Menu Sahur Adik Bawal Goreng
Menu Sahur. Salam. Mesti setiap yang sudah berkeluarga akan tertanya-tanya apa menu sahur untuk esok harinya dan apa menu untuk berbuka di petang harinya. Hari ini aRz berkongsi sedikit menu sahur aRz yang mudah dan cepat.
Kebetulan isteri aRz kata "abang nak sahur apa esok".
"Kita sahur menu mudah dan cepat" jawab aRz
"mudah dan cepat" jawab isteri aRz dalam tertanya-tanya.
Terus menggerakkan kereta ke Gerai Adik Bawal Goreng. Beli bungkus pastinya mudah dan cepat hehe.
Adik Bawal Goreng, Jelutong, Penang
Ini adalah kali pertama, untuk Ramadhan pada tahun ini bersahur dengan lauk dari kedai. Sebenarnya kedai ini lebih famaous dengan Nasi ayam di sebelah tengahari pada bulan biasa. Tetapi bila masuk bulan Ramadhan gerai ini akan dibuka pada sebelah malam untuk menu sahur. Apa yang anda perhatikan dalam gambar diatas adalah antara lauk sahur yang boleh dipilih. Ikan Belah Belakang, Bawal ataupun Ayam Goreng.
Harga Menu
Macam biasa bila sebut ja menu semua orang pasti tertanya-tanya berapa harga. Setiap menu, harga didatangkan dalam set. Setiap set mengandungi nasi, lauk utama, kuah kari, sambal belacan, ulam kacang kelisa dan kicap + lada.
![]() |
Harga Menu Gerai Adik, Jelutong. |
Waktu Perniagaan
Untuk bulan Ramadhan waktu perniagaan adalah seperti berikut.
![]() |
Waktu perniagaan adik bawal goreng, jelutong. |
Adik juga menyediakan menu yang sama untuk berbuka iaitu pada 4 petang-8malam dan menu untuk sahur pada 11.00 malam - 5 pagi.
Jika anda ingin cepat untuk mendapatkan menu ini sebaiknya datang pada jam 11 malam. Ini adalah pengalaman saya pada tahun tahun lepas dimana semakin lambat semakin banyak tempahan. Lauk ini juga lebih awal habis dari waktu operasi perniagaan.
![]() |
Sahur pagi tadi |
Gambar diatas adalah menu yang aRz pilih semalam. Set ayam goreng. Harga satu set hidangan yang aRz beli semalam adalah RM5. Rasa sangat berpuas hati. Jadi kalau anda inginkan menu sahur mudah dan cepat ini adalah salah satu menu tersebut.
Boleh juga makan di gerai tersebut. Tetapi aRz lebih memilih makan dirumah, senang.
Baik jika ingin ke gerai tersebut, mungkin ada yang tertanya-tanya kat mana lokasi Gerai Adik Bawal Goreng Panas-panas ini dengan lebih detail? Boleh rujuk lokasi di bawah. Gerai adik ini terletak betul-betul berhadapan Caltex Jelutong, memang tak ada kedai lain yang BETUL-BETUL hadapan Stesen minyak CALTEX ini.
mungkin boleh rujuk maps di bawah untuk mencari jalan ke Gerai adik ini.
mungkin boleh rujuk maps di bawah untuk mencari jalan ke Gerai adik ini.
Mudah-mudahan dengan penerangan serba sedikit ini membolehkan anda menjumpai gerai ini. Rasai sendiri keenakan menu yang disediakan.
Salam Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.
Jumpa Lagi.
Salam Ramadhan. Selamat menunaikan ibadah puasa.
Jumpa Lagi.