Skip to main content

Jadi Kaya Dengan Cara Mudah

Jadi Kaya Dengan Mudah

Jadi kaya dengan mudah. Tidak dinafikan semua orang pasti menginginkan peluang untuk menjadi kaya dengan cara yang mudah mahupun susah. Tidak dinafikan memang ada yang kaya dalam dalam sekelip mata. Samada cara yang halal mahupun haram. Ini bukan sama sekali 'MLM'. Caranya memang wujud dan semua orang pasti ini ingin tahu.

kekayaan dan kebahagiaan, kaya dengan cara mudah,
Padahal sewa kancil tapi bergambar dengan 'fair lady'

Bila bercakap soal kekayaan maka akan wujud perkataan lain iaitu kebahagiaan. Sebab itu ramai yang ingin mengejar kekayaan. Sebenarnya inilah topik yang tiba-tiba menjadi perbincangan aRz dan kawan-kawan selepas solat terawih semalam, sambil pekena teh tarik.

Entah bagaimana tajuk ini yang dipilih sedangkan banyak lagi tajuk menarik. Mungkin juga boleh berbincang tentang 'kebahagiaan selepas berkahwin', 'kebahagiaan setelah hadirnya cahaya mata' sebab ahli panel malam tu adalah sudah berumahtangga dan memiliki cahaya mata. Tetapi kekadang biarlah tajuk seperti ini, barulah semangat untuk terus berusaha. Seperti entri sebelum ini Minda Kaya vs Minda Miskin.

Salah seorang dari rakan aRz telah pun memiliki 3 biji rumah dan akan memiliki rumah ke-4. Alhamdulillah rezeki dia. Seorang lagi adalah sangat meminati bidang perniagaan, semua jenis perniagaan akan dicuba. 

"Belum tentu semua yang berusaha akan kaya" kata salah seorang rakan. Benar tidak semua orang walau dicuba bermacam-macam cara belum tentu kaya, tetapi akan berjaya. Sebab siapa yang berusaha dia akan berjaya. Walau bagaimanapun kejayaan tidak datang dengan mudah.

Terdiam aRz, dalam hati berkata "susah pula tajuk malam ni" tapi cuba merancakkan lagi perbincangan malam tu. "Kalau kaya mesti bahagia kan?"


p/s : sambil baca tekan lagu Kalau Aku Kaya Awi Rafael ft Altimet.

Rakan aRz jawab "Kaya. huh....sapa tak mau." dia sambung lagi.

" Dah kaya mesti rasa bahagia, apa hang nak semua dapat. Boleh bercuti, takyah pi keja"

"Kalau kaya tak boleh beri kebahagiaan pasaipa ramai masuk MLM semata-mata nak kaya walaupun sebenarnya tak mampu jadikan depa kaya"

"mungkin boleh tambah sorang lagi" cepat-cepat sorang lagi menyampuk sambil gelak kecil.

Berkerut dahi aRz sambil dalam hati kata " Makin susah tajuk perbincangan malam ni"

Boleh dikatakan seorang dari rakan aRz yang sudah memiliki 3 biji rumah ini bekerja siang dan malam untuk capai ke tahap sekarang ni.

Dia jawab " Kaya tu susah la, tapi mungkin berpendapatan lebih tu iya"

"Abih macam mana nak kaya?" aRz desak dia untuk bercerita lagi

" Macam aku cakap tadi tak semua orang yang berusaha dari siang dan malam akan kaya. Kalau nak kaya dengan cara mudah memang hampir mustahil"

Memang susah nak dapat jawapan macam mana nak jadi kaya dengan mudah. Tanpa modal yang besar dan usaha yang tinggi amat mustahil untuk menjadi kaya tidak kira dengan cara mudah atau susah.

Tapi kalau kaya bahagia ka? Belum tentu lagi. Ada kita dengar kes-kes seperti ahli perniagaan dirompak, ditembak dan macam macam lagi. Selain daripada itu ada juga orang yang menjadi bakhil setelah menjadi kaya sehingga memakan diri sendiri.

Tidak juga kalau katakan kekayaan tidak mampu memberikan kebahagiaan. Ada mereka yang berjaya dan kaya tetapi menjadikan mereka lebih bermurah hati, suka membantu orang lain, anak-anaknya berjaya, dan macam-macam lagi.

Tetapi wujudkah cara kaya dengan mudah?

Hampir tidak ada. Semua dengan usaha yang keras dan bersungguh-sungguh. Tapi hairan ada juga orang yang masih mempercayai bisnes MLM hanya ingin menjadi kaya sehingga terpaksa berhutang untuk membayar modal atau yuran pertama. Ada juga rugi begitu saja.

aRz juga pernah mencuba skim cepat kaya ini. Tetapi nasib baik hanya bermodalkan seratus lebih sahaja. Ketika itu baru lagi mula bekerja. Kemudian pernah diajak untuk mencuba skim ini dalam bermacam-macam cara antaranya kad yang menawarkan makanan, percutian, hotel, penternakan ikan fuh memang banyak. Cukuplah sekali sebagai pengajaran.

Kesimpulannya

1.Usaha yang keras belum tentu menjadikan seseorang itu kaya.
2. Kekayaan tidak datang dengan cara yang mudah.
3. Kekayaan belum tentu menjamin kebahagiaan.

"Ramai dari kita ingin menjadi kaya tetapi lupa mensyukuri apa yang ada"

Kebahagiaan boleh dimiliki dengan mensyukuri nikmat yang ada. Kekayaan belum tentu menjaminkan kebahagian.

Orang miskin juga mampu mengecapi kabahagiaan tanpa kekayaan. Kebahagiaan bukan hanya milik orang-orang kaya.

Jangan lupa. Ada satu cara yang mampu membuatkan kita memiliki segala-galanya.

dunia dan isinya, kekayaan dengan cara mudah, siapa yang ingin kaya, tips kaya,

" Dua rakaat Shalat Fajr, lebih baik daripada dunia dan seisinya" [HR. Muslim]

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1436H

Jumpa Lagi.



Comments

  1. kaya ni bergantung pada orang...yang paling penting adalah bersyukur.kalau tak pernah rasa cukup, memang sampai bila-bila lah jadi hamba dunia.bukan senang nak kaya, bukan susah nak susah.

    ReplyDelete
  2. Kaya,..bahagia,...semuanya subjektif. Terpulang pada bagaimana kita nak perceive benda tu. Yang penting, dalam hidup ni, kalau tak kaya harta, sekurang-kurangnya kita kaya nilai murni, kaya budi bahasa.

    Salam Ramadhan, aRz :)

    ReplyDelete
  3. susah nak kaya ni.... ada yang kaya pun rata rata lupakan anak-anak. sebab tu orang kaya ramai anak dia social terlebih. didikan agama lupa nak diserapkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Amy... jadi kaya tu banyak pengorbanannya..
      silap-silap percaturan tak berbaloi semua kekayaan yang ada kalau anak-anak dan keluarga tak menjadi manusia.... :(

      Delete
    2. kaya antara ujian atau kenikmatan?

      Delete
  4. semoga arz bertambah kaya dan berjaya lepas ni..
    aamiin... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan dimakbulkan. Kalau tak kaya harta KAYA BUDI BAHASA pun dah cukup

      Delete
  5. kaya terlalu subjektif pada kak ana , kekayaan harta benda nikmat dunia semata jika tidak seimbang dengan bekalan ke sana.

    ReplyDelete
  6. Assalam arz,
    akak xmola kaya2 sangat
    sederhana sudah :)

    ReplyDelete
  7. masing2 ada rezeki masing2.. kadang2 Allah kasi duit kasi kaya..
    tapi dari sudut lain diuji.. kita tak ada duit tapi cukup2 kadang2 lagi sronok
    hidupnya dari yang serba serbi ada =)

    ReplyDelete
  8. kaya dan berjaya serta diberkati...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih

Popular posts from this blog

3 Pertanyaan Abdullah Bin Salam Kepada Nabi Muhammad SAW

3 Pertanyaan atau Soalan Kepada Nabi Muhammad SAW (Kisah Sahabat Nabi) Abdullah bin Salam atau nama sebenarnya adalah Hushain bin Salam. 3 Pertanyaan atau soalan  Abdullah bin Salam kepada nabi Muhamamd SAW ini menjadi minat saya untuk berkongsi kerana terdapat info yang menarik dari segi sains iaitu pada soalan yang ke-3. Sebelum itu mari kita kenal siapa Abdullah bin Salam dan asal pertanyaan soalan kepada nabi Muhammad SAW 3 Perkara yang di tanya Abdullah bin Salam Abdullah bin Salam berketurunan dari Nabi Yusuf bin Yaakob ( nabi yaakob) iaitu berketurunan yahudi (bani israil). Beliau yang merupakan ulama yahudi sentiasa menjadi rujukan orang yahudi. Kelebihannya dalam memahami kitab taurat diiktiraf oleh semua.  Kisahnya dalam dia mengkaji kitab taurat mengenai Nabi Akhir Zaman tentang Muhammad tentang Ahmad. Beliau membaca berkali-kali. Ini kerana beliau seorang rahib yahudi yang jujur yang mencari kebenaran yang dikatakan dalam kitab taurat.  "s...

BASIKAL KANAK -KANAK 3 IN 1 PERLBAGAI GUNA

BASIKAL KANAK-KANAK PELBAGAI GUNA 3 IN 1  Basikal kanak-kanak pelbagai guna yang saya maksudkan adalah basikal yang boleh ditukarkan kepada 3 jenis basikal iaitu Basikal (bicycle), Basikal 3 roda (tricycle) dan basikal tolak (push bike). Basikal ini pula kebetulan kami tercari-cari untuk anak kedua saya. Anak kedua ni saya jarang kongsi di blog. Sebabnya selepas kelahiran dia saya agak sibuk sampai agak kurang berblog lagi. Basikal kanak-kanak pelbagai guna 3 in 1 Balik pada cerita basikal kanak-kanak 3 in 1 ini saya sekadar kongsi mungkin ada ibubapa luar sana mencari-cari basikal yang sesuai untuk anak-anak. Masa mencari dalam kedai online macam-macam pilihan antaranya basikal kanak-kanak biasa, basikal tayar tiga dan juga push bike.  Sampaikan saya terjumpa basikal ini yang lengkap ketiga-tiga sekali. Harga pun agak murah kalau nak dibandingkan kita akan upgrade ke basikal lain. HARGA BASIKAL 3 IN 1 Harga basikal ini tidaklah mahal lebih kurang masa saya beli di bawah RM 5...

BERAPA HARGA MEMPERBAHARUI INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y150ZR

BERAPA HARGA PERBAHARUI (RENEW) INSURAN DAN CUKAI JALAN UNTUK MOTOSIKAL YAMAHA Y15ZR TAHUN PERTAMA Assalamualaikum. Rasa terpanggil nak kongsikan mengenai Berapa Harga Memperbaharui (renew) Insuran dan Cukai Jalan Untuk Motosikal Yamaha Y15ZR Pada Tahun Pertama . Sebab saya sendiri pun agak tertanya-tanya berapa nilai yang perlu di bayar. Kenalah kira sebab nak buat bajet perbelanjaan setiap bulan, takut terlebih guna. Walaupun tak pernah kongsi mengenai motosikal ini sedar tak sedar dah setahun menggunakannya. Yamaha Y15ZR Sebelum ini saya cuma menggunakan Honda Wave 125s insurans saya ambil yang paling murah sekali, lagipun kurang jaga motosikal tersebut dan sekadar nak ke kedai atau tempat-tempat yang dekat saja. Yang paling teruk minyak enjin tak tukar hampir setahun. huhu Jom saya kongsi sedikit mengenai cukai jalan dan insurans mungkin ada yang memerlukan info ini. Memandangkan motosikal Y15ZR ini agak mendapat sambutan ketika ini. Yamaha 150cc Y15ZR Harga...