Chen Long Gagalkan Datuk Lee

Datuk Lee Chong Wei tewas Final Kejohanan Dunia Indonesia 

Datuk Lee Chong Wei gagal menewaskan Chen Long dalam FInal Kejohanan Dunia Indonesia semalam. Impian menjulang gelaran dunia terkubur selepas tewas 14-21, 17-21 dalam perlawanan 65 minit kepada Chen Long.

kredit Awani online

"saya akui Chen Long bermain dengan luarbiasa pada hari ini. Saya tidak dapat berbut apa-apa walaupun telah melakukan yang terbaik dan mengubah rentak permainan" kata Datuk Lee Chong Wei dimana ketangkasan Chen Long tidak dapat disangkal olehnya.

Walaubagaimanapun ia tidak menjatuhkan semangat Datuk Lee Chong Wei untuk memburu satu lagi Kejuaraan Utama yang belum pernah dimiliki iaitu pingat emas Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil tahun hadapan.

Semoga Datuk Lee Chong Wei akan dapat apa yang diinginkan dan secara tidak langsung kembali mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Jumpa Lagi.




{ 12 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 17 Aug 2015, 09:25:00
chen long ni memang lawan yang tough bagi datuk lee... dari dulu sampailah kini...menanti juga moment chen long tewas pada datuk lee nih....
Murniwati Awang Murniwati Awang 17 Aug 2015, 10:17:00
takda rezeki..lgpon datok lee chong wei ni dah berumur..takpe laa..bangga juga dengan dia
Inani Hazwani Inani Hazwani 17 Aug 2015, 10:25:00
Dah lama tak tengok badminton
cikpinz cikpinz 17 Aug 2015, 12:43:00
Kempunan lagi LCW..kena makan cordyceps banyak lagi ni hihihi
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 17 Aug 2015, 13:02:00
Kesian kat DLCW... mungkin game terakhir dia jugak kat sini... huk2
Deanna Morni Deanna Morni 17 Aug 2015, 14:19:00
mgkin bukan rezeki dia kan...moga beliau terus berusaha untuk menang olimpik nnti...
anajingga anajingga 17 Aug 2015, 20:37:00
berhabis tenaga dah LCW ni, kesian gak kat dia :(
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 18 Aug 2015, 15:26:00
Assalam uols,
faktor umurkah???? :)
RahimAim BudakPrihatin RahimAim BudakPrihatin 19 Aug 2015, 11:29:00
lcw...hrpn negara.... sandaran utama negara... bla lagi la akan ad pmain spertinya. memang ramai pemain negara berkualiti, tetapi belum capai tahap sangat berkualiti seperti lcw.. hurm...
zai zamree zai zamree 20 Aug 2015, 13:13:00
LCW dh tua...huhuhu...kena ada pelapis bkualiti
izzeyda izzeyda 20 Aug 2015, 14:58:00
malaysia dah kena ada pelapis yang bagus untuk menggantikan LCW..
Jari Manis Jari Manis 31 Aug 2015, 20:58:00
perlu cari pelapis muda rasa nya

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih