Khasiat Buah Manggis

Khasiat Buah Manggis

Khasiat buah manggis. Memang banyak dah bercerita mengenai kebaikan buah manggis dalam merawat pelbagai penyakit. Kebetulan wife aRz nampak buah manggis petang tadi, teringatkan suaminya yang memang peminat buah manggis. Tengah-tengah makan buah manggis rasa macam nak kongsikan khasiat buah manggis, sekadar berkongsi info ini memandangkan sekarang macam dah masuk musim buah manggis.

Khasiat buah manggis, buah manggis, gambar buah manggis, musim manggis
Khasiat Buah Manggis 

Khasiat buah manggis antaranya membantu pelbagai jenis masalah kesihatan seperti alergik, lelah, resdung dan penyakit kulit.

Khasiat buah manggis yang menakjubkan ini adalah kerana bahan aktif XANTHONE yang terdapat pada buah manggis. Terutama pada kulit dan biji manggis.

Khasiat XANTHONE iaitu bahan aktif dalam manggis ini dapat membantu pelbagai jenis masalah seperti resdung, alergik, lelah, Pelbagai jenis penyakit kulit seperti ekzema, gatal-gatal, seborrhea, luka-luka pada mulut, jangkitan kulat, keletihan, ulser, gastrik, saluran usus yang bengkak dan bermacam-macam lagi. Banyak kan khasiat buah manggis sebab itu kita digalakkan memakan banyak buah-buahan dan sayuran.


Agen Antioksida Semulajadi


Buah manggis juga mempunyai khasiat sebagai bahan anti-oksida semulajadi, bahan anti bakteria dan kulat. Buah Manggis mengandungi vitamin C, zat besi, niasin, kalsium, protein, serat fiber dan vitamin B1 dan B2 serta lain lain yang mudah didapati di dalam buah manggis.
Banyak sungguh khasiat buah namun aRz pernah terdengar buah manggis agak tidak sesuai bagi mereka yang sudah menghidapi penyakit jantung atau serangan jantung. Seandainya aRz ada info mengenai perkara ini, akan dikongsikan buat semua
Jumpa lagi.

{ 17 comments.. read them below or add one }

Syira Lokman Syira Lokman 12 Aug 2015, 00:27:00
syira baru je makan manggiss...sedapnyaaa
Farrah MF Farrah MF 12 Aug 2015, 06:07:00
Manggis mmg banyak khasiatnya. Tu sebab byk orang guna manggis dlm produk kecantikan & kesihatan:)
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 12 Aug 2015, 09:00:00
Feveret kak sha nie.. nice sharing arz..
el el 12 Aug 2015, 09:04:00
x berapa suka sgt buah manggis ni
manggis ngan doyan..iols mmg hantu doyan haha
Murniwati Awang Murniwati Awang 12 Aug 2015, 10:34:00
akak suka sgt mangis ni..mggu ni p psr mlm nak borong byk2.hihihi
Amanda Suria Amanda Suria 12 Aug 2015, 10:46:00
SA x berapa suka manggis..dan tak boleh makan banyak sebab automatically akan jadi batuk..rambutan pun SA x boleh makan banyak
cikpinz cikpinz 12 Aug 2015, 12:43:00
CP suka buah manggis dari buah lain.
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 12 Aug 2015, 12:50:00
terliur... suka manggis jugak...
anajingga anajingga 12 Aug 2015, 20:15:00
memang sedap buah manggis ni, kalau orang tua-tua kata buah manggis ni menyejukkan badan :)
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 13 Aug 2015, 16:02:00
Assalam arz,
haaaaaaaaaaaaa
manggis peberet iols :)
muhammad nizam muhammad nizam 14 Aug 2015, 03:55:00
kulit dalam nya lbh kurang sama dgn kaler vivix...hehe
zai zamree zai zamree 14 Aug 2015, 10:52:00
dok cari gak manggis tp susah nk dpt
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip 15 Aug 2015, 23:48:00
i love manggis !! antara buah tempatan yang CT suka..
kalo time durian tngh in mesti manggis ada sekali.. hehee..
Jari Manis Jari Manis 16 Aug 2015, 11:36:00
suka buah manggis...nak beli tgk harga sekilo RM5 terus batalkan niat....kalau ada kawan yg ada dusun kan best

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih