Murahkan Senyuman Kurangkan Keluhan
Murahkan senyuman kurangkan keluhan. Untuk merasa indahnya hidup pesan mereka yang lebih tua perbanyakkan senyuman kurangkan keluhan. Kata-kata itu sebenarnya juga bermaksud perbanyakkan bersyukur dan kurangkan mengeluh apa yang tidak cukup atau tidak 'perfect'. Ya.. dalam hidup ini tak mungkin apa yang kita mahu kita akan dapat. Ini juga untuk menyedarkan kita yang kita ini hanyalah hamba Allah yang banyak kekurangan. Jika diberikan kekayaan mungkin kekurangan dari nikmat lain. Jika diberikan nikmat lain mungkin akan kekurangan kekayaan ini contoh sahaja. Apa yang penting kita harus faham, dunia ini hanya satu persinggahan. Tidak kekal. Ia hanya sementara. Jangan lupa perbanyakkan senyuman ianya satu sedekah.
![]() |
senyum itu satu sedekah |
Boleh Makcik Bertanya.
Ini pula adalah sebuah kisah yang diceritakan oleh sahabat saya di sebuah bank, Misah (bukan nama sebenar). Ketika itu dia ditugaskan menyantuni pelanggan di bank. Hinggalah giliran seorang makcik. Lalu makcik itu ke kaunter. Terjadilah perbualan seperti dibawah. p/s : Maaf jika kisah ini agak menyeramkan.
Misah : Assalamualaikum makcik ( dengan hamparan senyuman ). Boleh saya bantu...?
Makcik : Waalaikumsalam. Terima kasih nak....
Misah : Boleh saya bantu makcik?
Makcik : ermmmm.....
Misah : Ya makcik boleh saya bantu? ( sambil melebarkan senyuman )
Makcik : Sebenarnya gigi anak ni comel.
Misah : Terima kasih makcik. Sebenarnya ramai dah tegur.... ( sambil seyum lagi )
Makcik : Tapi nakkk....makcik nak tanya sikit lagi... (sambil membetulkan spek mata)
Misah : Ya makcik ( senyum lagi )
Makcik : Makcik nak tanya anak tahu tak bulan ini ubat gigi jenama apa ada DISKAUN?
Misah : errr..............ada apa-apa saya boleh bantu makcik
Kesimpulannya senyuman kita mampu memberikan daya penarik. Penarik kawan, rakan, kenalan dan menjauhi musuh. Senyuman juga satu sedekah....Jom senyum macam misah, untung-untung dapat jadi duta ubat gigi. Muahaha...
kredit kepada SayidahNapisah.com diatas gambar diatas.
kredit kepada SayidahNapisah.com diatas gambar diatas.
Jumpa Lagi.