Happy Bag Di jual Di Seluruh Guardian Pharmacy Malaysia
'Happy bag' dijual di seluruh Guardian Pharmacy Malaysia. Macam fenomena pula bila semua mula memasukkan gambar di group whatsapp selepas membali 'happy bag' di seluruh cawangan Guardian Pharmacy. Pernahkah anada tahu mengenai 'happy bag' ini? teruskan membaca.
![]() |
Hapy Bag Guardian |
Apa itu Happy Bag Guardian Pharmacy
Happy Bag Guardian Pharmacy. Untuk pengetahuan anda, mulai pagi tadi seluruh Guardian Pharmacy menjual happy bag ini dengan harga RM 3.88 dan yang menariknya barangan didalam kebiasaannya melebihi harga RM 20. Walaubagaimanapun barang didalam happy bag ini tidak kita ketahui, melainkan selepas nada buka. Mungkin inilah yang dipanggil "happy bag".
![]() |
Happy Bag yang diborong |
Jadi apa contoh barang yang ada di dalam happy bag? Dari group whatsapp rakan-rakan dari BloggerUtara masukkan gambar dapatlah aRz kongsikan disini khas buat pembaca blog arzmoha.com
![]() |
Happy Bag Guardian Pharmacy |
Kalau tengok gambar diatas kelihatan berus gigi dan juga lotion. Rasanya dua barang itu sudah melebihi RM3.88 jadi memang berbaloi untuk dapatkan happy bag.
![]() |
happy bag guardian pharmacy |
Seperti aRz katakan tadi setiap happy bag tidak mengandungi barang yang sama. Kemungkinan si A dapat barang lebih mahal dan Si B mendapat barang kurang mahal. Tetapi memang berbaloi dengan harga RM 3.88.
Bila Happy Bag Guardian Pharmacy berlangsung?
Bila hari 'happy bag' berlangusng atau dijaul, sebenarnya aRz sendiri pun tidak pasti. Walaubagaimanapun sentiasa rajin-rajin ke Page Facebook ARZMOHAdotcom. Insyaallah jika ada lagi info berguna seperti Happy Bag ini aRz akan maklumkan disana.
Happy Bag ini akan terus dijual sehingga habis stok. Kebiasaannya tidak banyak. Mungkin ini adalah salah satu cara Guardian Pharmacy Malaysia menghargai pelanggan setia mereka. Selamat memborong.
Jumpa Lagi