Mainan Kanak-Kanak Paling Comel Pilihan

Mainan Paling Comel Pilihan

Mainan comel buat anak-anak. Sebagai seorang bapa kepada Cik Puteri tidak terlepas dari membeli mainan terutama yang comel buat Cik Puteri. Kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan dengan mainan. Mainan yang comel mampu menarik perhatian kanak-kanak dan mereka boleh fokus untuk bermain. Jadi ini memberikan peluang buat ibubapa melakukan kerja-kerja rumah atau berehat sambil mengawasi mereka. Entri ini adalah untuk berkongsi dengan ibubapa diluar sana idea untuk membeli mainan buat anak-anak.


Mainan Paling Comel Pilihan ARZMOHA

Lego

Lego adalah mainan paling comel dan menarik yang sentiasa mengikut peredaran semasa jadi sudah pasti menjadi pilihan kanak-kanak. Disamping sebagai satu permainan tetapi mampu mengembangkan otak kanak-kanak supaya dapat berfikir secara kreatif. Cuma ini belum dapatkan buat Cik Puteri. Rasa belum sesuai.

Jurassic World

Avengers

Walaubagaimanapun Lego rasanya tidak sesuai bagi kanak-kanak yang masih kecil. Bahaya jika tertelan dan sebagainya. Ibubapa perlu memastikan anak-anak sudah mampu membezakan antara mainan dan makanan barulah boleh dapatkan mainan ini.

Kucing Bergerak

Mainan ini paling sesuai semua peringkat umur. Tetapi bagi kanak-kanak yang sudah membesar mula akan menunjukkan rasa bosan dengan mainan ini. aRz juga ada dapatkan buat Cik Puteri kucing ini dan memang menghiburkan Cik Puteri yang dari kecil suka dengan kucing. Cuma bila ada mainan ini jangan pula langsung tak dedahkan anak-anak dengan kucing sebenar nanti akan menyebabkan kesan lain. 

kucing bergerak mainan pilihan kanak-kanak, cat, mainan kanak-kanak, toy,
Kucing Bergerak

Frozen

Khasnya buat kanak-kanak perempuan. Ianya pernah menjadi fenomena dari patung dan baju sehingga menjadi sebuah pendapatan sampingan bagi sesetengah orang. Cik Puteri sendiri juga pernah meminati filem dan patung Frozen. Hampir setiap hari menonton sampai aRz tak dapat mengikuti mana-mana rancangan televisyen.  Koleksi baju? ya...hampir setiap bulan membeli untuk dipakai waktu tidur.


frozen, toy, elsa, anna,
kredit to Toysrus


Robocar Poli

Robocar Poli sekarang ini bagaikan satu fenomena baru dalam mainan pilihan kanak-kanak. Ianya bermula dari siaran Astro Ceria memainkan kartun Robocar Poli dan memberi pengaruh kepada kanak-kanak untuk memiliki mainan ini. aRz yakin semua ibubapa juga membeli untuk anak-anak masing-masing oleh kerana terdapat banyak penjual permainan ini samada secara terus ataupun secara 'online'.

robocar poli, toy, for kids,
credit to amazon pic

Mainan Paling Comel

Mainan paling comel yang aRz rasa nak berkongsi ini sebenarnya ternampak ketika mengemas kembali mainan Cik Puteri. Memang aktiviti Cik Puteri di sebelah malam adalah bermain dengan semua mainan sambil 'mengemas rumah'. Jadi selepas Cik Puteri selesai biasanya aRz akan ajar bagaimana untuk menyimpan semula. Memang susah untuk mengajar anak-anak untuk mengemas kembali apa yang disepahkan tetapi ada cara yang boleh membantu. Sedang aRz kemas tetiba ternampak mainan ini dan aRz istiharkan sebagai mainan paling comel didunia.

mainan paling comel di dunia, cik puteri, cutest toy in the world, mainan comel, gambar mainan comel,
Cik Puteri

Sebelum tu, ini bukan satu penderaan. Tetapi tengah aRz mengemas Cik Puteri nak duduk dalam bakul tu, biasalah kanak-kanak sekarang, lagi kita larang lagi dia buat. Jadi layan ja. Kalau kita marah-marah lagi dia melawan dan kita pun akan stress kan? Macam ni dia pun seronok kita pun seronok juga. Sambil tu ambil gambar sekeping buat kenangan untuk Cik Puteri tengok bila besar nanti  :)

Indahnya senyuman anak-anak.

Jumpa Lagi.








{ 25 comments.. read them below or add one }

Izzati Suhaide Izzati Suhaide 13 Aug 2015, 13:42:00
Patung kucing tu comel..i like..kalau nk bg cik puteri main kucing betol bleh dtg umah..kat rumah banyak kucing..hehehe
ewento marcello ewento marcello 13 Aug 2015, 13:45:00
Danish pn ada stereng keta gak..hahaha
Murniwati Awang Murniwati Awang 13 Aug 2015, 13:58:00
semua permainan kat ats dah beli..tp tak bertahan lama..paling lama pon sebulan..pastu jahanam, relai & hilang..msh ingat lg kucing bergerak tu alysa potong kepala smpai terkulai...
el el 13 Aug 2015, 14:14:00
fuh lego tu mmg cun..nak2 leh ada dinosour..anak2 sure suka lau dpt ni haha
Puan Wawa Puan Wawa 13 Aug 2015, 14:40:00
Dinasour tu paling comel..")
kak gojes kak gojes 13 Aug 2015, 15:02:00
hahah..comel aje cik puteri..macam anak2 KG suka masuk bakul tempat simpan mainan dorg
Bunda_nora Bunda_nora 13 Aug 2015, 15:19:00
Bunda suka beli mainan budak2 yang berbentuk pelajaran atau mengguna daya kreatif minda seperti lego , blocks dan puzzle...selain dari anak patung, teddy bear, kenderaan mainan selain mainan berbentuk keganasan....seperti pistol, senapang, pedang dan seangkatan dengannya yang seakan2 menyerupai yang sebenarnya...
Bunda_nora Bunda_nora 13 Aug 2015, 15:20:00
Bunda suka beli mainan budak2 yang berbentuk pelajaran atau mengguna daya kreatif minda seperti lego , blocks dan puzzle...selain dari anak patung, teddy bear, kenderaan mainan selain mainan berbentuk keganasan....seperti pistol, senapang, pedang dan seangkatan dengannya yang seakan2 menyerupai yang sebenarnya...
Ummul Azkee Ummul Azkee 13 Aug 2015, 15:30:00
heheehe...comel cik puteri..
aRz MoHa aRz MoHa 13 Aug 2015, 16:06:00
stereng kereta ni tak berfungsi sepenuhnya. jadi tak dapat digunakan selepas membeli
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 13 Aug 2015, 16:18:00
Assalam arz,
he3
bebudak ni kan
kekadang tu perangai yang nak buat kita marah tukor jadi buat kita tergelak kan3
anak oooooooo anak

psssttt: sob3, ghindu boboboy dah....sob3
anajingga anajingga 13 Aug 2015, 20:47:00
haha bolehlah men stering kereta sama2 danish dengan cik puteri nanti ye :)
anajingga anajingga 13 Aug 2015, 20:48:00
mainan yang duk dalam bakul tu lah yang paling comel pernah tengok dalam dunia ni, mana nak beli ni aRz.. hihi anak kak ana dulu suka main dalam kotak, kotak2 besar tu dia buat markas macam2 :)
muhammad nizam muhammad nizam 14 Aug 2015, 03:44:00
kesian puteri kena paksa masuk bakul sebab ayah dia nak snap pic...hehe
aRz MoHa aRz MoHa 14 Aug 2015, 10:06:00
ini tak baca habis ka atau cubaaan mengenakan saya ni
aRz MoHa aRz MoHa 14 Aug 2015, 10:20:00
masa dah berlalu yang tinggal adalah kenagan, kalau ada gambar terusik sikit moment tu kan?
zai zamree zai zamree 14 Aug 2015, 10:44:00
hat last mmg comey...msti pak dia buli soh dok dlm tu
yoorin melacolea yoorin melacolea 14 Aug 2015, 11:28:00
kucing mainan tuu je ada beli untuk irine.. heehhee.. tu pon masa dia baby dulu la
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 15 Aug 2015, 23:45:00
yes.. lego memang bagus.. Arz.. Cik Puteri suka plushie tak ? Acik CT ada banyak plushie yang still okay.. kalo dia suka boleh amek.. hehehe..
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 16 Aug 2015, 09:34:00
Skrg nie demam robocar lak..hehehe..tp anak sha xde minta..kalau baju frozen tu dah mesti..
Jari Manis Jari Manis 16 Aug 2015, 11:27:00
ahakss,....mmg paling comel terutama yg last tu
Cik Ash Cik Ash 16 Aug 2015, 19:33:00
kucing yang bergerak comel hihihihj... hahhaha nakal.gak cik puteri ini
Dunia Zumal Dunia Zumal 16 Aug 2015, 19:49:00
Sampai dalam bakul yer Cik Puteri main... mainan macam lego tu agak bahaya, kanak2 6 tahun ke atas baru sesuai...

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih