Awesome Food | Nasi 7 Benua Pulau Pinang

Nasi 7 Benua Pulau Pinang

Nasi 7 Benua merupakan tempat makan menarik dan special di Penang yang menjadi viral di seluruh Malaysia. Apa yang menarik sebenarnya dengan Nasi 7 Benua yang disediakan oleh Koo Boo Cafe?
Baik hari ini aRz nak ceritakan kedai yang menyediakan menu istimewa yang baru saja aRz singgah. Dengar nama pun menarik. aRz dapat tahu menu ini pun dari abang yang juga seorang yang rajin mencuba makanan baru. Jadi di hari cuti yang ada kami rancang untuk pergi beramai-ramai.

Group photo, arzmoha, gerai 7 benua,
Wefie ketika sampai di Kedai Nasi 7 Benua

Selfie dan wefie lagi

Macam biasa bila sampai di satu-satu destinasi ada yang suka selfie dan wefie. Layan jela kan.
Walaubagaimanapun, ketika menu diambil anda semua perlu menunggu sehinggalah dipanggil oleh pelayan di kedai  ini. Masa menunggu tu bolehlah bersembang dahulu atau ambil gambar sebagainya.

Cik Puteri dan sepupunya

Alyaa, Cik Puteri, kids, kid model, kidsworld, penang blogger, arzmoha, gambar cantik,
Cik Puteri dan juga sepupunya, Alyaa yang dikatakan berwajah sama ketika kecil

abang, adik, selfie, arzmoha, di kedai nasi 7 benua,
Ini masih dipanggil Selfie kah?

Apa itu Nasi 7 Benua

Baik, sebelum aRz pergi lebih jauh dimana lokasi dan harga hidangan ini, aRz nak terangkan dahulu mengenai apa itu Nasi 7 Benua. Kenapa dipanggil Nasi 7 Benua? 

Nasi 7 Benua, awesome food, penang, sungai ara, arzmoha, penang blogger, blogger malaysia,
Nasi 7 Benua
Apa yang aRz faham Nasi 7 Benua ini adalah disebabkan kepelbagaian nasi yang ada dalam hidangan ini. Ianya adalah Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih, dan Nasi Kacang. Pernah tak makan kesemua jenis nasi ini?

Baik untuk hidangan ini anda akan dipanggil dan anda sendiri perlu letakkan lauk yang anda ingini. Untuk pengetahuan semua Nasi Kacang agak terkenal di Pulau Pinang suatu masa dulu. Sekarang agak susah untuk dijumpai. Jika anda belum pernah mencuba 7 jenis nasi ini, ini adalah saatnya untuk merasai Nasi 7 Benua.

Dah Cuba >>> Chocolate Boss Cafe Di Penang??

Harga Hidangan Nasi 7 Benua

Harga sepinggan Nasi 7 Benua ini adalah bergantung kepada lauk yang anda pilih. Jika anda memilih lauk seperti yang aRz ( didalam gambar diatas) baru sahaja RM 5 sahaja. Murah bukan? Kalau di Pulau Pinang ia boleh dikira murah. Selain dari itu, di Kedai ini minuman percuma diberikan iaitu Sirap dan Teh O Ais.
Susah untuk dijumpai di sekitar Pulau Pinang menyediakan air minuman percuma melainkan air masak.

Gerai ini diberi nama
Koo Boo Cafe
0174397617

Lokasi Kedai Nasi 7 Benua

Lokasi gerai ini sangat mudah. Ia betul-betul bersebelahan Stadium Sungai Ara, atau berdekatan dengan Penang International Sports Arena (PISA) atau sekarang lebih dikenali sebagai SPICE. Saya juga sediakan lokasi google maps rujuk di bawah.



Waktu Perniagaan

Waktu perniagaan adalah dari 11 pagi-11 malam. Kalau saya tidak silap kedai ini ditutup pada hari Isnin. Tetapi jika anda berkunjung dari jauh saya galakkan ke kedai ini pada sebelah malam lebih kurang jam 8. Kenapa? Waktu tengahari boleh dikatakan agak sedikit sesak. Jika anda datang dari jauh sudah pasti inginkan keselesaan bukan? 

Baik semuanya telah aRz ceritakan. Semoga anda dapat berjumpa kedai ini dan merasai sendiri keenakan keunikan menu ini.Sebelum saya terlupa bukan sahaja Nasi 7 benua ini yang boleh dinikmati tetapi anda juga boleh memilih sebagai contoh sepinggan nasi lemuni atau nasi tomato atau nasi putih disini.


Sekiranya anda memiliki kedai/gerai yang menyediakan hidangan yang menarik untuk dikongsi di ruangan Awesome Food ini.

Hubungi saya di :

email : azrilmohdhaniffa@gmail.com
atau
call/sms/whatsapp : 011-27130797
fb/twitter/instagram : @arzmoha

Jumpa Lagi

Comments

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wow belum pernah rasa lagi ni, tak perlu merantau jauh.

    ReplyDelete
  3. comel ja..warna pun menarik..harga dah sangat berpatutan..

    ReplyDelete
  4. oohh inilah nasi tujuh benua tu.. comey plak hidang lagu tu..
    murah jgk erk.. sedap ke idak tu..

    ReplyDelete
  5. nanti ada rezeki nak pi cari nasi drgagon ball ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasi dragon ball ya adik dayah huhu....

      Delete
  6. awat la akak tak pernah dengaq lagi nama kedai ni...

    ReplyDelete
  7. meriahnyaaa nasi tujuh benua tu :D

    ReplyDelete
  8. Wahh stylo lah nasi dia mcm tu.. tengok pun jadi ceria dan bertambah selena nak makan. Best ni.. Klu ke Penang mmg kena singgah. Thanks sharing Arz.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalu ke penang memang kena singgah kedai makan jela ya Bro KK

      Delete
  9. http://www.diarijejakahangat.com/2015/04/mega-giveaway-diari-jejaka-hangat-2015.html

    Jom Join

    ReplyDelete
  10. itu ke nasi 7 benua..cam tak sesuai je sbb semua nasi tu datang nya dari msia ahahaha....lainlah nasi tu datang dari koya ke, europe ke, china ke, HK or macau ke..indon ke..boleh giteh keh keh keh

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesuai tak semua orang malaysia dah makan ke 7 nasi ini. hehe ye tak ?? :p

      Delete
  11. Comelnye, colourful...
    Boleh try nie. Betul2 depan stadium sg ara tu yea abg arz...

    ReplyDelete
  12. Nak kena try nanti...buka malam sahaj ke arz?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari 11 pagi ke 11 malam...tapi waktu terbaik disebelah malam dalam jam 8 malam

      Delete
  13. kombinasi yang menarik... en.suami mesti suka ni... hehehehehe... nanti nak try... :)

    ReplyDelete
  14. Nampak sedap Arz...nanti akak nak ke Penang boleh la rekemen tempat makan sedap...maybe akan naik sana selalu sbb adik bongsu duk sana..

    ReplyDelete
  15. tak besa pi makan lg.. nk kena singgah ni

    ReplyDelete
  16. nnti pergi penang nk g try nasi 7 benua ni

    ReplyDelete
  17. kemain lagi smpai 7 benua gituw

    ReplyDelete
  18. menariknya menu ni! 7 benua tu... :)

    ReplyDelete
  19. arghhh bla nk mai penang ni...nk mkn jg

    ReplyDelete
  20. menarik! datang penang nt boleh try ni

    ReplyDelete
  21. wahhhh menarik..boleh cuba kalau ke penang

    ReplyDelete
  22. wahhhh menarik..boleh cuba kalau ke penang

    ReplyDelete
  23. Ok, nasi lemuni ngan nasi kacang tu xpnh tahu amende, klu kaki yang suke rasa mesti cam best je dapat nasi camni... kan?

    ReplyDelete
  24. LAma cek tak p penang..nnt p nak terjah la..

    ReplyDelete
  25. Murah bebenor.. nanti belanjaaaaa

    ReplyDelete
  26. Selalu lalu jek depan kedai nie. tak berkesempatan lagi nak cuba. Asyik ramai orang je sejak abg arz upload kat blog nie. hehe

    ReplyDelete
  27. semua nasi tu pernah makan .. tapi makan sekalgius semua nasi tu mmg tak pernah lagi hahahaha

    ReplyDelete
  28. thank you for d location...

    malam ni nak pi.. hehe

    ReplyDelete
  29. Tu dia.... kena try nih......

    ReplyDelete
  30. wah comel aje nasi 7 benua tu..macamana rasanya?

    ReplyDelete
  31. kami p dah..memang murah pun..heheh..sedap yang penting.
    for sharing ;)

    http://riverstonegirl.blogspot.my/2015/06/lunch-restoran-7-benua-penang.html

    ReplyDelete
  32. menarik sekali aRz..tahnia

    ReplyDelete
  33. meriahnya nasi tujuh benua tu tapi ni pun Diana tak pernah try juga....hihi

    ReplyDelete
  34. Mohon dekat kedah ada 1 restoran yg menyajikan nasi 7 benua ini

    ReplyDelete
  35. Arz kedai ni bukak tak lagi.. ingat ahad ni nak terjah la.. kedai ni dalam penang ker..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih lagi beroperasi...boleh hubungi no diatas

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih