Merdekakah Kita Sebenarnya?

Erti Kemerdekaan 

Erti Kemerdekaan. Hari ini Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 58. Syukur negara sudah 58 tahun merdeka dari penjajah. Persoalannya apakah erti kemerdekaan sebenar? Mengapa suatu masa dahulu penjajah menjajah negara kita? Untuk apa sebenarnya?

Erti kemerdekaan, merdeka ke 58, selamat hari merdeka, gambar perarakan,
arzmoha. Gambar perarakan di Hari Kemerdekaan.

Sebenarnya ini bukanlah satu entri untuk ceritakan tentang sejarah bagaikan buku teks sekolah menengah. Sememangnya di masa sekolah aRz antara yang tidak meminati sejarah. Rasa agak bosan. Tetapi mula meminati selepas berada didalam kelas Tamadun Islam. Tanah Melayu antara wilayah yang berada dibawah kuasa Islam Turki Uthmaniyyah suatu masa dahulu. Benar atau tidak? Anda kena cari jawapan sendiri.

Keduanya sebelum aRz berleter lebih panjang mengenai erti kemerdekaan, mengapa Indonesia juga diserang. Jawapan ini mungkin ada di dalam filem Sang Kiai. Rasanya mungkin ada yang dah tahu dan ada juga belum tahu. Cumanya fakta inilah yang akan membuatkan kita mampu berfikir apa erti kemerdekaan yang sebenar.

Erti Kemerdekaan. Apakah erti kemerdekaan sebenar? kalau dahulu ya...semua berjuang demi melawan penjajah yang menjajah negara kita. Tetapi hari ini apakah sekadar cukup bangun awal, bersiap ke upacara sambutan Hari Kemerdekaan Negara di negeri masing-masing atau buka siaran televisyen melihat perarakan? Walaubagaimanapun usaha mereka untuk ke Majlis sambutan Hari Kemerdekaan patut dipuji. Tidak salah. Ia juga salah satu cara untuk menanam sifat cintakan negara.

Cumanya cuba kita fikirkan apakah erti kemerdekaan sebenarnya?. Apakah kita sudah merdeka minda dari cara penjajah? Banyak yang penjajah tinggalkan pada kita sehinggakan kita masih terpengaruh dengan ideologi yang ditinggalkan. Kalau nak diceritakan memang banyak. Agak sukar untuk diceritakan satu persatu.

Merdeka bukan sekadar menghalau penjajah dari negara kita tetapi menghalau ideologi yang berusaha memisahkan kita dengan Islam. Penjajahan inilah yang sebenarnya menjajah diri kita. Kita hari ini lebih cintakan dunia takutkan mati. Penjajahan inilah yang masih membelenggu kita. Pejajahan ini juga yang membuatkan akhlak kita nampak semakin buruk. Pejajahan ini juga yang membuatkan kita lebih sayang bangsa daripada Agama. Jika penjajahan seperti ini masih berada difikiran kita...kita sebenarnya semakin kebelakang. Penjajahan ini jika dibiarkan kita akan semakin lemah. 

Setakat ini dahulu, marilah kita sama-sama berfikir apakah erti kemerdekaan yang sebenar? Apakah cukup dengan letupan bunga api? Cerita-cerita merdeka? Perarakan? Atau kita perlu berubah untuk menjadi yang lebih baik? Jom sama-sama kita fikirkan.....

Untuk mendapat kemerdekaan pada suatu masa dahulu, orang-orang terdahulu telah membayar dengan pengorbanan yang besar. Jangan kita sia-siakan. 

Selamat Hari Merdeka yang ke 58
dari aRzMoHa

Comments

  1. Orang dulu bersatu utk mendapat kemerdekaan.. Orang sekarang bertelagah sesama sendiri.. parti ni kutuk parti tu.. parti tu kutuk parti ni.. abis berpecah belah..

    Entry terkini
    1. "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan"
    2. "Lantai Cilik Musim Ke-3"




    ReplyDelete
  2. setiap kali sambut hari kemerdekaan..akan ada soalan yg sama.."merdeka kah kita"..YES!! kita merdeka dari serangan penjajah tetapi belum merdeka sepenuh nya dari serangan 'rohaniah' dan 'pemikiran'

    ReplyDelete
  3. Menarik tentang merdeka kah kita? kemerdekaan yg paling besar ialah kita mampu memerdekakan diri dar hasutan hasad dengki dan dendam..
    Bagaimana pun kita harus syukuri nikmat hasil perjuangan pejuang masa lalu.

    ReplyDelete
  4. gadget pon masih 24 jam di tgn.. adehhh..

    ReplyDelete
  5. even dah 58 dah capai kemederkaan
    skrg Malaysia dah hampir2 tumbang dengan pelbagai spekulasi
    Bangunlah Malayisa..saya sedih saya malu dan saya ingin melihat Malaysia yang dulu

    ReplyDelete
  6. Belum merdeka dari segi pemikiran...

    ReplyDelete
  7. Arz....malaslah okje nak pikir....mcm nak kena jawab kertas pereksa pulak hihi...
    Salam Merdeka, moga negara kita terus merdeka aman dan makmur.....

    ReplyDelete
  8. memerdekakan diri dari tuntutan hawa nafsu...

    ReplyDelete
  9. merdeka..?? luaran ya.. dalaman tidakk.... semua hasil tinggalan merekaa....

    ReplyDelete
  10. merdeka ialah kebebasan, cuma perlu ada pengawasan dalam apa jua sekalipun :) selamat hari kebangsaan buat arz dan keluarga :)

    ReplyDelete
  11. sebenarnya tak adalah merdeka sangat. Walau fizikal kita nampak bebas, tapi bila nak buat 'keputusan', kita sebenarnya banyak ikut telunjuk luar.

    ReplyDelete
  12. merdekakan diri daripada hawa nafsu dan kembali kpd fitrah

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih