Menu Sahur Paling Ringkas
Menu sahur paling ringkas. Salam ramadhan. Syukur sehingga hari ini masih dikurniakan nikmat untuk dapat merasai bulan Ramadhan pada tahun ini. Kalau semalam aRz cerita bab Pengalaman Sahur, hari ini pula menu sahur paling ringkas.
![]() |
Gambar sekadar hiasan |
Sebenarnya bagi yang belum tahu, ini adalah cabaran 20 hari anjuran EFG boleh rujuk SINI. Masih belum terlambat sekiranya nak turut serta. Jom meramaikan lagi.
Era Selepas Bergelar Suami dan Abah
Menu sahur paling ringkas ketika era ini memang susah nak memikirkan yang mana paling ringkas. Sebab Puan Isteri memang suka masak. Cuba juga nak fikir menu paling ringkas tapi tak dapat jawapan. Jadi dalam era ini aRz klasifikasikan sebagai tiada menu ringkas. Sebab memang jarang tak bangun sahur. Cumanya cara menyedia paling ringkas ada.
"Cara menyediakan menu paling ringkas era berkahwin adalah dengan membeli lauk di kedai"p/s : bukan saja nak puji, tapi kenyataan, harap puan isteri baca, konfem senyum di pagi raya :p
Era Bujang/Kuat tidur
Menu paling ringkas ketika era ini memang banyak juga. Tetapi dalam banyak-banyak memang ada yang masih aRz ingat kerap sangat sahur dengan menu ni. Ketika era ini tidak dinafikan aRz memang suka tidur, asal letak baring saja terus terlelap dibuai mimpi indah, senang kata asal mimpi ja mesti terbaring errrr....ok lupakan.
Jadi antara menu sahur paling ringkas aRz pilih 3 paling popular adalah:
1. Kurma dan Air masak.
Rasanya ini mungkin juga antara menu sahur yang ringkas bagi orang lain juga. Kurma adalah makanan sunnah yang mengandungi banyak khasiat dan zat. Sahur kalau boleh jangan tinggal. Di dalam sahur itu ada keberkatan.
2. Air milo dan air masak
Ini pula antara menu sahur paling ringkas bilamana lauk hangit atau waktu tinggal beberapa minit sebelum masuknya waktu subuh tatkala menu ringkas pertama (kurma) kehabisan stok.
3. Air liur basi
Haaaa ini adalah menu sahur paling ringkas untuk orang yang tidur 'mati'. Kalau dah tidur kejutlah macam mana pun susah nak bangun. Ini kerap terjadi ketika era bujang. Tidur lambat tapi harap nak bangun sahur. Bila mak aRz kejutkan berkali-kali tak terjaga, bangun esok pagi konfem kena ayat ni
"haaa sedap sahur dengan air liur basi???"
Harap-harap pembaca yang aRz sayangi tak sahur dengan menu yang ke-3 ok. Bangunlah sahur, barulah ada tenaga nak bekerja, belajar pada keesokkan hari. Tidur awal, pasang niat nak bangun esok pagi untuk bersahur dan letak jam tepi telinga. Kalau susah juga minta tolong abang, kakak, adik, isteri atau kawan-kawan tolong lempangkan kalau tak bangun juga anda memang "geng tidur tegar".
Ok setakat ini dahulu #Cabaran20Hari #Day3
Jumpa Lagi
#ExchangeFeedGroup
#KelabBloggerBenAshaari
-sahur airliru basi.. ya ampunnnnnn