Merdekakah Kita Sebenarnya?

Erti Kemerdekaan 

Erti Kemerdekaan. Hari ini Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58. Syukur negara sudah 58 tahun merdeka dari penjajah. Persoalannya apakah erti kemerdekaan sebenar? Mengapa suatu masa dahulu penjajah menjajah negara kita? Untuk apa sebenarnya?

Erti kemerdekaan, merdeka ke 58, selamat hari merdeka, gambar perarakan,
arzmoha. Gambar perarakan di Hari Kemerdekaan.

Sebenarnya ini bukanlah satu entri untuk ceritakan tentang sejarah bagaikan buku teks sekolah menengah. Sememangnya di masa sekolah aRz antara yang tidak meminati sejarah. Rasa agak bosan. Tetapi mula meminati selepas berada didalam kelas Tamadun Islam. Tanah Melayu antara wilayah yang berada dibawah kuasa Islam Turki Uthmaniyyah suatu masa dahulu. Benar atau tidak? Anda kena cari jawapan sendiri.

Keduanya sebelum aRz berleter lebih panjang mengenai erti kemerdekaan, mengapa Indonesia juga diserang. Jawapan ini mungkin ada di dalam filem Sang Kiai. Rasanya mungkin ada yang dah tahu dan ada juga belum tahu. Cumanya fakta inilah yang akan membuatkan kita mampu berfikir apa erti kemerdekaan yang sebenar.

Erti Kemerdekaan. Apakah erti kemerdekaan sebenar? kalau dahulu ya...semua berjuang demi melawan penjajah yang menjajah negara kita. Tetapi hari ini apakah sekadar cukup bangun awal, bersiap ke upacara sambutan Hari Kemerdekaan Negara di negeri masing-masing atau buka siaran televisyen melihat perarakan? Walaubagaimanapun usaha mereka untuk ke Majlis sambutan Hari Kemerdekaan patut dipuji. Tidak salah. Ia juga salah satu cara untuk menanam sifat cintakan negara.

Cumanya cuba kita fikirkan apakah erti kemerdekaan sebenarnya?. Apakah kita sudah merdeka minda dari cara penjajah? Banyak yang penjajah tinggalkan pada kita sehinggakan kita masih terpengaruh dengan ideologi yang ditinggalkan. Kalau nak diceritakan memang banyak. Agak sukar untuk diceritakan satu persatu.

Merdeka bukan sekadar menghalau penjajah dari negara kita tetapi menghalau ideologi yang berusaha memisahkan kita dengan Islam. Penjajahan inilah yang sebenarnya menjajah diri kita. Kita hari ini lebih cintakan dunia takutkan mati. Penjajahan inilah yang masih membelenggu kita. Pejajahan ini juga yang membuatkan akhlak kita nampak semakin buruk. Pejajahan ini juga yang membuatkan kita lebih sayang bangsa daripada Agama. Jika penjajahan seperti ini masih berada difikiran kita...kita sebenarnya semakin kebelakang. Penjajahan ini jika dibiarkan kita akan semakin lemah. 

Setakat ini dahulu, marilah kita sama-sama berfikir apakah erti kemerdekaan yang sebenar? Apakah cukup dengan letupan bunga api? Cerita-cerita merdeka? Perarakan? Atau kita perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik? Jom sama-sama kita fikirkan.....

Untuk mendapat kemerdekaan pada suatu masa dahulu, orang-orang terdahulu telah membayar dengan pengorbanan yang besar. Jangan kita sia-siakan. 

Selamat Hari Merdeka yang ke 58
dari aRzMoHa

{ 12 comments.. read them below or add one }

ejulz ejulz 31 Aug 2015, 18:34:00
Orang dulu bersatu utk mendapat kemerdekaan.. Orang sekarang bertelagah sesama sendiri.. parti ni kutuk parti tu.. parti tu kutuk parti ni.. abis berpecah belah..

Entry terkini
1. "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"
2. "Lantai Cilik Musim Ke-3"




Jari Manis Jari Manis 31 Aug 2015, 20:28:00
setiap kali sambut hari kemerdekaan..akan ada soalan yg sama.."merdeka kah kita"..YES!! kita merdeka dari serangan penjajah tetapi belum merdeka sepenuh nya dari serangan 'rohaniah' dan 'pemikiran'
Etuza Etuza 31 Aug 2015, 21:19:00
Menarik tentang merdeka kah kita? kemerdekaan yg paling besar ialah kita mampu memerdekakan diri dar hasutan hasad dengki dan dendam..
Bagaimana pun kita harus syukuri nikmat hasil perjuangan pejuang masa lalu.
Unknown Unknown 31 Aug 2015, 23:35:00
gadget pon masih 24 jam di tgn.. adehhh..
el el 1 Sept 2015, 09:43:00
even dah 58 dah capai kemederkaan
skrg Malaysia dah hampir2 tumbang dengan pelbagai spekulasi
Bangunlah Malayisa..saya sedih saya malu dan saya ingin melihat Malaysia yang dulu
Unknown Unknown 1 Sept 2015, 09:53:00
Belum merdeka dari segi pemikiran...
OKje OKje 1 Sept 2015, 10:36:00
Arz....malaslah okje nak pikir....mcm nak kena jawab kertas pereksa pulak hihi...
Salam Merdeka, moga negara kita terus merdeka aman dan makmur.....
Kamsiah yusoff Kamsiah yusoff 1 Sept 2015, 11:28:00
memerdekakan diri dari tuntutan hawa nafsu...
Zafirah Kama Zafirah Kama 1 Sept 2015, 12:51:00
merdeka..?? luaran ya.. dalaman tidakk.... semua hasil tinggalan merekaa....
Ana Jingga Ana Jingga 1 Sept 2015, 22:55:00
merdeka ialah kebebasan, cuma perlu ada pengawasan dalam apa jua sekalipun :) selamat hari kebangsaan buat arz dan keluarga :)
SalbiahM SalbiahM 2 Sept 2015, 15:48:00
sebenarnya tak adalah merdeka sangat. Walau fizikal kita nampak bebas, tapi bila nak buat 'keputusan', kita sebenarnya banyak ikut telunjuk luar.
dear anies dear anies 7 Sept 2015, 14:45:00
merdekakan diri daripada hawa nafsu dan kembali kpd fitrah

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih