Disebalik Dia Isteri Luar Biasa

Dia Isteri Luar Biasa

Salam. Dia isteri luar biasa. Semua orang pasti tahu kalau sebut ayat di atas kan. Sebuah drama yang popular sekarang ini. Tapi, aRz sendiri belum menonton drama tersebut. Teringin juga sebenarnya nak ikuti drama ni. Menarik ka? Ramai juga peminat drama dan juga novel ini.


dia isteri luar biasa, drama, disebalik drama dia isteri luar biasa, arzmohadotcom,

Drama Dia Isteri Luar Biasa

Dia isteri luar biasa. Bila ramai yang sebut dan cerita tentang drama ini membuatkan aRz terfikir apa sebenarnya maksud "Dia Isteri Luar Biasa". Teringat masa aRz bawa Cik Puteri buat pemeriksaan berkala dan juga masa Cik Puteri demam baru ini baca SINI dan SINI


Dia Isteri Luar Biasa. Sebenarnya dari sudut pandang aRz bukan berkaitan drama ini tetapi apabila dilihat dalam kehidupan sebenar, ianya bukan khas untuk isteri aRz saja tetapi seluruh wanita di dunia. Mungkin kita perasan atau tidak setiap wanita dari nenek ke ibu ke kakak ke adik hinggalah ke isteri kita sendiri (atau diri sendiri kalau wanita)  merupakan sesuatu luar biasa. 

Tempoh Mengadung Sesuatu Luar Biasa

Dia isteri luar biasa yang aRz maksudkan adalah seorang wanita yang paling teruja tatkala mendapat tahu tentang kehebatan kuasa Allah diatas kejadian anak berada didalam tubuhnya. Wanita ini perlu membawa kemana saja mandi, tidur, makan, tempat kerja bersama-sama selama 9 bulan 10 hari. Wanita ini juga adalah orang yang tersenyum tatkala memegang buku pink. (buku rekod bayi) Dalam tempoh ini bermacam-macam dugaan akan dihadapi, alahan, sakit badan, mungkin terjatuh, dan bermacam-macam dugaan dan cabaran. Luar biasa bukan?

Drama dia isteri luar biasa, isteri luar biasa, luar biasa, arzmohadotcom, disebalik drama dia isteri luar biasa,

Tempoh Bersalin Sesuatu Luar Biasa

Dia juga isteri dan ibu luar biasa yang aRz maksudkan ini juga selepas tempoh mengandung yang luar biasa akan melalui tempoh bersalin yang luar biasa. Bermacam dugaan juga akan kita lihat ketika saat ini. Teringat aRz ketika melalui tempoh 2 bulan di wad bersalin menemani isteri. Bermacam-macam dugaan, kes dan ujian. Alhamdulillah walaupun terpaksa berulang alik 2 bulan di hospital, rupanya Allah nak aRz sendiri lihat ada bermacam-mcam ujian pada setiap orang. Ada yang bersalin normal, ada yang bersalin dengan cara pembedahan, dan ada beberapa kes-kes lain. aRz takut nak sebut. 

Dalam tempoh bersalin sudah pasti waktu bersalin paling memeritkan bagi wanita. Mungkin juga ada yang kata "Abang taknak beranak lagi...serikk". Tapi bila sekali lagi buat pemeriksaan dan buka buku pink, tersenyum lebar, lupa keperitan bersalin. Luar biasa bukan?

Dia Memang Isteri Luar Biasa

Bagi aRz sendiri sudah pasti tidak lupakan isteri aRz, dia juga isteri luar biasa. Ditahan wad ketika bulan Ramadhan 2012, selama 2 bulan lebih (kalau tak silap) Raya Puasa di wad dan Hari Raya Haji baru keluar bersama bayi ( Cik Puteri ). Siapa yang ingin beraya di wad? Dalam keadaan keluarga jauh di kampung. Selepas kelahiran perlu menempuh satu lagi dugaan kerana bersalin dengan cara pembedahan. Sakitnya selepas pembedahan. Sesuatu yang luar biasa bukan?

Kesimpulan

Kalau ikutkan panjang lagi aRz nak kongsikan tetapi agak kesuntukan masa. Semua perkara aRz kongsi diatas seorang lelaki tak akan dapat rasa, kalau rasa pun mungkin alahan isteri mengandung. Dia, wanita seluruh dunia adalah luar biasa. Pelbagai cabaran, ujian dan dugaan perlu dihadapi. Dalam kita menonton drama ini jangan kita lupa pada mereka yang teristimewa dalam hidup kita, sanggup menempuh pelbagai dugaan, cabaran dan rintangan demi sebuah cinta sejati kerana "Dia Isteri Luar Biasa".  

Jumpa Lagi.

Comments

  1. kan....klu begitu KG pun isteri luar biasa jugak ni

    ReplyDelete
  2. first time tengok gambar isteri Arz..comel dan manis orangnya, patutlah Cik Puteri pun cute!

    ReplyDelete
  3. Aaaa... baru tukar theme e? button home tu rasanya kena adjust kot

    ReplyDelete
  4. cn nak up entry pasal isteri luar biasa, nnti mcm puji diri sendiri lak, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. CN buat tajuk aku isteri luar biasa. hahaha

      Delete
    2. tambah sikit kat belakang... ko hhado?

      Delete
  5. Semua isteri adalah isteri luar biasa =)

    ReplyDelete
  6. Hargai isteri anda yang dah banyak berkorban masa, nyawa, dan kasih sayang...

    ReplyDelete
  7. hargai isteri yang comel lotey tu ye abg arz.

    ReplyDelete
  8. *clapclapcalp*

    entry terbaik abg arz. mesti isteri abg arz baca ni dia suka. nampak disitu suami yg menghargai pengorbanan isteri. daebak!! >_<

    ReplyDelete
  9. So sweet... isteri luar biasa banyak dari terengganu kan arz... kan..kan

    ReplyDelete
  10. hargai wanita disisi anda..hihi

    ReplyDelete
  11. Assalam arz,
    oowwwwww
    romantik uols :)

    ReplyDelete
  12. aaaauch gulaaaaa sngt ni Arz =D ssengih2 kak long baca heheheh..
    semua orang istimewa n special.. in our own way.. baguslah kalo as suami Arz nampak
    pengorbanan n kelebihan wife sendiri.. mmg beruntung kak long..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan Komen dan Pendapat serta kritikan anda. Terima Kasih