Mainan Paling Comel Pilihan
Mainan comel buat anak-anak. Sebagai seorang bapa kepada Cik Puteri tidak terlepas dari membeli mainan terutama yang comel buat Cik Puteri. Kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan dengan mainan. Mainan yang comel mampu menarik perhatian kanak-kanak dan mereka boleh fokus untuk bermain. Jadi ini memberikan peluang buat ibubapa melakukan kerja-kerja rumah atau berehat sambil mengawasi mereka. Entri ini adalah untuk berkongsi dengan ibubapa diluar sana idea untuk membeli mainan buat anak-anak.
Mainan Paling Comel Pilihan ARZMOHA
Lego
Lego adalah mainan paling comel dan menarik yang sentiasa mengikut peredaran semasa jadi sudah pasti menjadi pilihan kanak-kanak. Disamping sebagai satu permainan tetapi mampu mengembangkan otak kanak-kanak supaya dapat berfikir secara kreatif. Cuma ini belum dapatkan buat Cik Puteri. Rasa belum sesuai.Jurassic World |
Avengers |
Walaubagaimanapun Lego rasanya tidak sesuai bagi kanak-kanak yang masih kecil. Bahaya jika tertelan dan sebagainya. Ibubapa perlu memastikan anak-anak sudah mampu membezakan antara mainan dan makanan barulah boleh dapatkan mainan ini.
Kucing Bergerak
Mainan ini paling sesuai semua peringkat umur. Tetapi bagi kanak-kanak yang sudah membesar mula akan menunjukkan rasa bosan dengan mainan ini. aRz juga ada dapatkan buat Cik Puteri kucing ini dan memang menghiburkan Cik Puteri yang dari kecil suka dengan kucing. Cuma bila ada mainan ini jangan pula langsung tak dedahkan anak-anak dengan kucing sebenar nanti akan menyebabkan kesan lain.
Kucing Bergerak |
Frozen
Khasnya buat kanak-kanak perempuan. Ianya pernah menjadi fenomena dari patung dan baju sehingga menjadi sebuah pendapatan sampingan bagi sesetengah orang. Cik Puteri sendiri juga pernah meminati filem dan patung Frozen. Hampir setiap hari menonton sampai aRz tak dapat mengikuti mana-mana rancangan televisyen. Koleksi baju? ya...hampir setiap bulan membeli untuk dipakai waktu tidur.
kredit to Toysrus |
Robocar Poli
Robocar Poli sekarang ini bagaikan satu fenomena baru dalam mainan pilihan kanak-kanak. Ianya bermula dari siaran Astro Ceria memainkan kartun Robocar Poli dan memberi pengaruh kepada kanak-kanak untuk memiliki mainan ini. aRz yakin semua ibubapa juga membeli untuk anak-anak masing-masing oleh kerana terdapat banyak penjual permainan ini samada secara terus ataupun secara 'online'.
credit to amazon pic |
Mainan Paling Comel
Mainan paling comel yang aRz rasa nak berkongsi ini sebenarnya ternampak ketika mengemas kembali mainan Cik Puteri. Memang aktiviti Cik Puteri di sebelah malam adalah bermain dengan semua mainan sambil 'mengemas rumah'. Jadi selepas Cik Puteri selesai biasanya aRz akan ajar bagaimana untuk menyimpan semula. Memang susah untuk mengajar anak-anak untuk mengemas kembali apa yang disepahkan tetapi ada cara yang boleh membantu. Sedang aRz kemas tetiba ternampak mainan ini dan aRz istiharkan sebagai mainan paling comel didunia.
![]() |
Cik Puteri |
Sebelum tu, ini bukan satu penderaan. Tetapi tengah aRz mengemas Cik Puteri nak duduk dalam bakul tu, biasalah kanak-kanak sekarang, lagi kita larang lagi dia buat. Jadi layan ja. Kalau kita marah-marah lagi dia melawan dan kita pun akan stress kan? Macam ni dia pun seronok kita pun seronok juga. Sambil tu ambil gambar sekeping buat kenangan untuk Cik Puteri tengok bila besar nanti :)
Indahnya senyuman anak-anak.
Jumpa Lagi.