Pagi Bermadu Malam Berkungfu

Pagi Bermadu Malam Berkungfu

Sudah menjadi kebiasaan kita mendengar apabila ada saja isu "bermadu" pasti akan diikuti dengan isu "berkungfu". Memang Bermadu sesuatu yang sensitif bagi majoriti mereka yang bernama isteri. Walaubagaimanapun bermadu dalam bahasa sebetulnya adalah poligami. Jika silap percaturan... Ya pagi kau bermadu malam kau berkungfu. 

Pagi Bermadu Malam berkungfu

Maaflah jika sejak kebelakangan ini aRz banyak cerita mengenai madu atau poligami. Ini sekadar perkongsian untuk semua. Jangan terlalu marah bab madu.
Apapun aRz syukur isteri amat memahami kehendak aRz yang memang berkeinginan bermadu.

  1. Pagi Bermadu Malam Berkungfu, cara mudah bermadu, bermadu di pagi hari, gambar madu al-shifa,
  1. Madu al-shifa

Pagi Bermadu

Ya... Syukur setiap pagi isteri sentiasa ingatkan. 

"abang dah bermadu belum? "

Biasalah pagi-pagi kalut hampir terlupa. Pengambilan madu secara konsisten mampu memberi kesan yang baik pada sistem badan. Carilah sedikit info mengenai pemakanan sunnah ini. Banyak khasiatnya. 
 

Malam Berkungfu 

Malam Berkungfu. Bukanlah bermaksud bergaduh atau bercakaran. Tetapi masa isteri aRz demam baru-baru ini ada minta kan aRz bungkus "koey teow kungfu". Sebelum ni tak pernah rasa. Bila sekali dah rasa hampir beberapa malam asyik berkungfu saja. Sedap rupanya koey teow kungfu. Macam mana boleh tak pernah nak rasa sebelum ni. Sampaikan isteri tegur 

"abang ni pagi Bermadu, malam Berkungfu pula"

Koey teow kungfu, gambar koey teow kungfu, tips madu dan kungfu,
Koey teow kungfu

Koey teow Kungfu

Tak tahulah sejak kebelakangan ini asyik makan koey teow kungfu ja. Rasa macam makanan sihat, malam-malam dah tak makan nasi. Jom bermadu dan berkungfu dengan cara yang selamat. 

Jumpa Lagi.

{ 24 comments.. read them below or add one }

❤Kamsiah❤ ❤Kamsiah❤ 25 Aug 2015, 07:15:00
hehe...jarang org sebut,minum madu tu sebagai 'bermadu'...
Murniwati Awang Murniwati Awang 25 Aug 2015, 07:44:00
hari2 bermadu eak..akak pon nak try memadu jugak laa..
Norma NML Norma NML 25 Aug 2015, 08:09:00
mcm simbolik bunyi bermadu tu..hehe
Diyana Annuar Diyana Annuar 25 Aug 2015, 09:43:00
perkataan madu tu mmg amat sensitive bg sesetengah org..
mcm sy ni.. x tahu nak kata apa.. x berani nk kata apa2..
sbb ahli keluarga sendiri.. ada yg hidup bermadu... dimadukan... and berkahwin 4..
and alhamdulillah... setakat mata kasar memandang... mereka bahagia..
anajingga anajingga 25 Aug 2015, 10:36:00
abah cik puteri ni macam-macam lah... haha.. :)
el el 25 Aug 2015, 11:39:00
kahhhhh
igt td dok cite ape lah td
upanya pasal makanan haha
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 25 Aug 2015, 11:55:00
Assalam arz,
alaaaaaaaaaaa
saja la arz ni
akak bru plan nak luncheon dengan mee manja
dah nak kena tukor dengan mee kungfu pulop :P
Amanda Suria Amanda Suria 25 Aug 2015, 15:00:00
suka minum lemon madu dan jugak makan mee kungfu...sodap
Sentiasa Panas Sentiasa Panas 25 Aug 2015, 19:05:00
Saya pun suka sangat nak bermadu..hehe
husna zahidi husna zahidi 25 Aug 2015, 22:13:00
sabaq jelaa abg arz ni.. terkejut bila isteri tak halang abg arz nak bermadu.. hahaha..
pandai noh..
ewento marcello ewento marcello 26 Aug 2015, 10:06:00
saya memang suka bermadu di pagi hari.....manis.........heheheee
Nurul Shahira Nurul Shahira 26 Aug 2015, 13:42:00
Itu rupanya sejarah tagline 'pagi bermadu malam berkungfu'. Haha.
Dahsat, tajuk memang win =D
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz 26 Aug 2015, 21:20:00
Kuey teow kungfu ..mengidam kot hehehe..Alahai siang makan madumalam kuey teow kungfu pulak.......Layan jer laaaa
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 28 Aug 2015, 16:01:00
hahahaha brani sngt nak madu.. weols report Kak Long hahaha..
Farrah MF Farrah MF 29 Aug 2015, 23:22:00
akak pun rajin bermadu...tapi dah lama tak makan kue tiow kungfu :)
Pha Is Pha Is 30 Aug 2015, 02:23:00
hahha.. bagus madu ni, antaranya boleh kuatkan tenaga batin, kata orang la.. hehehe...
Jari Manis Jari Manis 31 Aug 2015, 20:34:00
kah kah kah...adus lah....itu ke maksud nya
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 7 Sep 2015, 15:48:00
tetiba tingat kueh teaw kungfu kat wangsa maju...waarggggghhhh mabeles!!

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih