Telur Untuk Abang

Telur Untuk Abang

Telur untuk abang. Awas ini sebuah perkongsian yang agak seram. Awal-awal lagi nak beritahu sebab takut ada pembaca yang tidak boleh baca kisah seram-seram ni. Mungkin boleh baca entri lain yang agak kurang seram. Baik ini bukan cerita 18 tahun ke atas. Sekadar berkongsi. 

Telur untuk abang

Teringat semalam semasa atas kereta, tiba-tiba isteri bertanya. 
"Best ka poligami? " 

Ahhh sudah. Bisik hati kecil ku. Tarik nafas fikir sejenak sambil perlahankan radio. 

"Mana ada istilah best dalam poligami"   

Sunyi sepi seketika. Lalu aku menambah. 

"poligami umpama ubat, kalau sakit demam, makanlah ubat demam, kalau sakit kepala makan ubat sakit kepala bukan makan ubat kencing manis atau bukan kolestrol"

Fuh. Aku ingat lagi ayat ni. Ayat Ustaz Haslin Bollywood kalau tak silap. Sunyi sepi tanpa sebarang perbualan. 

"Kalau tak poligami umpama apa? " tanya isteri.

Amik kau. Pandai-pandai menjawab. Aku bukan pandai sangat bab perumpamaan. Masa sekolah dulu bukan pandai sangat sastera. Tak ada pula Ustaz Haslin cakap perumpamaan orang tak poligami. Terdiam seketika. 

Rileks. Tarik nafas. Jangan nervous. Aku fikir dalam-dalam. Silap jawab alamat makan roti Gardenia kosong dan air suam. Kalau jawapan menarik dapat naik goreng telur mata 'half cook'

"orang yang tak poligami atau setia pada satu ni umpama telur... Telur 'half cook'. Tak letak apa-apa. Hanya telur sahaja. Berkhasiat, sedap, boleh dimakan bila-bila masa, kenyang, kena betul cara sado badan" sambil hembus nafas. Dua dap dua dap jantung berdegup.

"adakala poligami macam telur "half cook" letak terlebih kicap, atau terlebih lada, boleh jadi juga terlebih masak"

"tapi terlebih kicap pun ada juga orang makan"

Aku main tembak ja. Bukan pandai sangat perumpaan. Tapi harap tepat lah jawapan.

Diam ja. Tiada perbualan lagi. Naik risau juga.

Akhirnya sampai rumah. Aku diam tak cakap. Isteri pun diam. Ah... Sudah. Aku silap perumpaan, member aku memang dah lama pesan jangan cakap bab ni.

Tapi member sorang lagi kata, kalau terang betul-betul, ayat cantik memang boleh poligami. Tersenyum bila teringat ayat ni.

"abang" isteri panggil dengan nada yang perlahan. Terjaga aku dari lamunan.

"ya yang" dengan nada serak suara macam tak mahu keluar.

"telur untuk abang" isteri datang sambil bawa pinggan. Lalu terus tido.

Aku tengok di pinggan ada telur mata "half cook". Telur kuning pun bergoyang-goyang lagi. Biasa makan pagi hari. Ini di malam hari. Tak ada rasa garam, kicap mayonis lagi la tak ada.

Aku cuba nak fahami apa maksud yang tersirat dan tersurat. Agak-agak korang faham tak? Ke aku salah penerangan bab poligami?

Inilah cerita yang diceritakan oleh seorang kawan aRz. Susah juga nak terangkan apa maksud disebalik telur tu. Tapi apa yang pasti telur memang kegemaran. Tak kiralah telur dadar ka, half cook ka, letak mayonis ka, kicap ka, cili ka, memang AWESOME.

Kalau anda seorang yang boleh faham cerita atas tu jangan lupa bagitau k. Kot kalau anda pun tak faham kongsi dengan kawan-kawan lain. Mana tahu diorang faham.

Jumpa Lagi. 
 Telur setengah masak, telur half cook, telur Untuk Abang, telur Untuk sarapan,  kisah telur dan poligami,

{ 30 comments.. read them below or add one }

Etuza Etuza Etuza Etuza 16 Aug 2015, 06:52:00
agak sensitif bagi wanita hal poligami..baginya biarlah untuk dia ja..hahahaha..Etuza lagi tak faham..ambil iktibar dari cerita ni.

Poligami biasa dah berlaku ni sekarang. Kena ukur kelayakan ya Arz..hehehe
Etuza Etuza Etuza Etuza 16 Aug 2015, 06:55:00
ni lah padahnya ..lama tak updated blog..dah tak ada blog Etuza dalam lis blog Arz..faham..tak apa ..but tetap like blog Arz..teruskan usaha ya
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 16 Aug 2015, 09:23:00
Hahaha..x agak2 bagi perumpaan telur ngn poligami..memang x sesuai lah.. org pompuan ngn perkataan poligami mmg sensitif.. hehehe..
RahimAim BudakPrihatin RahimAim BudakPrihatin 16 Aug 2015, 10:55:00
Mengikut pengalamn along yang telah hidup hampir 200 tahun ni, pendapat Along, kicap dan lada dekat rumah dia habis. Mayonis pula, memang tidak pernah wujud di rumah mereka. sekian
aRz MoHa aRz MoHa 16 Aug 2015, 11:06:00
Lama menunggu khabar berita dari cikgu Etuza. Sihat ka
aRz MoHa aRz MoHa 16 Aug 2015, 11:06:00
Ada benar juga kata-kata along
aRz MoHa aRz MoHa 16 Aug 2015, 11:10:00
Mungkin dia silap perumpamaan
Jari Manis Jari Manis 16 Aug 2015, 11:16:00
itu maksudnya...si isteri nak si suami SETIA PADA yang SATU
Jari Manis Jari Manis 16 Aug 2015, 11:16:00
entri ni SERAM? ahahaha....arZ buat lawak
aRz MoHa aRz MoHa 16 Aug 2015, 11:20:00
Tak cukup seram ka Sis JM
aRz MoHa aRz MoHa 16 Aug 2015, 11:21:00
Mungkin juga la.. Ke sebab kehabisan kicap garam dan lain lain
Inani Hazwani Inani Hazwani 16 Aug 2015, 11:28:00
Cerita pasal poligami rupanyaa,
Etuza Etuza Etuza Etuza 16 Aug 2015, 12:44:00
Etuza pun x faham kenapa dalam ingatan mesti nak klik laman aRz dan JM serta Kamsiah blogger..hahaha..dah terjalin persaudaraan maya sesama blogger..rasanya nak x salah nak membaca..ok aRz..
cikpinz cikpinz 16 Aug 2015, 14:30:00
ingat kisah telur apa tadi hihihi
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 16 Aug 2015, 16:23:00
tak paham.. tak dapat... explain more.. haha
Cik Ash Cik Ash 16 Aug 2015, 17:28:00
Bab poligami sensitif la... Dgr husband rajin x bckp kes bahas pasal poligami nj
husna zahidi husna zahidi 16 Aug 2015, 20:08:00
hahaha puas gak hadam tp still tak dapat nak tafsir..:D
Dunia Zumal Dunia Zumal 16 Aug 2015, 20:11:00
Ingat citer hantu dah tadi ^-^
Jie Susanos Jie Susanos 16 Aug 2015, 20:39:00
haha..seram sebut poligami ni..
Zaidalifah Hussin Zaidalifah Hussin 16 Aug 2015, 21:27:00
ha ha ha ha kelakar....

telur sedap jer...
anajingga anajingga 16 Aug 2015, 22:02:00
telur setengah masak je rupanya ye CP haha :)
anajingga anajingga 16 Aug 2015, 22:03:00
wah seram gak cerita ni aRz, mengigau kak ana malam ni :)
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 17 Aug 2015, 07:18:00
Hehe perumpamaan tu ok jer ..
Amanda Suria Amanda Suria 17 Aug 2015, 17:46:00
erk...seramnya kisah telur di malam hari...adehhhh
Noriza Abdul Rahman Noriza Abdul Rahman 18 Aug 2015, 07:36:00
Tak berapa nak pasti kaitan telur half cook tu dengan poligami...haha
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 18 Aug 2015, 15:32:00
Assalam arz,
haaaaaaaa
akak dekat 8kali baca kedua2 perumpaan tu
masih rasa tak kena he3

pssttt : my boboboy antu telor :P
izzeyda izzeyda 20 Aug 2015, 15:05:00
citer poligami agak sensitif skit.. apapun rasa macam kureng kena laa dengan perumpamaan yang direka2 tuh..

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih