Roti Canai Argyll Road Penang | Sarapan Pagi

Argyll Road, Roti canai, Jalan-jalan cari makan, breakfast, Penang
| arzmohdhaniffa photography|  Roti canai Argyll Road
 Salam. Selamat Petang. Cuti-cuti ini biasanya semua orang gunakan masa untuk bersama family. Mungkin ada jugak yang bercuti atau jalan-jalan rehatkan minda. Sempena Cuti sekolah yang bakal tiba kalau ada yang datang bercuti ke Pulau Pinang boleh mencuba bersarapan pagi di sini.

Apa menu istimewa disini? Jom tengok gambar di bawah.

Roti Canai Argyll Road
| arzmohdhaniffa photography | Kedai Roti Canai Argyll Road

Almira, Penang, Roti canai, menarik, gambar cantik
Tak sabar menunggu 

Roti canai, Penang, Argyll Road, Terbaik
|arzmohdhaniffa photography| Roti Canai Telur Mata Argyll Road, Penang
Kalau di Penang kebiasaannya menu yang selalu di pesan adalah ROTI CANAI TELUR MATA bermaksud di atas roti canai atau roti kosong letak telur mata. Tapi saya nasihatkan kalau nak rasa lebih menarik anda perlu pesan "roti canai telur mata kuah daging, kuah dhal sikit saja" adakalanya kuah dhal ni tak brapa sedap.
Anda juga boleh pesan menu hidangan tambahan seperti daging dan ayam untuk dimakan bersama.
Memang menarik, anda boleh cuba. Menu seperti ini boleh jugak dijumpai hanya di gerai lain. Seperti Gerai roti canai Transfer Road atau di Jalan Gemas berdekatan Rumah Kelahiran Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Dua gerai tersebut tiada kipas berbanding restoran ini. Kalau sempat saya akan terjah ke dua gerai tersebut untuk anda semua.
 Datanglah bercuti di Pulau Pinang. #VisitPenang2014


Selfie, Roti Canai
Berselfie sebelum bersarapan.

{ 32 comments.. read them below or add one }

husna zahidi husna zahidi 18 May 2014, 19:55:00
tak jemu kan makan roti canai.. husna suka kuah dhal.. lagi pekat lg sedap..

husna singgah dari segmen kak mia..:)
Our Story Our Story 19 May 2014, 09:19:00
lama tak makan roti canai.... :(


http://cik-puan-emy.blogspot.com
aRz MoHa aRz MoHa 19 May 2014, 11:12:00
jemput makan. hehe. kat sini kuah dhal tak berapa likat @ pekat
aRz MoHa aRz MoHa 19 May 2014, 11:13:00
mai la penang. pekena roti canai
Mariyam Nabella Ishak Mariyam Nabella Ishak 19 May 2014, 12:51:00
Bln 3 ritu g penang gak..En husband outstion..sambil2 tu mkn angin..Next trip bole la try..
aRz MoHa aRz MoHa 19 May 2014, 14:48:00
Rugilah kalau tak cuba makan disini.
Hanim Hashim Hanim Hashim 19 May 2014, 15:26:00
tak sampai lagi penang huhu :))
aRz MoHa aRz MoHa 19 May 2014, 16:07:00
kena juga jalan-jalan ke penang. Banyak makanan yang menarik
Eshamz Halim Eshamz Halim 19 May 2014, 16:24:00
Salam bro, aku selalu gi penang pastu mesti akan pusing-pusing cari tempat makan menarik ngan wife... yang ni kalau kitaorg datang penang wajib singgah ni..... :D
aRz MoHa aRz MoHa 19 May 2014, 20:31:00
Sedap kan? Tak jumpa kat tempat lain. Roti canai terbaik
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 19 May 2014, 21:46:00
Lama dah tak g penang ingat2 masa anak ketiga dalam perut lagi pergi sana ...
Kalau kat sana akak suka makan PASEMBOR hehehe ..
Sedap dan byk pilihan ..
Wahh nampak sedap juga roti canai tu ...
Insyaallah kalau pergi sana akan mencuba ...
Sempat lagi tu SELFIE ..hehehe ..Selamat malam
aRz MoHa aRz MoHa 20 May 2014, 05:41:00
Pasembor di Penang kena pandai pilih atau pandai pilih kedai. Kalau tidak harganya memang mahal
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 20 May 2014, 14:34:00
Setiap bulan mesti pi Penang pekena pesemboq Gurney Drive. Sabtu lepas baru pi sana. Penang memang syurga makanan. Semua ada.
aRz MoHa aRz MoHa 20 May 2014, 16:12:00
CP tinggal dimana? macam dekat ja?
Eshamz Halim Eshamz Halim 21 May 2014, 11:37:00
Tu laa..kalau gi penang nanti mmg nak singgah ni pastu leh jumpa bro sekali...... :D
cahaya nur cahaya nur 21 May 2014, 12:05:00
bile la nak sampai kat penang nie..huhuhu
comel la si kecik tue ^-^
aRz MoHa aRz MoHa 21 May 2014, 12:06:00
Cahaya Nur. Penang bukan la jauh sgt. selamat datang ke pulau pinang
aRz MoHa aRz MoHa 21 May 2014, 12:32:00
ya. kalau singgah sini jangan lupa untuk hubungi saya ya
Anizz Annisa Anizz Annisa 21 May 2014, 13:25:00
godek2 entry ternampak pulak roti canai..aduhh lapa plak tetibe nie.. huhu.. comell la anak.. cte la sikit2 pasal bby girl tu.. hihi...
aRz MoHa aRz MoHa 21 May 2014, 14:46:00
datanglah pulau pinang.
memang nak buat cuma gambar belum bersedia
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 22 May 2014, 09:00:00
saya tinggal di Sungai Petani..tu yang macam dekat..
aRz MoHa aRz MoHa 22 May 2014, 11:00:00
owh dekat ja. saya sebulan sekali ke sungai petani
Anizz Annisa Anizz Annisa 22 May 2014, 14:42:00
okee waiting..hihi.. btw arz, kalau nk letak shoutbox bole je.. letak satu je.. jngn byk2 mcm anis..haha.. google je cbox or shoutbox nt kuar la dye..:) kirim salam budak gugurl tomey2 tu ye.. comell.. :D
Nor Ariffin Hamzah Nor Ariffin Hamzah 22 May 2014, 15:00:00
boleh la mengeteh kalau free nanti
aRz MoHa aRz MoHa 22 May 2014, 15:16:00
haha will update soon. jambatan kedua pulau pinang pon tak sempat melawat lagi :p
Sobri Yaacob Sobri Yaacob 26 May 2014, 23:02:00
ish lamanya dah x mkan kat sini bro Argyll Road, Penang..
baca entry ni ingat plak knangan dulu2 mkan kat sini :)
aRz MoHa aRz MoHa 27 May 2014, 02:44:00
sekali sekala kena singgah. perut kena dibelai hehehe
Aimie Mokhtars Aimie Mokhtars 18 Jun 2014, 00:57:00
terliur pulak rasa

boleh try ni buat macam tu
aRz MoHa aRz MoHa 18 Jun 2014, 14:29:00
datanglah melawat pulau pinang pulau mutiara ini
Karya Mahirah Karya Mahirah 16 Jul 2014, 20:49:00
tu diaaa... roti canai penang mari... lama dah tak balik penang... abah sy org taiping... kaum kerabat dah bersepah mereta utara... huhu...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih