Tips Mengesan Unfollow di Instagram
Tips mengesan unfollow di Instagram. Instagram adalah salah satu media sosial yang penting dan popular ketika ini. Follower dan unfollower biasanya perkara yang sering dibincangkan kerana masing-masing mengejar untuk menambah kenalan atau pengaruh. Bagi mereka yang pandai mengambil peluang Instagram mampu dijadikan pendapatan sampingan. Tips ini memang sangat membantu sebab itu aRz kongsikan disini.
![]() |
ARZMOHA™ Instagram |
Kenapa Perlu Tahu Siapa Unfollow
Yelah.. Pemilik akaun Instagram ni ada bermacam-macam jenis. Jenis-jenis ini aRz akan kongsikan dil ain masa. Disebabkan ada bermacam-macam jenis inilah yang membuatkan aRz rasa nak tahu siapa yang unfollow aRz. Paling sakit hati bila dia follow, kita follow dia kemudian dia unfollow kita. perghhh menyirap rasa. Tapi agak susah nak check satu persatu siapa unfollow kita kan? Jadi apps ini mampu membantu anda.
Aplikasi Crowdfire Kesan Unfollow di Instagram
Bermacam apps yang boleh digunakan untuk mengesan unfollow di instagram. Tetapi aRz memilih Crowdfire sebab diperkenalkan oleh rakan blogger Safurara. aRz pun cuba. Ya apps ini sangat berkesan. Memang mudah nak kesan siapa unfollow kita dan siapa tak pernah follow kita. Cuma cari sahaja di Play Store.
![]() |
Dulu dikenali JustUnfollow |
![]() |
icon Crowdfire selepas install |
Aplikasi ini membantu anda melihat mereka yang tidak follow anda dan juga mereka yang unfollow sesudah anda follow mereka. haa.. menarik kan. Macam aRz kalau dia follow dulu, selepas kita follow dia unfollow takkan nak biar. Unfollow jer. Baru adil kan. Sepatutnya sama-samalah kita membantu. Jom tengok lagi apa yang ada dalam aplikasi ini.
![]() |
Fungsi yang ada |
![]() |
Unfollow |
Baik jika anda click pada fungsi Non Follower anda dapat melihat siapa yang tidak follow anda semula. Kebiasaannya jaranglah artis akan follow anda sebaliknya andalah yang follow mereka.
Kelebihan Crowdfire
Baik Crowdfire ini ada satu yang kelebihannya. Ia mempunyai aplikasi TakeOff dimana ia membantu mengingatkan anda mengenai post yang bakal anda buat. Walaubagaimanapun fungsi ini terhad. Ia akan mengikuti waktu kebiasaan anda kerap post. Ini bermaksud auto reminder. Contoh jika esok pagi anda nak post gambar sesuatu, tetapi takut terlupa jadi boleh gunakan fungsi ini. Walaubagaimnapun fungsi ini agak terhad anda perlu membeli untuk mendapat fungsi keseluruhan. hehe
Bila tiba waktu yang anda kerap post maka akan keluar peringatan seperti ini. Ia sekadar pemngingatkan anda. Tapi fungsi ini rasa macam tak berapa berkesan sangat. Tapi kalau nak cuba boleh la.
Jadi jika anda ingin melihat siapa yang belum mengikuti anda di Instagram boleh guna aplikasi ini. dapatkan di Playstore. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan anda. Tips Mengesan Unfollow Di Instagram
Bila tiba waktu yang anda kerap post maka akan keluar peringatan seperti ini. Ia sekadar pemngingatkan anda. Tapi fungsi ini rasa macam tak berapa berkesan sangat. Tapi kalau nak cuba boleh la.
Jadi jika anda ingin melihat siapa yang belum mengikuti anda di Instagram boleh guna aplikasi ini. dapatkan di Playstore. Jangan lupa kongsikan dengan rakan-rakan anda. Tips Mengesan Unfollow Di Instagram