Kopi Bukan Penahan Mengantuk
Kopi. Kopi sekarang ini adalah minuman yang sangat popular dan diminum oleh semua peringkat umur. Ada kopi mahal ada kopi murah. Kopi juga dikatakan mampu menahan dari rasa mengantuk atau ubat berjaga mata. Sebenarnya itu fakta yang salah. Kenapa? Teruskan membaca.
![]() |
Codi Coffee. Cikpinz Belanja |
Kopi Untuk Abang
Kopi untuk abang. Ini ayat isteri sebelum masuk tido. Memang isteri memahami kegemaran aRz sebelum tido mesti pekena kopi. Tak kira apa jenis kopi. Sama kopi, Coffee, ataupun nescafe, atau juga neslo. Baik sebelum tu ini bukan sambungan kisah "telur Untuk abang". Itu cerita orang. Nasib baik tak bagi telur setengah masak kosong kan? Ok berbalik pada cerita kopi.
Jika setiap malam aRz minum kopi, dan boleh bermimpi dalam hanya beberapa saat ini bermakna kopi tidak mampu menahan rasa mengantuk.
Kedua, arwah abah aRz juga seorang peminum kopi O tegar hampir setiap malam, dan arwah abah adalah seorang yang tidur awal. Jadi jelas dua bukti yang mengatakan kopi tidak mampu menahan rasa mengantuk.
Ketiga, jika aRz memandu ke Kuala Terengganu pada malam hari, walau ditemani bermacam kopi, samada Ali Cafe, kopi O, atau tingkat ali orang kampung sekalipun sampai saja jam 10 malam memang aRz tidak mampu untuk memandu lagi. Sebab itu aRz lebih suka memandu awal pagi.
Kopi Membantu Minda Fokus
Inilah sebenarnya khasiat kopi. Memberikan minda kita untuk lebih fokus. Kalau kita lebih fokus dengan rasa mengantuk maka tak sampai beberapa saat boleh terlelap. Begitu juga bagi mereka yang meletakkan kepercayaan pada kopi bahawa boleh menghilangkan rasa mengantuk. Dan apa yang baru aRz baca di Blog realiticikpin.blogspot.com adalah kopi mampu tangani stress.Walau sebanyak mana kita menyukai kopi sekalipun jangan lupa untuk perbanyakkan minum air kosong. Banyak kelebihan meminum air kosong. Setakat ini dahulu.
Jumpa lagi.