. Cilok cilok sikit sampai lebih awal dari sepatutnya.
Di waktu aRz kecil dulu, dalam tahun 90-an. Memang tak semua keinginan atau kemahuan dapat dituruti. Apatah lagi di zaman dimana 1 sen masih lagi bernilai. Di sekolah boleh dapat setengah cawan air. Sekarang? Belajar dari ibubapa kita tak semua kemahuan kita dapat ditunaikan atau dituruti. Kekadang bersebab. Kalau dulu minta 20sen yang akan dapat cuma 20 sen walaupun diberikan 50 sen. Baki perlu dikembalikan. Zaman dulu ayah ayah semuanya garang.
Tidak kira sama ada anak kita masih kecil atau besar. Mungkin dimasa hadapan kita akan berdepan dengan keinginan dan kemahuan anak-anak yang mempunyai hobi atau minat dalam bidang yang agak lasak dan sebagainya. Pastikan keselamatan mereka adalah perkara pertama yang perlu diutamakan.
Kemahuan atau keinginan anak-anak ini ada bermacam-macam. Semua ibubapa bakal berdepan isu yang berbeza. Cumanya perlulah difikirkan baik buruknya sesuatu permintaan sebelum ditunaikan
Keselamatan
Perkara paling penting yang perlu dititikberatkan. Keselamatan anak-anak adalah yang utama. aRz tak kata naik motosikal sesuatu yang merbahayakan anak-anak. Tak...cuma kalau pada jarak yang jauh mungkin boleh merbahayakan keselamatan mereka. Macam mana?
Waktu balik kerja adalah waktu yang agak sesak. Semua orang terkejar-kejar nak sampai ke rumah. Dalam kita memandu secara berkhemah kekadang menjadi mangsa mereka yang cuai. Jadi jika jarak itu terlalu jauh elakkan.
Pada jarak yang jauh dengan anak-anak yang baru pulang dari sekolah, biasanya mereka letih ditambah dengan angin yang menghembus ke muka semua mampu terlena. Teringat pula kes seorang kawan terlelap sambil menunggang motosikal di atas Jambatan Kedua Pulau Pinang. Memang bahaya. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan berlaku.
Bila anak terlena boleh menyebabkan kita hilang fokus mungkin kita terpaksa memegangnya dan menunggang dengan hanya sebelah tangan. Bukanlah meminta perkata yang tidak baik berlaku tetapi sekiranya boleh elakkan. Tetapi jika kita sudah tidak dapat dielakkan tunggang motosikal dengan berhati-hati. Tawakkal pada Allah SWT semoga dilindungi dari perkara yang buruk.

Selain daripada itu helmet keselamatan jangan dilupakan. Kerana malang tidak berbau. Mungkin depan rumah juga boleh menyebabkan kecederaan.