Cik Puteri in L.O.V.E

Cik Puteri in LOVE

Cik Puteri in Love. Sebenarnya bukan Cik Puteri jatuh cinta tetapi gambar Cik Puteri dimasukkan ke dalam perkataan L.O.V.E. Memang niat asal, niat agak lama nak bukukan semua gambar Cik Puteri dalam satu photobook. Tetapi belum berjaya. Asal duduk depan PC, dia pun mula nak duduk juga sambil menaip di keyboard. Bukan nak jadi 'Keyboard Warrior' mungkin sebab selalu nampak aRz mengadap PC sambil menaip. Jadi dia rasa nak buat juga. Memang kanak-kanak cepat belajar daripada pemerhatian dia. Dalam masa yang sama kena tunjuk teladan yang baik, supaya dia ikut perkara yang baik.

kids in love, picture in word, love cik puteri, cik puteri in love, kids, kids fashion, kids photography,
Cik Puteri in L.O.V.E

Sebelum pergi jauh, gambar diatas terhasil disebabkan oleh Instagram August Photo A Day Challenge by Safurara. Ini juga merpakan gambar hari ke 6. Dah lama nak mencuba buat gambar macam ni tetapi tak tergerak tangan untuk memulakan. Alhamdulillah adanya challenge macam ni memberi sedikit suntkan semangat untuk menyiapkan juga dengan sentuhan Photoshop CS5.

Kenapa Mesti Buat Photobook

Kenapa aRz kata nak buat photobook. Bukan wajib tetapi semua tu sebagai satu kenangan sebagaimana aRz ada juga gambar kenangan di atas Jambatan Pulau Pinang setahun selepas pembukaannya yang diambil oleh arwah Abah. Boleh tengok DISINI. Bukan juga wajib buat photobook, cukuplah kalau nak print biasa pun dan simpan semua kepingan gambar tu dalam kotak kasut. 

Satu lagi sebab utama nak buat photobook ( hardcopy) kerana risau external hardisk yang menyimpan semua gambar Cik Puteri buat hal, atau 'corrupted'. Insyaallah ada masa, nak siapkan juga. Bagi ibubapa lain jangan biarkan segala memori berlalu begitu saja. Rakam, cetak dan simpan. Nanti sekurang-kurangnya anak-anak dapat melihat memori dia ketika kecil dulu.

Atau mungkin sebagai simpanan hari tua tatkala anak-anak mula ke Menara Gading masa itu akan mula merindui celoteh anak-anak. Ini bukan pengalaman saya tapi diceritakan dan dikongsikan oleh arwah mak dan kakak saya yang sudah merasainya.

Seandainya kita rasa, membuat sebuah buku, atau mencetak gambar lama sebagai satu perkara yang tidak penting atau membuang masa tidak mengapa. Zaman dahulu ramai juga yang tidak ada gambar kenangan dimasa kecil, tetapi membesar dan berjaya. Ianya adalah PILIHAN.

Jumpa Lagi.

{ 21 comments.. read them below or add one }

yoorin melacolea yoorin melacolea 10 Aug 2015, 12:52:00
nak buat photobook yg murah.. dah banyak sgt memori phone ni..hehe
Amanda Suria Amanda Suria 10 Aug 2015, 13:09:00
SA kan..dr dulu nk buat photobook...tp x buat2 lagi...cantik plak hasilnya kan...
CikSiti CikSiti 10 Aug 2015, 13:16:00
wah bagus baguss saya pon dah lama bebeno tak print gambo
aRz MoHa aRz MoHa 10 Aug 2015, 13:39:00
ada di groupon kalau tak silap beberapa blogger buat.
aRz MoHa aRz MoHa 10 Aug 2015, 13:40:00
pelan-pelan insyaallah boleh siap..
aRz MoHa aRz MoHa 10 Aug 2015, 13:46:00
jangan lupa setiap peti simpanan macam hardisk , pendrive boleh rosak bila bila masa
cikpinz cikpinz 10 Aug 2015, 13:48:00
Dulu masa kamera lama.pasti akan pi print gambar pastu simpan dalam album..siap label lagi.
Murniwati Awang Murniwati Awang 10 Aug 2015, 14:06:00
bagus laa Arz buat HARDCOPY..akak pon ada sejarah hitam dengan Ext-Hardisk akak corrupted tak boleh buka lansung..silap besar semua gambar/video Alysa masa kecil ada dalam tu. yang paling sayang gambar/Video dia dari masa dia lahir sampai laa dia boleh berjalan ada dlm tu. Dah la ms tu syndrome anak pertama setiap hari amik gambar & video dia. Akak sedih sangat smpai harini akak simpan Hard Disk tu. Harap2 suatu hari nanti dapat buka. Mujur husband nasihatkan akak, katanya buat ape kita nak sedih perkara dah jadi..yg penting Alysa masih ada depan mata kita..Biarlah gambar/video hilang asalkan dia masih ada bersm kita..( sori terEmosi plok)
aRz MoHa aRz MoHa 10 Aug 2015, 14:08:00
Nanti ada masa saya cuba bantu masalah ini
Dunia Zumal Dunia Zumal 10 Aug 2015, 14:11:00
Ingatkan Arz nak dapat menantu dah. Hehe ^-^
Cantiknya... zumal sokong buat hardcopy sbb pernah terkilan gambar banyak dalam pendrive pastu hilang pendrive tu maka lenyap memori bersamanya...
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 10 Aug 2015, 15:01:00
Ok nnt nk buat gak..aritu ada usha kat groupon ..hehe
Permatabiru Permatabiru 10 Aug 2015, 16:57:00
ohh ini lah love nya...cantikk
anajingga anajingga 10 Aug 2015, 19:02:00
idea yang bagus aRz, kak ana dulu memang akan pi print gambar di kedai, laa ni jadi malas dah, sayang sebab satu hari nanti akan kekal menjadi kenang-kenangan bila anak2 mula dewasa :)
Ummul Azkee Ummul Azkee 10 Aug 2015, 21:55:00
hm..groupon selalu adekn photobook..murah2 plak tu.xnyempat nk bust lg.ada kwn kak ummul da byk photobook dia buat kt groupon
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 12 Aug 2015, 08:59:00
Sha pun nak buat tapi masa selau mencemburui sha..hehehe..yg selebihnya, bila duk je ngadap pc anak2 dara pun mula menyebok.. terus stop.. hehe..
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 13 Aug 2015, 16:03:00
Assalam arz,
dah laaaaaaamaaaaaaaaaa tak buat photobook
macam teringin balik jaaaaaaaa
he3
muhammad nizam muhammad nizam 14 Aug 2015, 03:59:00
nak buat gak photobook tu dari anak kecil sampai skrg masih tggal niat saje.. tak terbuat2 lagi....

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih