Tempat Cantik Photoshoot di Penang
Tempat cantik untuk photoshoot di penang. Mungkin ada yang ingin membuat photoshoot di sekitar Penang tetapi masih tercari-cari tempat yang sesuai. Sama ada photoshoot untuk pretending, post wedding atau family photoshoot mungkin boleh pertimbangkan tempat ini. Boleh juga jika ingin bergambar bersama rakan.
![]() |
Tempat cantik |
Lokasi tempat Cantik Photoshoot
Lokasi yang aRz maksudkan dan akan kongsikan gambar ini terletak di Persiaran Karpal Singh. Minggu lepas aRz sempat untuk mengambil beberapa keping gambar menggunakan kamera Redmi Note 4G sahaja. Jom kita sama-sama saksikan.
![]() |
Jambatan khas buat basikal dan jogging |
![]() |
Maaf tiada gambar #cikputeri |
Maaf dalam entry ini tiada #cikputeri. Ini masa untuk aRz pula menonjolkan diri. Mana tidaknya ada yang kata "saya singgah ke blog ini hanya untuk tengok gambar cik puteri" ohhhh tidak....
![]() |
Kredit buat rakan yang tolong ambil gambar |
Walaubagaimanapun tempat ini agak cantik bila air pasang sahaja. Sebab ia adalah muara sungai. Jika air laut surut, kawasan ini juga surut dan hanya kelihatan agak tidak cantik. Jadi sebelum datang perlu perhatikan jadual air pasang surut terlebih dahulu.
Jumpa Lagi.