Kopi Untuk Abang

Kopi Bukan Penahan Mengantuk

Kopi. Kopi sekarang ini adalah minuman yang sangat popular dan diminum oleh semua peringkat umur. Ada kopi mahal ada kopi murah. Kopi juga dikatakan mampu menahan dari rasa mengantuk atau ubat berjaga mata. Sebenarnya itu fakta yang salah. Kenapa? Teruskan membaca. 

Kopi membuatkan minda fokus, kebaikan kopi, fakta salah tentang kopi, kopi sedap, kopi minuman untuk semua,
Codi Coffee. Cikpinz Belanja

Kopi Untuk Abang

Kopi untuk abang. Ini ayat isteri sebelum masuk tido. Memang isteri memahami kegemaran aRz sebelum tido mesti pekena kopi. Tak kira apa jenis kopi. Sama kopi, Coffee, ataupun nescafe, atau juga neslo. Baik sebelum tu ini bukan sambungan kisah "telur Untuk abang". Itu cerita orang. Nasib baik tak bagi telur setengah masak kosong kan? Ok berbalik pada cerita kopi. 

Jika setiap malam aRz minum kopi, dan boleh bermimpi dalam hanya beberapa saat ini bermakna kopi tidak mampu menahan rasa mengantuk. 

Kedua, arwah abah aRz juga seorang peminum kopi O tegar hampir setiap malam, dan arwah abah adalah seorang yang tidur awal. Jadi jelas dua bukti yang mengatakan kopi tidak mampu menahan rasa mengantuk. 

Ketiga, jika aRz memandu ke Kuala Terengganu pada malam hari, walau ditemani bermacam kopi, samada Ali Cafe, kopi O, atau tingkat ali orang kampung sekalipun sampai saja jam 10 malam memang aRz tidak mampu untuk memandu lagi. Sebab itu aRz lebih suka memandu awal pagi. 

Kopi Membantu Minda Fokus

Inilah sebenarnya khasiat kopi. Memberikan minda kita untuk lebih fokus. Kalau kita lebih fokus dengan rasa mengantuk maka tak sampai beberapa saat boleh terlelap. Begitu juga bagi mereka yang meletakkan kepercayaan pada kopi bahawa boleh menghilangkan rasa mengantuk. Dan apa yang baru aRz baca di Blog realiticikpin.blogspot.com adalah kopi mampu tangani stress.

Walau sebanyak mana kita menyukai kopi sekalipun jangan lupa untuk perbanyakkan minum air kosong. Banyak kelebihan meminum air kosong.  Setakat ini dahulu.

Jumpa lagi.

{ 17 comments.. read them below or add one }

Dunia Zumal Dunia Zumal 17 Aug 2015, 01:25:00
Ingatkan sambungan entri tu ^-^
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 17 Aug 2015, 07:15:00
Silakan minum bang ..hehehe kopi utk abg dah tersedia tuuu minum laaa
Murniwati Awang Murniwati Awang 17 Aug 2015, 08:12:00
murni klu xda mood mesti kena minum kopi baru mood ok kembali
cikpinz cikpinz 17 Aug 2015, 08:21:00
Wah kisah kopi jugak..betul tu kena banyak minum air kosong..
cikpinz cikpinz 17 Aug 2015, 08:24:00
CP pun ingat sambungan entri telur tu hihi
salmiah awang salmiah awang 17 Aug 2015, 08:48:00
setahu saya, kopi mengandungi kafein yang tinggi.Kepada orang yang tak biasa mengambil kafein, pengambilan kopi membuatkan mereka tidak dapat tidur.Tetapi kepada mereka yang memang selalu mengambil kafein, bak kata orang, alah bisa tegal biasa.Kafein di dalam kopi tidak mampu mengawal masa tidur mereka.Termasuk saya.Wallahu a'lam.
Kencing Manis Kencing Manis 17 Aug 2015, 10:58:00
kopi untuk abang , boleh buat drama ni tajuk ni..hehe
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 17 Aug 2015, 13:05:00
kalau dah kebal dengan kopi, macam mana nak jadi penawar,, dah jadi macam sweet candy lah.. heee
anajingga anajingga 17 Aug 2015, 20:39:00
kak ana pun penggemar kopi tegar aRz..:)
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 18 Aug 2015, 15:27:00
Assalam uols,
hokeyh iols agak blur
entry yang manakah????
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 18 Aug 2015, 15:28:00
Assalam arz,
he3
iols dah lama tak minum coffee
sebab CP iols minum jugak coffee yang sama macam arz tu he3
RahimAim BudakPrihatin RahimAim BudakPrihatin 19 Aug 2015, 11:46:00
mujur i is bukan pmint tgr kopi... kalau tak..konfirm i is akan fokus pada tidur je..ahha
RahimAim BudakPrihatin RahimAim BudakPrihatin 19 Aug 2015, 11:46:00
mujur i is bukan pmint tgr kopi... kalau tak..konfirm i is akan fokus pada tidur je..ahha
izzeyda izzeyda 20 Aug 2015, 15:00:00
minum kopi O atau milo okey lagi.. jangan minum air nescafe, boleh sakit kepala seharian..
Jari Manis Jari Manis 31 Aug 2015, 20:59:00
ingatkan kopi yang betul2 kaw tu...warna hitam

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih