Telur Untuk Abang
Telur untuk abang. Awas ini sebuah perkongsian yang agak seram. Awal-awal lagi nak beritahu sebab takut ada pembaca yang tidak boleh baca kisah seram-seram ni. Mungkin boleh baca entri lain yang agak kurang seram. Baik ini bukan cerita 18 tahun ke atas. Sekadar berkongsi.
![]() |
Telur untuk abang |
Teringat semalam semasa atas kereta, tiba-tiba isteri bertanya.
"Best ka poligami? "
Ahhh sudah. Bisik hati kecil ku. Tarik nafas fikir sejenak sambil perlahankan radio.
"Mana ada istilah best dalam poligami"
Sunyi sepi seketika. Lalu aku menambah.
"poligami umpama ubat, kalau sakit demam, makanlah ubat demam, kalau sakit kepala makan ubat sakit kepala bukan makan ubat kencing manis atau bukan kolestrol"
Fuh. Aku ingat lagi ayat ni. Ayat Ustaz Haslin Bollywood kalau tak silap. Sunyi sepi tanpa sebarang perbualan.
"Kalau tak poligami umpama apa? " tanya isteri.
Amik kau. Pandai-pandai menjawab. Aku bukan pandai sangat bab perumpamaan. Masa sekolah dulu bukan pandai sangat sastera. Tak ada pula Ustaz Haslin cakap perumpamaan orang tak poligami. Terdiam seketika.
Rileks. Tarik nafas. Jangan nervous. Aku fikir dalam-dalam. Silap jawab alamat makan roti Gardenia kosong dan air suam. Kalau jawapan menarik dapat naik goreng telur mata 'half cook'
"orang yang tak poligami atau setia pada satu ni umpama telur... Telur 'half cook'. Tak letak apa-apa. Hanya telur sahaja. Berkhasiat, sedap, boleh dimakan bila-bila masa, kenyang, kena betul cara sado badan" sambil hembus nafas. Dua dap dua dap jantung berdegup.
"adakala poligami macam telur "half cook" letak terlebih kicap, atau terlebih lada, boleh jadi juga terlebih masak"
"tapi terlebih kicap pun ada juga orang makan"
"orang yang tak poligami atau setia pada satu ni umpama telur... Telur 'half cook'. Tak letak apa-apa. Hanya telur sahaja. Berkhasiat, sedap, boleh dimakan bila-bila masa, kenyang, kena betul cara sado badan" sambil hembus nafas. Dua dap dua dap jantung berdegup.
"adakala poligami macam telur "half cook" letak terlebih kicap, atau terlebih lada, boleh jadi juga terlebih masak"
"tapi terlebih kicap pun ada juga orang makan"
Aku main tembak ja. Bukan pandai sangat perumpaan. Tapi harap tepat lah jawapan.
Diam ja. Tiada perbualan lagi. Naik risau juga.
Akhirnya sampai rumah. Aku diam tak cakap. Isteri pun diam. Ah... Sudah. Aku silap perumpaan, member aku memang dah lama pesan jangan cakap bab ni.
Tapi member sorang lagi kata, kalau terang betul-betul, ayat cantik memang boleh poligami. Tersenyum bila teringat ayat ni.
"abang" isteri panggil dengan nada yang perlahan. Terjaga aku dari lamunan.
"ya yang" dengan nada serak suara macam tak mahu keluar.
"telur untuk abang" isteri datang sambil bawa pinggan. Lalu terus tido.
Aku tengok di pinggan ada telur mata "half cook". Telur kuning pun bergoyang-goyang lagi. Biasa makan pagi hari. Ini di malam hari. Tak ada rasa garam, kicap mayonis lagi la tak ada.
Aku cuba nak fahami apa maksud yang tersirat dan tersurat. Agak-agak korang faham tak? Ke aku salah penerangan bab poligami?
Inilah cerita yang diceritakan oleh seorang kawan aRz. Susah juga nak terangkan apa maksud disebalik telur tu. Tapi apa yang pasti telur memang kegemaran. Tak kiralah telur dadar ka, half cook ka, letak mayonis ka, kicap ka, cili ka, memang AWESOME.
Kalau anda seorang yang boleh faham cerita atas tu jangan lupa bagitau k. Kot kalau anda pun tak faham kongsi dengan kawan-kawan lain. Mana tahu diorang faham.
Jumpa Lagi.
Poligami biasa dah berlaku ni sekarang. Kena ukur kelayakan ya Arz..hehehe