Jari Tersepit Pintu Bank

Jari Kanak-Kanak Tersepit Pintu Bank

Jari kanak-kanak tersepit di pintu bank. Ini adalah berita yang aRz baca di Utusan Malaysia hari ini. Kejadian tersebut berlaku di pintu utama sebuah bank di Kuala Krai, Kelantan. Ketika kejadian ibu kanak-kanak ini sedang mengeluarkan wang di mesin ATM. Kebtulan ketika ada pelanggan hendak keluar dari bank kanak-kanak ini memasukkan jari di celahan pintu tersebut dan menyebabkan tersepit ketika pintu kembali tutup.


jari kanak-kanak, jari kecil cik puteri, gambar kanak-kanak comel, jari kanak-kanak tersepit pintu,
(Gambar sekadar hiasan)  Cik Puteri hari ke-3 kelahiran

Pihak Bomba dari Balai Kuala Krai berjaya mengeluarkan jari yang tersepit dengan mengumpil pintu berkenaan dalam masa 2 hingga 3 minit. Walaubagaimanapun kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan 3 jarinya lebam.



Pengajaran Buat Ibubapa

Pengajaran dari kejadian ini, berpesan untuk diri aRz sendiri yang sekarang ini juga merupakan seorang bapa dan juga ibubapa diluar sana agar sentiasa mengawasi anak-anak terutama yang masih kecil. Kanak-kanak yang masih kecil ini sebenarnya lebih suka dengan sesuatu yang baru, ia bagaikan ada tarikan untuk mereka mendekati dan mencuba. Ini adalah sifat mereka. Memang benar 'malang tidak berbau' tetapi langkah-langkah pencegahan boleh diambil. Sebagai contoh kalau aRz ke mesin ATM dengan Cik Puteri biasanya aRz akan dukung, dan ajar dia untuk tolong ambilkan wang ( perlu pengawasan juga), jadi Cik Puteri tidak akan rasa hendak turun atau bermain di sekitar kawasan ATM tersebut.

Sepertimana semalam terdengar berita seorang kanak-kanak tercucuk garfu di dalam mulut. aRz difahamkan kanak-kanak tersebut berlari sambil memegang garfu dan terjatuh menyebabkan garfu tercucuk ke dalam mulut. Ibubapa perlu lebih waspada terhadap anak-anak. Ambil langkah pencegahan sewajarnya, jangan pula sampai tidak benarkan makan sendiri sehingga boleh mngakibatkan anak tidak mampu berdikari.

Walaubagaimanapun kita tidak mampu mengelak sebarang takdir, tetapi mampu mencegahnya terlebih dahulu dan berdoa semoga anak-anak kita, diri kita juga dari sebarang takdir yang buruk-buruk.

Jumpa Lagi.

Comments

  1. Adoiii... sakitnya....!!

    macam terasa lah pulak...

    ReplyDelete
  2. kanak-kanak ni kita tidak boleh leka walau seminit. Pasti ada sahaja yang nak dibuatnya. Kita yang tersepit pun sakit apatah lagi anak kecil..oucch

    ReplyDelete
  3. ingatkan jari arz yg tersepit.hish, jaga anak, bahaya di mana mana,kdg2 x terdetik langsung.

    ReplyDelete
  4. budak2 memang mcm tu Arz..diorang ni kadag2 kita terlps pandai sekelip mata pon mcm2 benda boleh jadi..

    ReplyDelete
  5. adooiiiii..ritu baru anak sedara tercepit pintu kereta..nasib baik mak nya tak hempas pintu.. maunya putus.. adoii ngilu terus rasa

    ReplyDelete
  6. adoi..kesiannya.kalau jadi depan mata confirm panik

    teringat kecik-kecik pernah terapit pintu. then ada pantun ni. tukul tangkal balik pintu.budak nakal memang begitu

    ReplyDelete
  7. Kita sbg ibubapa kena laa alert

    ReplyDelete
  8. Zumal geram tengok parent yang biar anak bermain tanpa pengawasan, jaga la mereka lebih dari intan permata yang anda pakai ^-^

    ReplyDelete
  9. kesiannya anak tu kan, yelah terlepas pandang barang kali ibunya, comellah hai jari kecil cik puteri tu :)

    ReplyDelete
  10. Assalam arz,
    Allah
    heeiii
    tak boleh betoi dok tengok berita cenggini
    seriau
    sob3

    ReplyDelete
  11. baik pokcik arz.. pesanan diingati

    ReplyDelete
  12. huhuhu...mcm2 kes kn skrg ni...risau

    ReplyDelete
  13. alaahaaai adik tu.. huurm.. macam2 la skrang ni..

    ReplyDelete
  14. Kalau ada anak yg lasak memang xle leka walau sesaat pun..bebudak nie dianya curiousity dasyat..mcm2 nak dibuatnya..

    ReplyDelete
  15. budak2 kecik perlu di beri perhatian....dia x tahu bahaya...aduss....sian nya

    ReplyDelete
  16. nice sharing arz insyaAllah nanti ada anak ekin akan ingat pesanan ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih