Wawa Zainal Selamat Lahirkan Anak Kedua
Wawa zainal mengumumkan di Instagram mengenai kelahiran anak keduanya. Kenapa tetiba cerita mengenai wawa zainal? Sebenarnya dalam aRz jalan-jalan di Instagram sambil melihat foto-foto menarik ternampak mengenai gambar bayi. Bila tengok rupanya akaun Instagram Wawa Zainal. Seronok tengok gambar bayi. Comel. Teringat pula waktu kelahiran Cik Puteri.
![]() |
Wawa Zainal Lahir anak kedua |
Tahniah buat wawa zainal dan airiel zafrel diatas kelahiran cahaya mata kedua. Memang indah saat melihat cahaya mata baru lahir. Siapa yang tidak teruja melihat insan yang tiada dosa buat pertama kalinya. Teringat pula ketika kelahiran Cik Puteri. aRz sendiri pun bagai tergamam. Nak dukung pun tak reti. Terpaksa panggil jururawat Hospital Bersalin Pulau Pinang tolong angkatkan. Pasti perasaan yang sama dirasai buat wawa zainal dan suami.
![]() |
Bayi kedua Wawa Zainal dan Aeriel Zafrel |
Perasaan Menyambut Kelahiran Anak Buat Pertama Kali
Perasaan menyambut anak buat pertama kali pastinya agak kekok. Ya...aRz akui memang kekok memandangkan ketika itu aRz seorang saja, kakak dan adik beradik lain belum sampai. Cik Puteri lahir pada hari bekerja, semua sibuk dengan urusan masing-masing. Tetapi boleh dikatakan hari itu adalah hari yang paling lama senyum. Balik rumah pun rasa nak cepat-cepat ke hospital semual. Sebab nak cium dan tengok bayi sendiri. Syukur. Cik Puteri pun hampir memasuki 3 tahun. Cepat benar masa berlalu. Semoga Cik Puteri membesar menjadi anak yang solehah. Insyaallah.
Baik setakat ini dahulu.....
Jumpa Lagi