Jari Tersepit Pintu Bank

Jari Kanak-Kanak Tersepit Pintu Bank

Jari kanak-kanak tersepit di pintu bank. Ini adalah berita yang aRz baca di Utusan Malaysia hari ini. Kejadian tersebut berlaku di pintu utama sebuah bank di Kuala Krai, Kelantan. Ketika kejadian ibu kanak-kanak ini sedang mengeluarkan wang di mesin ATM. Kebtulan ketika ada pelanggan hendak keluar dari bank kanak-kanak ini memasukkan jari di celahan pintu tersebut dan menyebabkan tersepit ketika pintu kembali tutup.


jari kanak-kanak, jari kecil cik puteri, gambar kanak-kanak comel, jari kanak-kanak tersepit pintu,
(Gambar sekadar hiasan)  Cik Puteri hari ke-3 kelahiran

Pihak Bomba dari Balai Kuala Krai berjaya mengeluarkan jari yang tersepit dengan mengumpil pintu berkenaan dalam masa 2 hingga 3 minit. Walaubagaimanapun kanak-kanak tersebut hanya mengalami kecederaan ringan dan 3 jarinya lebam.



Pengajaran Buat Ibubapa

Pengajaran dari kejadian ini, berpesan untuk diri aRz sendiri yang sekarang ini juga merupakan seorang bapa dan juga ibubapa diluar sana agar sentiasa mengawasi anak-anak terutama yang masih kecil. Kanak-kanak yang masih kecil ini sebenarnya lebih suka dengan sesuatu yang baru, ia bagaikan ada tarikan untuk mereka mendekati dan mencuba. Ini adalah sifat mereka. Memang benar 'malang tidak berbau' tetapi langkah-langkah pencegahan boleh diambil. Sebagai contoh kalau aRz ke mesin ATM dengan Cik Puteri biasanya aRz akan dukung, dan ajar dia untuk tolong ambilkan wang ( perlu pengawasan juga), jadi Cik Puteri tidak akan rasa hendak turun atau bermain di sekitar kawasan ATM tersebut.

Sepertimana semalam terdengar berita seorang kanak-kanak tercucuk garfu di dalam mulut. aRz difahamkan kanak-kanak tersebut berlari sambil memegang garfu dan terjatuh menyebabkan garfu tercucuk ke dalam mulut. Ibubapa perlu lebih waspada terhadap anak-anak. Ambil langkah pencegahan sewajarnya, jangan pula sampai tidak benarkan makan sendiri sehingga boleh mngakibatkan anak tidak mampu berdikari.

Walaubagaimanapun kita tidak mampu mengelak sebarang takdir, tetapi mampu mencegahnya terlebih dahulu dan berdoa semoga anak-anak kita, diri kita juga dari sebarang takdir yang buruk-buruk.

Jumpa Lagi.

{ 21 comments.. read them below or add one }

Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 12 Aug 2015, 12:34:00
Adoiii... sakitnya....!!

macam terasa lah pulak...
cikpinz cikpinz 12 Aug 2015, 12:46:00
kanak-kanak ni kita tidak boleh leka walau seminit. Pasti ada sahaja yang nak dibuatnya. Kita yang tersepit pun sakit apatah lagi anak kecil..oucch
safurara safurara 12 Aug 2015, 13:09:00
ingatkan jari arz yg tersepit.hish, jaga anak, bahaya di mana mana,kdg2 x terdetik langsung.
Murniwati Awang Murniwati Awang 12 Aug 2015, 14:13:00
budak2 memang mcm tu Arz..diorang ni kadag2 kita terlps pandai sekelip mata pon mcm2 benda boleh jadi..
yoorin melacolea yoorin melacolea 12 Aug 2015, 15:23:00
adooiiiii..ritu baru anak sedara tercepit pintu kereta..nasib baik mak nya tak hempas pintu.. maunya putus.. adoii ngilu terus rasa
SalbiahM SalbiahM 12 Aug 2015, 16:43:00
adoi..kesiannya.kalau jadi depan mata confirm panik

teringat kecik-kecik pernah terapit pintu. then ada pantun ni. tukul tangkal balik pintu.budak nakal memang begitu
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 12 Aug 2015, 17:13:00
Kita sbg ibubapa kena laa alert
Dunia Zumal Dunia Zumal 12 Aug 2015, 17:40:00
Zumal geram tengok parent yang biar anak bermain tanpa pengawasan, jaga la mereka lebih dari intan permata yang anda pakai ^-^
anajingga anajingga 12 Aug 2015, 20:13:00
kesiannya anak tu kan, yelah terlepas pandang barang kali ibunya, comellah hai jari kecil cik puteri tu :)
aRz MoHa aRz MoHa 13 Aug 2015, 11:59:00
jari saya kalau tersepit tak dapat la nak taip entri
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 13 Aug 2015, 16:01:00
Assalam arz,
Allah
heeiii
tak boleh betoi dok tengok berita cenggini
seriau
sob3
muhammad nizam muhammad nizam 14 Aug 2015, 03:49:00
baik pokcik arz.. pesanan diingati
zai zamree zai zamree 14 Aug 2015, 10:51:00
huhuhu...mcm2 kes kn skrg ni...risau
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 15 Aug 2015, 23:47:00
alaahaaai adik tu.. huurm.. macam2 la skrang ni..
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 16 Aug 2015, 09:43:00
Kalau ada anak yg lasak memang xle leka walau sesaat pun..bebudak nie dianya curiousity dasyat..mcm2 nak dibuatnya..
Jari Manis Jari Manis 16 Aug 2015, 11:37:00
budak2 kecik perlu di beri perhatian....dia x tahu bahaya...aduss....sian nya
Cik Ash Cik Ash 16 Aug 2015, 19:50:00
nice sharing arz insyaAllah nanti ada anak ekin akan ingat pesanan ni

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih