Ibubapa Perlu Mengawasi Permainan Anak-anak
Ibubapa perlu mengawasi semua permainan anak-anak. Permainan anak-anak ini pada awalnya sudah pasti kita membeli mainan yang selmat untuk dimain. Permainan yang tidak tajam, merbahaya, mempunyai barang kimia dan sebagainya. Tetapi setelah dimakan usia kemungkinan sesuatu permainan yang selamat itu boleh jadi merbahaya. Langkah-langkah membaiki atau membuang barang yang telah rosak adalah satu langkah terbaik.
![]() |
google image |
Keperluan Untuk Bunag/Baiki Mainan Rosak
Semalam aRz sambil layan movie, Cik Puteri ajak main. Bila tak layan mula dia marah dan baling-baling bear kesayangan dia. Setakat movie tak apalah hari lain boleh layan lagi kan atau tunggu Cik Puteri tidur saja. Tengah-tengah main aRz nampak sesuatu pelik di bear Cik Puteri. Ruapanya bear dah semakin lusuh dan koyak di bahagian dagu. Jika dibiarkan mungkin akan menyebabkan bulu seperti kapas ini memberi kesan tidak baik buat Cik Puteri. Jadi pembedahan kecil terpaksa dilakukan segera. Lebih kurang 10 jahitan diberikan dan bear sudah kembali pulih. Cik Puteri dah boleh gomol, peluk dan cium bear kesayangan tak perlu risau kapas mengganggu keselesaan Cik Puteri.
![]() |
Bear terima 10 Jahitan Bawah Dagu |
Nasib baik abah dulu pernah sertai pengakap dan tinggal di asrama. Kebetulan mama Cik Puteri sibuk uruskan keja rumah. Jadi terpaksa Abah jadi Dr Bedah segera memberikan 10 jahitan kepada bear kesayangan tanpa sebarang bius :) Harap lepas ni boleh dapat Dr aRz heeee.
Ok jangan lupa sambil anak-anak main kena perhatikan sama mainan anak-anak agar tidak mendatangkan bahaya. Jika rosak perbaiki tetapi jika tidak dapat dibaiki sebaiknya dibuang saja. Paling bahaya mainan kecil dan tajam. Jom beri sedikit masa memeriksa mainan anak-anak kita.
Jumpa Lagi.