Datuk Lee Chong Wei tewas Final Kejohanan Dunia Indonesia
Datuk Lee Chong Wei gagal menewaskan Chen Long dalam FInal Kejohanan Dunia Indonesia semalam. Impian menjulang gelaran dunia terkubur selepas tewas 14-21, 17-21 dalam perlawanan 65 minit kepada Chen Long.
kredit Awani online |
"saya akui Chen Long bermain dengan luarbiasa pada hari ini. Saya tidak dapat berbut apa-apa walaupun telah melakukan yang terbaik dan mengubah rentak permainan" kata Datuk Lee Chong Wei dimana ketangkasan Chen Long tidak dapat disangkal olehnya.
Walaubagaimanapun ia tidak menjatuhkan semangat Datuk Lee Chong Wei untuk memburu satu lagi Kejuaraan Utama yang belum pernah dimiliki iaitu pingat emas Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil tahun hadapan.
Semoga Datuk Lee Chong Wei akan dapat apa yang diinginkan dan secara tidak langsung kembali mengharumkan nama negara di pentas dunia.
Jumpa Lagi.