TIPS MODAL UNTUK MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN FOOD TRUCK

TIPS MODAL UNTUK MEMULAKAN KERJAYA SEBAGAI USAHAWAN FOOD TRUCK DI WILAYAH PERSEKUTUAN


Setiap perniagaan tidak boleh lari dari isu utama iaitu modal. Tanpa modal yang kukuh, sesuatu pernigaan mungkin tidak mampu bertahan lama. Begitu juga sekiranya anda ingin menjadi Usahawan Food Truck di Wilayah Persekutuan.


Tips memulakan perniagaan food truck, modal untuk menjadi Usahawan food truck, food truck Malaysia, tips rancang modal perniagaan berasaskan food truck, Usahawan food trcuk di wilayah persekutuan,
Sumber : google

Arzmoha.com ingin berkongsi sedikit tips modal untuk memulakan kerjaya sebagai Usahawan Food Truck terutama di Wilayah Persekutuan.

Sebelum itu Industri Food Truck sebenarnya sudah lama berada di Malaysia seperti mana dahulu peniaga menaiki lori kecil membawa ikan dan sayur-sayuran dari rumah ke rumah, taman ke taman untuk memudahkan suri rumah yang tidak dapat keluar ke pasar yang jauh dari rumah. 

Saya sendiri pernah melihat keadaan ini maklumlah tinggal di kampung yang jauh dari pasar utama untuk mendapatkan bahan mentah.


Hari ini Food Truck semakin diperkemaskan lagi dengan rekabentuk, lokasi serta menu makanan yang menarik dan bersih. Selain daripada itu, penduduk tempatan juga mula beralih dan menyambut baik perniagaan berasaskan food truck ini. Salah satunya disebabkan oleh menu menarik yang disediakan.


Usahawan food truck wilayah persekutuan, meriah food truck di Kuala Lumpur Dan wilayah persekutuan, tips modal awal jadi Usahawan food truck, modal food truck di Malaysia,
Sumber : Google

Walaupun nampak menarik Usahawan Food Truck tetapi ianya perlukan modal yang agak besar walaupun tidak sebesar untuk membuka sebuah restoran.

Untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan ini modalnya juga agak besar jadi saya kongsikan supaya memudahkan mereka yang berkenaan dapat merancang dengan baik supaya berjaya dalam apa yang diusahakan.


Jom Baca Tips Modal Untuk Memulakan Kerjaya Sebagai Usahawan Food Truck Di Wilayah Persekutuan.


Seperti yang saya janjikan inilah tips dan cara memulakan kerjaya sebagai usahawan Food Truck di Wilayah Persekutuan. Walaupun saya bukan seorang pengusaha tetapi saya kongsikan dari mereka yang arif dalam bidang ini.

Banyak perkara yang perlu difikirkan dalam soal modal. Perancangan yang baik mampu memastikan anda dapat lakukan yang terbaik dalam menangani setiap dugaan yang mendatang.


Tips ini dikongsikan oleh I Malaysian Truck di Facebooknya. Tips modal untuk memulakan kerjaya sebagai Usahawan Food Truck yang dikongsi sangat terbaik terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu Modal, Lesen Permit, Food Truck, Menu, Bahan Mentah, Tenaga Kerja, Lokasi dan Waktu Beroperasi.

Modal


Setiap perniagaan pasti ada modalnya. Modal juga bergantung kepada apa yang jenis perniagaan dan keperluan-keperluannya. 

Setiap usahawan perlu ada perancangan. Ini kerana gagal merancang adalah merancang untuk gagal. Perkongsian tips modal ini bagi membantu anda melihat secara asas kos modal yang diperlukan.

Modal terbahagi kepada dua iaitu secara pinjaman menerusi bank, Majlis Amanah Raya ( MARA), TEKUN atau modal daripada simpanan sendiri, keluarga, rakan kongsi.Kelebihan food truck berbanding restoran/cafe adalah boleh dibuat pinjaman secara bayaran ansuran bulanan sama seperti pembelian kereta atau motosikal.

Dibawah adalah senarai modal yang diperlukan secara asas.1. Daftar SSM – RM 100 Wajib ada2. Daftar Bank – RM 2000 Wajib ada3. Deposit Food Truck 10% ( Harga OTR RM 55k) – RM 55004. Lesen GDL – RM 500 Bawah 3 Tan Wajib Ada5. Bayaran Bulanan – RM 600 Standby 1st month6. Papan Menu/Banting – RM 300 ( sekiranya ingin berjimat gunakan ‘White board”)7. Pelekat Kenderaan “Sticker Basic” – RM 500 (Tidak Wajib tetapi untuk pemasaran)8. Modal Pusingan – RM 3000 minimum ( gaji, duit minyak, tol, stok dan lain-lain)9. Stok Bahan Mentah RM – 2000 ( bahan mentah untuk 1 minggu)10. Lesen Berniaga Pihak Berkuasa Tempatan – RM 500 setahun11. Kos Penyelenggaraan – RM 300

Anggaran semua kos diantara RM 15,000 - RM 20,000. Ianya kos yang agak besar jika anda tidak mempunyai modal yang besar atau sumber modal yang kukuh. Walaubagaimanapun jika anda ingin menjadi pengusaha Food Truck, pihak-pihak tertentu juga sedang berusaha untuk membantu anda.


Tahu tak bahawa pihak Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan terus berbincang dengan pihak pembuat trak untuk mengatasi masalah yang dihadapi peniaga.

Diteruskan lagi dengan perbincangan dengan pihak Majlis Amanah Raya dan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga ( TEKUN) untuk masalah modal. Dengan adanya bantuan modal, usahawan dapat meneruskan hasrat menjadi usahawan food truck yang mampu menjana pendapatan dan berjaya.

Datuk Seri Tengku Adnan Tengku pada 7 Februari 2018 DBKL menyasarkan 1000 lesen Food Truck dikeluarkan dan telah mengeluarkan sebanyak 220 lesen kendera saji ( food truck) dalam mensasarkan sifar penjaja tepi jalan menjelang tahun 2020.

Selain daripada itu, kementerian dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga mengenal pasti lokasi untuk dijadikan pusat perniagaan Food Truck  (kendera saji) yang dilengkapi elektrik, air dan tempat pembuangan sampah. Cadangan ini juga menarik supaya dapat menarik ramai orang ke lokasi tersebut dan menjadi tumpuan seperti “Food Court”.

Lebih menarik setiap usahawan menyediakan satu menu rakyat pada harga RM 5 untuk menyahut seruan kerajaan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup. Bukan saja baik buat usahawan tetapi kepada penduduk setempat.Saya juga berharap pihak berwajib dapat memperbanyakkan lagi program-program untuk memudahkan usahawan food truck dapat berniaga dan memajukan ekonomi rakyat dan negara.

Comments

  1. Sangat menarik ni. Zumal pun pernah bercita-cita nak buat biz dengan food truck

    ReplyDelete
  2. Satu lagi peluang peniagaan bagi orang orang muda terutamanya.

    ReplyDelete
  3. PC suka tengok food truck...
    Betul modal sangat memainkan peranan penting..bila sudah mengeluarkan modal yang besar..harus pastikan menu dan penyediaan yang terbaik...

    ReplyDelete
  4. Semakin ramai yang berniaga food truck..kipidap

    ReplyDelete
  5. wahh ada bantuan modal untuk usahawan food truck. mantop!

    ReplyDelete
  6. rambang mata nak makan apa ni ...

    ReplyDelete
  7. fuhh..boleh tahan juga yea modal..dulu pernah pak saudara tawarkan jaga food truck dia kat KL..tp dah ada kerja xleh tinggal laa..

    ReplyDelete
  8. Bestnya sapa yang minat berniaga ada bantuan modal

    ReplyDelete
  9. Tips yang sangat berguna untuk usahawan food truck yang nak mulakan perniagaan

    ReplyDelete
  10. Suka foodtruck. Macam2 pilihan makanan.

    ReplyDelete
  11. Bila di setempatkan peniaga food truck kat satu kawasan, senang kita nak terjah. Pilihan pun meriah. Macam² ada!

    ReplyDelete
  12. kita suka pegi food truck! byk pilihan ! murah! harapnyaaaa ada yg bantu usahawan food truck untuk berniaga lagi. leh byk dpt port food truck! hehehe

    ReplyDelete
  13. dpt bntu usahawan muda tuk mnjana pendapatan mereka

    ReplyDelete
  14. Patut sekarang dah makin banyak food truck.

    ReplyDelete
  15. Food truck ni cuma satu sahajalah.. harga dia makanannya lebih mahalmudah dr biasa tapi banyak pilihan :)

    ReplyDelete
  16. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  17. Food truck ini sebenarnya titik permulaan perniagaan yang mudah jika tiada budget nak sewa kedai. Ianya fleksibal dan memudahkan pemjual. boleh bawak sana sini kan jika satu2 tempat dah tak ada pengunjung. #hebatkannegaraku

    ReplyDelete
  18. Akak memang suka beli kat food truck

    ReplyDelete
  19. Khaty memang suka menu di food truck sebab ada banyak pilihan. Harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  20. Sy suke konsep diberikan. at least harga makanan terkawal. Sbb sesetengah foodcourt ni harga melampau sgt. Selain memudahkan mencari makanan setempat, kena jugak harga berpatutan. Bertuah taw sape yg duduk di wilayah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih