5 Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-Anak

5 Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-Anak Cuti Sekolah

5 aktiviti sihat luar rumah yang dapat dilakukan bersama anak-anak ketika cuti sekolah. Boleh juga jika ibubapa mengambil cuti untuk meluangkan masa beberapa hari bersama anak-anak. Hubungan ibubapa dan anak amat penting. Jika sebelum ini masing-masing sibuk dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing cuti sekolah atau hujung minggu adalah waktu terbaik rapatkan semula hubungan kekeluargaan. Apa aktiviti sihat luar rumah bersama anak-anak?


5 aktiviti sihat luar rumah bersama anak-anak cuti sekolah, kaki kanak-kanak, kanak-kanak berjalan, tips aktiviti bersama anak-anak cuti sekolah, perkara yang dapat dilakukan cuti sekolah, aktiviti sihat bersama keluarga,
Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-anak Cuti Sekolah

Dalam hidup ini memiliki keluarga yang bahagia adalah satu nikmat yang tidak terhingga. Ibubapa menyayangi anak-anak dan anak-anak menyayangi ibubapanya. Paling penting apabila anak-anak mula membesar mereka tidak lupa jasa dan pengorbanan ibubapa.

Wajah anak-anak menjadi penyejuk dan pendamai di hati. Sekuat mana ujian mendatang ibubapa menajdi lebih kuat bila melihat wajah anak-anaknya. Akan tetapi keluarga bahagia itu perlu dipupuk perlu diusahakan dan sudah tentu dengna izin Allah. Ianya tidak datang dengan sendiri. 

Luangkan masa bersama anak-anak dengan aktiviti sihat di luar rumah juga dapat mengeratkan hubungan antara ibubapa dan anak-anak. Semakin baik hubungan dan dengan didikan yang betul Insyaallah dapatlah menjadikan keluarga bahagia dunia dan akhirat.

Terdetik untuk berkongsi 5 aktiviti sihat luar rumah bersama anak-anak yang mana ada diantaranya aRz sendiri pernah lakukan bersama Cik Puteri. Bagi anak-anak yang berusia 6 tahun ke bawah aktiviti ini mungkin dapat membantu mereka tidur dengan lebih awal pada malam hari.

Jogging

Aktiviti Sihat Luar Rumah yang pertama adalah jogging. Jogging ini antara aktiviti sihat yang popular di Malaysia. Cuba pergi ke taman-taman di sekitar rumah kita dan lihat berapa ramai yang berjogging setiap pagi dan petang. Ianya merupakan aktiviti yang sihat disamping dapat memupuk gaya hidup sihat. 

Aktiviti ini sekurang-kurangnya dapat mengurangkan anak-anak dengan gadjet dan juga menonton televisyen sepanjang masa. Tidak dinafikan jogging boleh membuatkan kita tidur lebih awal. Ada satu ketika aRz bawa Cik Puteri jogging sebab nak memudahkan dia tidur lebih awal pada waktu malam. 

Jogging juga antara salah satu aktiviti mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sambil jogging ajak anak lawan lari sapa lebih pantas, secara tak sedar kita dah pun mengeratkan hubungan dengan anak-anak. Best...

Berkelah 

Berkelah samada di tepi pantai atau sungai merupakan aktiviti yang juga popular di kalangan keluarga di Malaysia. Pergilah di mana-mana pantai atau kawasan air terjun boleh lihat banyak keluarga berkelah. Sambil hirup udara segar ditemani masakan dari rumah perghhh memang best. Tapi macam mana aktiviti ini dikatakan sihat? makan ja banyak?

Selain dari lepak bersama keluarga tepi pantai atau sungai boleh juga mandi-manda. Cuma perlu BERHATI-HATI dalam aktiviti ini. Ini kerana aktiviti berenang atau mandi manda perlu pengawasan yang rapi. Seboleh-bolehnya cari kawasan yang kurang dalam atau tidak berombak kuat.

Aktiviti berenang merupakan aktiviti agak paling sihat yang mana dapat menggerakkan otot-otot kita dan dapat mengurangkan stress. Teringat masa aRz kecil dulu memang arwah abah kerap bawa mandi laut ataupun sungai macam aRz pernah kongsikan sebelum ini.

Sedikit PERINGATAN : Begitu juga jangan dilupakan Fenomena Kepala Air yang boleh berlaku di kawasan air terjun. Lihat keadaan cuaca dan bertanya dengan penduduk sekitar kawasan tersebut. Rancang sebaiknya aktiviti anda

Mendaki Bukit 

Aktiviti Sihat Luar Rumah Yang Ke 3 : Mendaki Bukit. Aktiviti sihat selepas berjogging. Kalau kita dah biasa berjogging boleh juga mencuba membawa anak-anak mendaki bukit. Terdapat banyak bukit yang boleh didaki dan selamat. 

Kenapa aktiviti mendaki bukit? Mendaki bukit memerlukan kekuatan otot dan mental. Jika anda tidak pernah melakukan aktiviti luar rumah seperti jogging, mendaki mungkin akan memberikan sedikit kesan pada otot dan menguji stamina anda dan anak-anak. 

Bermula dengan pendakian yang biasa-biasa terlebih dahulu sebelum ke lokasi yang lebih mencabar. Keselamatan perlu dijaga. Lakukan perancangan yang rapi atau minta nasihat daripada mereka yang biasa mendaki. Janganlah untuk kali pertama terus ke trek pendakian yang mencabar ia boleh memberi kesan kepada diri anda ketika dan selepas mendaki.

Aktiviti mendaki bukit agak mencabar dan menguji ketahanan mental dan fizikal. Sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada anak-anak yang bakal berhadapan dengan pelbagai cabaran hidup di masa hadapan. Ianya aktiviti sihat yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Sekiranya di Pulau Pinang aktiviti mendaki boleh dilakukan di beberapa tempat seperti Tok Kun Hill Bukit Mertajam, Bukit Jambul, Monkey Beach, Pantai Kerachut dan paling mencabar ke Bukit Bendera.

Berbasikal

Aktiviti Sihat Luar Rumah Yang Ke 4 : Berbasikal. Sejak beberapa tahun lepas, aktiviti berbasikal menjadi satu aktiviti yang popular di Pulau Pinang. Sehingga terdapat syarikat yang menyediakan basikal untuk di sewa seperti Link Bike. Ada juga yang menyediakan basikal yang boleh dikayuh bersama dua tiga orang termasuk anak-anak dan bermacam kecil basikal lagi.

Aktiviti yang jarang dilakukan ini sudah tentu membuatkan anak-anak teruja. Sambil mengeluarkan peluh dapat menghabiskan masa bersama keluarga. Korang dah berbasikal bersama?


Basuh Kereta

Sekiranya korang memang ibubapa yang agak sibuk atau tidak dapat lakukan aktiviti di atas sekurang-kurangnya aktiviti ini dapat dilakukan bersama. Tidak perlu kos yang tinggi atau menggunakan tenaga yang banyak tetapi menyihatkan dan dapat dilakukan bersama keluarga. Ingat bukan ke kedai basuh kereta tetapi basuk kereta sendiri bersama-sama.

Sambil basuk kereta boleh bergurau senda dengan percik air ke anak-anak. Bila lagi nak riuh bersama-sama. Insyaallah anak-anak juga sukakan aktiviti ini. Cik Puteri sendiri pun bukan main seronok kalau dapat membasuh kereta bersama. Kanak-kanak mana yang tidak sukakan air.

Perkara biasa sekiranya anak-anak membuat perkara lain ketika kita membasuh kereta, jangan marah sebaliknya beri tunjuk ajar. Kita dulu pun macam tu juga kan?

Baik setakat ini dahulu, terima kasih kerana sudi membaca 5 Aktiviti Sihat Luar Rumah Bersama Anak-anak.

Comments

  1. Alhamdulillah..terima kasih perkongsian.Apa yang paling penting adalah kualiti waktu bersama menjalani aktiviti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul PC luang waktu bersama anak-anak memberikan kebaikan buat diri kita juga

      Delete
  2. dofollow blog nih

    seronok kan kalau kita ada masa senggang dgn anak2, zaman anak2 kecil ni la zaman yang x mungkin kita dapat beli n ulang semula... so maksimukan masa terluang yg ada sebelum anak2 besar n kita merindui zaman nih.. uwaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah setiap masa melihat waktu yang berjalan dengan pantas

      Delete
  3. perkongsian yang bagus buat ibu bapa untuk meluangkan masa bersama anak2

    ReplyDelete
  4. bagus kan buat aktiviti luar dengan anak2. kita pun dapat manfaatnya

    ReplyDelete
  5. Bagus dapat luang masa dengan anak anak ni

    ikut kajian keluar peluh dapat legakan stress

    ReplyDelete
  6. takde anak kita boleh pinjam anak sedara atau anak jiran..hehe. budak2 biasa lagi suka keluar ngan mak pak sedara sebab diorang lagi sporting.hehe

    ReplyDelete
  7. tak pernah lagi bawa anak-anak mendaki bulit... nice sharing leh cuba ni!

    ReplyDelete
  8. nampak aktiviti simple..tp sangat bermakna ..yang penting aktiviti dapat buat bersama-sama anak2.

    ReplyDelete
  9. Anak anak memang elok pergi luar bermain

    jangan duduk depan tab sahaja

    ReplyDelete
  10. agree... krn aktiviti sihat inilah yg kelak menjadi sbhgn memori anak2

    ReplyDelete
  11. wlaupun saya tak de anak lagi, tapi tetap setuju dgan aktiviti yang disenaraikan

    ReplyDelete
  12. Kalau bwk pegi shopping sihat x 😬

    ReplyDelete
  13. Aina br bwk anak p jogging minggu lepas, hihi.igt esok nk p lagi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih