Khasiat Buah Manggis
Khasiat buah manggis. Memang banyak dah bercerita mengenai kebaikan buah manggis dalam merawat pelbagai penyakit. Kebetulan wife aRz nampak buah manggis petang tadi, teringatkan suaminya yang memang peminat buah manggis. Tengah-tengah makan buah manggis rasa macam nak kongsikan khasiat buah manggis, sekadar berkongsi info ini memandangkan sekarang macam dah masuk musim buah manggis.
![]() |
Khasiat Buah Manggis |
Khasiat buah manggis antaranya membantu pelbagai jenis masalah kesihatan seperti alergik, lelah, resdung dan penyakit kulit.
Khasiat buah manggis yang menakjubkan ini adalah kerana bahan aktif XANTHONE yang terdapat pada buah manggis. Terutama pada kulit dan biji manggis.
Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam manggis ini dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti resdung, alergik, lelah, Pelbagai jenis penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, seborrhea, luka-luka pada mulut, jangkitan kulat, keletihan, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan bermacam-macam lagi. Banyak kan khasiat buah manggis sebab itu kita digalakkan memakan banyak buah-buahan dan sayuran.
Agen Antioksida Semulajadi
Buah manggis juga mempunyai khasiat sebagai bahan anti-oksida semulajadi, bahan anti bakteria dan kulat. Buah Manggis mengandungi vitamin C, zat besi, niasin, kalsium, protein, serat fiber dan vitamin B1 dan B2 serta lain lain yang mudah didapati di dalam buah manggis.
Banyak sungguh khasiat buah namun aRz pernah terdengar buah manggis agak tidak sesuai bagi mereka yang sudah menghidapi penyakit jantung atau serangan jantung. Seandainya aRz ada info mengenai perkara ini, akan dikongsikan buat semua
Jumpa lagi.