Terima 10 Jahitan Bawah Dagu

Ibubapa Perlu Mengawasi Permainan Anak-anak

Ibubapa perlu mengawasi semua permainan anak-anak. Permainan anak-anak ini pada awalnya sudah pasti kita membeli mainan yang selmat untuk dimain. Permainan yang tidak tajam, merbahaya, mempunyai barang kimia dan sebagainya. Tetapi setelah dimakan usia kemungkinan sesuatu permainan yang selamat itu boleh jadi merbahaya. Langkah-langkah membaiki atau membuang barang yang telah rosak adalah satu langkah terbaik.

google image

Keperluan Untuk Bunag/Baiki Mainan Rosak

Semalam aRz sambil layan movie, Cik Puteri ajak main. Bila tak layan mula dia marah dan baling-baling bear kesayangan dia. Setakat movie tak apalah hari lain boleh layan lagi kan atau tunggu Cik Puteri tidur saja. Tengah-tengah main aRz nampak sesuatu pelik di bear Cik Puteri. Ruapanya bear dah semakin lusuh dan koyak di bahagian dagu. Jika dibiarkan mungkin akan menyebabkan bulu seperti kapas ini memberi kesan tidak baik buat Cik Puteri. Jadi pembedahan kecil terpaksa dilakukan segera. Lebih kurang 10 jahitan diberikan dan bear sudah kembali pulih. Cik Puteri dah boleh gomol, peluk dan cium bear kesayangan tak perlu risau kapas mengganggu keselesaan Cik Puteri.

Bear terima 10 Jahitan Bawah Dagu

Nasib baik abah dulu pernah sertai pengakap dan tinggal di asrama. Kebetulan mama Cik Puteri sibuk uruskan keja rumah. Jadi terpaksa Abah jadi Dr Bedah segera memberikan 10 jahitan kepada bear kesayangan tanpa sebarang bius :) Harap lepas ni boleh dapat Dr aRz heeee.

Ok jangan lupa sambil anak-anak main kena perhatikan sama mainan anak-anak agar tidak mendatangkan bahaya. Jika rosak perbaiki tetapi jika tidak dapat dibaiki sebaiknya dibuang saja. Paling bahaya mainan kecil dan tajam. Jom beri sedikit masa memeriksa mainan anak-anak kita.

Jumpa Lagi.

{ 18 comments.. read them below or add one }

anajingga anajingga 24 Aug 2015, 20:01:00
sian bear-bear ye, nanti suh abah beli hat baru kay .. :)
husna zahidi husna zahidi 24 Aug 2015, 20:11:00
bear husna pon memerlukan rawatan jgk nih.. terbelah dada tertusuk apa pon tak taw.. Dr. Arz boleh kot tolong.. hihihihi..
Tasha Aqisha Tasha Aqisha 24 Aug 2015, 20:59:00
hehe... betul tu... kadang2 benda remeh temeh la yang boleh bahayakan kanak-kanak... ibu bapa kena peka dengan barang permainan anak-anak sntiasa selamat
hainom OKje hainom OKje 24 Aug 2015, 22:18:00
Bagus.....bagus.....laki sapalah agaknya yg pandai jahit tu hihi....
Lama dah tak beli mainan budak....
emalin mohd emalin mohd 25 Aug 2015, 00:03:00
Bear memang jadi kawan baik anak perempuan...
Nadia Johari Nadia Johari 25 Aug 2015, 01:11:00
hahaaha..jahit janagn tak jahit
sya mimie sya mimie 25 Aug 2015, 10:04:00
Zahra buat msa ni x brpa sngt main bear.. Blm pndai kut. Hee.. Untung ada abh yng pndai jd doc bedah bidan trjun ye.. Hee
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 25 Aug 2015, 11:56:00
Assalam arz,
haa
maenan boboboy berhantu hokeyh
akak dah buang hat rosak2 tup2 dok betmabah aja bakul toys dia
eran3 :P
kisah earty kisah earty 26 Aug 2015, 16:18:00
doktor sekarang gune gam je..
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 26 Aug 2015, 21:22:00
Adoiii Arz tajuk ko buat Kak Lya SEMPUT kejap aihhh..Ingatkan sapa la yang kena 10 jahitan tu..Adoiii Mr Bear rupanya huhuhu..Keciannnnnnnnnnnn..Waa bestnya abah CIk Puteri pandai menjahit la hahaha
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 28 Aug 2015, 16:02:00
hai Cik Puteri.. huntong abah masuk pengakap tau jahit..
Kekti dulu masuk pengakap nak kumpul lencana ja.. xdak dia suruh jahit.. slamat Kekti hahaha..
yoorin melacolea yoorin melacolea 28 Aug 2015, 16:43:00
tu diaa.. gigih jahit.. kite x gheti nak jahit..cincai boncai je boleh laaa
Farrah MF Farrah MF 29 Aug 2015, 23:24:00
Baguslah ada Dr Arz sedia berkhidmat :)
Jari Manis Jari Manis 31 Aug 2015, 20:35:00
ishh..ingatkan siapa yang perlukan 10 jahitan tu
zai zamree zai zamree 4 Sep 2015, 12:20:00
igt sapa la kena jahitan tu...adehhhh

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih