#Cabaran20Hari Menu Sahur Paling Ringkas

Menu Sahur Paling Ringkas

Menu sahur paling ringkas. Salam ramadhan. Syukur sehingga hari ini masih dikurniakan nikmat untuk dapat merasai bulan Ramadhan pada tahun ini. Kalau semalam aRz cerita bab Pengalaman Sahur, hari ini pula menu sahur paling ringkas.

gambar kuih raya cantik, menu sahur paling ringkas, cabaran20hari, arzmohadotcom, sahur mudah dan ringkas.
Gambar sekadar hiasan


Sebenarnya bagi yang belum tahu, ini adalah cabaran 20 hari anjuran EFG boleh rujuk SINI. Masih belum terlambat sekiranya nak turut serta. Jom meramaikan lagi. 

Era Selepas Bergelar Suami dan Abah

Menu sahur paling ringkas ketika era ini memang susah nak memikirkan yang mana paling ringkas. Sebab Puan Isteri memang suka masak. Cuba juga nak fikir menu paling ringkas tapi tak dapat jawapan. Jadi dalam era ini aRz klasifikasikan sebagai tiada menu ringkas. Sebab memang jarang tak bangun sahur. Cumanya cara menyedia paling ringkas ada.

"Cara menyediakan menu paling ringkas era berkahwin adalah dengan membeli lauk di kedai"
p/s : bukan saja nak puji, tapi kenyataan, harap puan isteri baca, konfem senyum di pagi raya :p

Era Bujang/Kuat tidur

Menu paling ringkas ketika era ini memang banyak juga. Tetapi dalam banyak-banyak memang ada yang masih aRz ingat kerap sangat sahur dengan menu ni. Ketika era ini tidak dinafikan aRz memang suka tidur, asal letak baring saja terus terlelap dibuai mimpi indah, senang kata asal mimpi ja mesti terbaring errrr....ok lupakan.

Jadi antara menu sahur paling ringkas aRz pilih 3 paling popular adalah:

1. Kurma dan Air masak.
Rasanya ini mungkin juga antara menu sahur yang ringkas bagi orang lain juga. Kurma adalah makanan sunnah yang mengandungi banyak khasiat dan zat. Sahur kalau boleh jangan tinggal. Di dalam sahur itu ada keberkatan.

2. Air milo dan air masak
Ini pula antara menu sahur paling ringkas bilamana lauk hangit atau waktu tinggal beberapa minit sebelum masuknya waktu subuh tatkala menu ringkas pertama (kurma) kehabisan stok.

3. Air liur basi
Haaaa ini adalah menu sahur paling ringkas untuk orang yang tidur 'mati'. Kalau dah tidur kejutlah macam mana pun susah nak bangun. Ini kerap terjadi ketika era bujang. Tidur lambat tapi harap nak bangun sahur. Bila mak aRz kejutkan berkali-kali tak terjaga, bangun esok pagi konfem kena ayat ni 

"haaa sedap sahur dengan air liur basi???"

Harap-harap pembaca yang aRz sayangi tak sahur dengan menu yang ke-3 ok. Bangunlah sahur, barulah ada tenaga nak bekerja, belajar pada keesokkan hari. Tidur awal, pasang niat nak bangun esok pagi untuk bersahur dan letak jam tepi telinga. Kalau susah juga minta tolong abang, kakak, adik, isteri atau kawan-kawan tolong lempangkan kalau tak bangun juga anda memang "geng tidur tegar".
Ok setakat ini dahulu #Cabaran20Hari #Day3

Jumpa Lagi

#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari

{ 27 comments.. read them below or add one }

Eny Abdullah Eny Abdullah 29 Jun 2015, 06:38:00
saya tak nak komen apa apa.. cuma pretzel tu nampak menggoda betul!!!
-sahur airliru basi.. ya ampunnnnnn
izzeyda izzeyda 29 Jun 2015, 08:05:00
lempang ya.. kang ada yang makan penumbuk.. hehehe..
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah 29 Jun 2015, 08:54:00
hahaha.. menu yang ketiga paling best..!!!
Eka Tikah Eka Tikah 29 Jun 2015, 12:10:00
standart la tu zaman bujang. hekhek. malas nak sahur pun ada :P
aizamia3 aizamia3 29 Jun 2015, 14:03:00
Kalau dulu sahur mesti nak makan.. sekarang sahur hanya minum air masak + kurma..
Anak2 je yang makan waktu sahur.. ;)
Zaidalifah Hussin Zaidalifah Hussin 29 Jun 2015, 14:28:00
Salam Arz,
1-ok
2-ok
3. x ok... kembung perut nnt

share resepi ringkat :
http://kumahuitu.blogspot.com/2015/06/cabaran20hari-yang-ke-3-resepi-hidangan.html
Shahida Dzulkafli Shahida Dzulkafli 29 Jun 2015, 16:17:00
Air liur basi tu paling win.. hehehe..
anajingga anajingga 29 Jun 2015, 20:58:00
banyaknya era aRz, Alhamdulillah di kurniakan isteri rajin memasak ni.. :)
♥TheOnlyFarah♥ ♥TheOnlyFarah♥ 29 Jun 2015, 23:04:00
Farah time sahur mmg tak ada istilah menu ringkas.. Sbb dari kecik mak dh ajar sahur mesti makan nasik.. Bagi kejap perut..so sampai skrg pun kalau bersahur mesti ada nasik. Lauk tak kisah ka telur pun dh ok.. Jnji nasik ttp kena ada..:)
Qaseh Abadi Qaseh Abadi 30 Jun 2015, 09:11:00
sahur air liur basi.. nah ambik kena sebijik.. hehe..
SalbiahM SalbiahM 30 Jun 2015, 11:02:00
hahaha..menu air liur basi tu memang tak menahan..cik puteri jangan ikut ye nanti.hehe
Dunia Zumal Dunia Zumal 30 Jun 2015, 12:55:00
Alhamdulillah Arz, tahun nie belum cuba menu ketiga Arz tu. Haha ^-^
el el 30 Jun 2015, 15:38:00
iols sahur wajib kena bgn..lau x letih seharian hehehe
iols senang bgn sahur..n mkn pun semangat..nak2 ada lauk budu hahaha

zaman studi dulu siap bw rice cooker dlm bilik..masak tomyam sahur uols haha
Inani Hazwani Inani Hazwani 30 Jun 2015, 20:48:00
Hahhaha. Air liur basi. Euwww :P
Terima kasih efg sebab bagi sokongan pada Nani. In sha allah sikit2 saya bina balik semangat diri :)
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2015, 03:18:00
Semoga tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Allah
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2015, 03:19:00
Budu memang sedap. Dah cuba memang kena dengan tekak
aRz MoHa aRz MoHa 1 Jul 2015, 03:20:00
Jangan cuba ya zumal, sebaliknya cuba menu 1 atau 2 dahulu
Khai♥Rin : anies Khai♥Rin : anies 1 Jul 2015, 09:52:00
yg no 3 tu sy da kena 3 hari lepas hahahaa
kokna kokna 1 Jul 2015, 12:14:00
air liur basi tu sy selalu buat dulu
zai zamree zai zamree 1 Jul 2015, 15:56:00
org ckp milo boleh wt kita cpt lapar tu sbb x minum milo time sahur...hihihi
zarul farhana zarul farhana 2 Jul 2015, 01:58:00
hahahha...lawak toi yg ke3 tu
zarul farhana zarul farhana 2 Jul 2015, 01:59:00
oo ya ka... saya mmg suka minum milo ja
ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH 2 Jul 2015, 13:32:00
Assalam arz,
he3
menu ringkas sungguh nooooooo

#BloggerUtara

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih