Cik Puteri in LOVE
Cik Puteri in Love. Sebenarnya bukan Cik Puteri jatuh cinta tetapi gambar Cik Puteri dimasukkan ke dalam perkataan L.O.V.E. Memang niat asal, niat agak lama nak bukukan semua gambar Cik Puteri dalam satu photobook. Tetapi belum berjaya. Asal duduk depan PC, dia pun mula nak duduk juga sambil menaip di keyboard. Bukan nak jadi 'Keyboard Warrior' mungkin sebab selalu nampak aRz mengadap PC sambil menaip. Jadi dia rasa nak buat juga. Memang kanak-kanak cepat belajar daripada pemerhatian dia. Dalam masa yang sama kena tunjuk teladan yang baik, supaya dia ikut perkara yang baik.
![]() |
Cik Puteri in L.O.V.E |
Sebelum pergi jauh, gambar diatas terhasil disebabkan oleh Instagram August Photo A Day Challenge by Safurara. Ini juga merpakan gambar hari ke 6. Dah lama nak mencuba buat gambar macam ni tetapi tak tergerak tangan untuk memulakan. Alhamdulillah adanya challenge macam ni memberi sedikit suntkan semangat untuk menyiapkan juga dengan sentuhan Photoshop CS5.
Kenapa Mesti Buat Photobook
Kenapa aRz kata nak buat photobook. Bukan wajib tetapi semua tu sebagai satu kenangan sebagaimana aRz ada juga gambar kenangan di atas Jambatan Pulau Pinang setahun selepas pembukaannya yang diambil oleh arwah Abah. Boleh tengok DISINI. Bukan juga wajib buat photobook, cukuplah kalau nak print biasa pun dan simpan semua kepingan gambar tu dalam kotak kasut.
Satu lagi sebab utama nak buat photobook ( hardcopy) kerana risau external hardisk yang menyimpan semua gambar Cik Puteri buat hal, atau 'corrupted'. Insyaallah ada masa, nak siapkan juga. Bagi ibubapa lain jangan biarkan segala memori berlalu begitu saja. Rakam, cetak dan simpan. Nanti sekurang-kurangnya anak-anak dapat melihat memori dia ketika kecil dulu.
Atau mungkin sebagai simpanan hari tua tatkala anak-anak mula ke Menara Gading masa itu akan mula merindui celoteh anak-anak. Ini bukan pengalaman saya tapi diceritakan dan dikongsikan oleh arwah mak dan kakak saya yang sudah merasainya.
Seandainya kita rasa, membuat sebuah buku, atau mencetak gambar lama sebagai satu perkara yang tidak penting atau membuang masa tidak mengapa. Zaman dahulu ramai juga yang tidak ada gambar kenangan dimasa kecil, tetapi membesar dan berjaya. Ianya adalah PILIHAN.
Jumpa Lagi.