Skip to main content

SINGGAH MAKAN NASI BERIANI DI YUSUF RESTAURANT RELAU PULAU PINANG

SINGGAH MAKAN NASI BERIANI DI YUSUF RESTAURANT RELAU PULAU PINANG

Sejak beberapa bulan, selepas daripada seorang sahabat tukar motosikal memang rajin pula kami ke kedai-kedai, warung-warung dan restaurant untuk mencuba makanan sedap sekitar pulau pinang. Lebih-lebih lagi kedai makanan yang belum kami cuba menunya. Bak kata orang jalan-jalan cari makan. Apa yang menarik makan di Yusuf Restaurant Relau Pulau Pinang?

nasi beriani sedap di penang, jalan-jalan cari makan di pulau pinang, tempat makan menarik pulau pinang, foodie penang, yusuf restaurant pulau pinang, makan sedap di relau,
Yusuf Restaurant 

Mungkin perkongsian ini ketika cuti sekolah boleh dijadikan salah satu destinasi jalan-jalan cari makan bersama keluarga. Macam saya dan keluarga sekalipun apabila bercuti akan mencari tempat makan yang sedap ataupun menarik. Sesekali berada di tempat orang, mesti nak pengalaman yang manis kan? Begitulah juga kalau yang bercuti ke Pulau Pinang.

kenapa yusuf restaurant sama dengan hameediyah restaurant, makan sedap di pulau pinang, foodie penang, nasi beriani sedap, yusuf restaurant relau dengan nasi beriani,
Yusuf Restaurant atau Hameediyah Restaurant?


Yusuf Restaurant terletak Relau Pulau Pinang (rujuk maps dibawah). Berada di deretan bangunan kedai, tetapi parkir kereta agak terhad. Hati-hati apabila parkir kereta di Pulau Pinang, kerana silap meletak kenderaan berkemungkinan kenderaan anda di tunda atau 'clamp' atau disaman oleh Majlis Bandaraya. Kami ke sini pun menaiki motosikal lebih mudah tetapi masih ada beberapa parking untuk kenderaan.

Yusuf Restaurant sebenarnya menunya hampir sama dengan Hameediyah Restaurant yang terletak di Lebuh Campbell. Apa yang saya faham Yusuf merupakan cucu kepada pemilik Hameediyah. Jadi menunya hampir sama.

Hameediyah pun saya pernah cuba, kali ini mencuba makan nasi beriani di Yusuf Restaurant. Macam saya katakan awal-awal tadi saya bersama sahabat yang sebenarnya agak kurang suka nasi beriani. Tetapi katanya nasi beriani disini agak kurang berminyak dan sedap.

yusuf restaurant relau pulau pinang, nasi beriani sedap pulau pinang, jalan-jalan cari makan di penang, tempat makan menarik di pulau pinang,


Disini ada masa pekerja akan letakkan lauk dan kuah, tetapi ada masa kita boleh letak sendiri. Saya cuma memilih Nasi beriani, bendi dan kuah campur. Harga RM 11. Memang harganya agak mahal berbanding nasi kandar lain tetapi bagi saya agak berbaloi. Cubalah sendiri merasai nasi beriani dan bermacam menu lain yang tersedia disini.

Tempat Makan Menarik Sekitar Relau - Nasi 7 Benua Penang

Bermacam-macam menu lain yang disediakan antaranya Ayam kampung, kambing, Itik Nila, Gulai Ikan dan macam-macam lagi. Cuma pastikan sediakan wang secukupnya.

Ok sampai sini dahulu. Terima kasih kerana sudi membaca mengenai SINGGAH MAKAN NASI BERIANI DI YUSUF RESTAURANT RELAU PULAU PINANG. Jangan lupa kongsikan dengan rakan di tempat kerja, rakan belajar atau group whastsapp keluarga dengan butang yang disediakan.




Yusuf Restaurant
823-G-4, Jalan Paya Terubong, Relau
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Jumpa Lagi. Selamat bercuti dan menjamu selera

Comments

  1. Nampak sedap nasi berian tuu.. uihh

    ReplyDelete
  2. Geram tengok ayam tu...nampak rangup..

    ReplyDelete
  3. kalau dekat dah lama mama singgah ni

    ReplyDelete
  4. Sekali lagi ke Penang nak try restaurant ni. Kali terakhir saya ke sana dulu saya makan siang malam di restaurant Kapitan.

    ReplyDelete
  5. Omg harganya tapi nampak best

    ReplyDelete
  6. Lorr perniagaan family la ni..kedai cucu lak ek..pergi penang dulu mkn kat hameediyah sbb katanya sedap..mmg beratur panjang tul..bila dh dpt mkanan tu naik tgkat atas..suap nasi masuk mulut..adoi! Masin!!!! Kari dia masin..ingat sis JM sorang je rasa masin kwn lain pun sama..kami mkn x abis..adehh frust tul

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "selagi man

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga

3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki, Ibubapa Wajib Tahu

3 Tanda Baligh (akil baligh) Bagi Anak Lelaki Yang Ibubapa Wajib Tahu  Assalamualaikum. Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki (Akil Baligh, Cukup Umur) . Islam adalah cara hidup yang sebenar. Dimana telah ada garis panduan untuk mendapatkan cara hidup Islam. Diantaranya adalah solat. Soalat adalah wajib dan sebagai ibubapa wajib mendidik anak-anak. Nabi Muhammad SAW berpesan didiklah anakmu solat sejak dari umur 7 tahun dan rotanlah sekiranya tidak mahu solat pada 10 tahun. 3 Tahun kita diberikan masa untuk mendidik supaya menjadi tabiat ataupun cara hidup. 3 Tanda Anak Lelaki Baligh Walaubagaimanapun solat ini menjadi wajib apabila anak kita sudah mencapai umur Baligh. Jadi apakah Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki? Apakah kita sudah bersedia dan menghadapi cabaran anak mencapai umur Baligh? Jika sudah marilah kita sama-sama belajar mengenai tanda baligh bagi anak lelaki.  3 Tanda Baligh Bagi Anak Lelaki Kenapa perlu tahu tanda anak kita sudah baligh? Kerana apabila anak kita su